Tuesday, June 30, 2009

Mangkuk Lama

Hubby dah balik dgn hasil 'hunting'nya dari Kudat..sekarang aku buat blog show mangkuk2 lama yg dibawa balik. Dia dpt kat kedai apek di Pekan Sikuati, sebuah pekan kecil, 50 km dari Kudat. Kali ni tunjuk 3 jenis mangkuk dulu..next n3, mangkuk2 dan 2 keping pinggan. Then dia juga ambik pinggan, teko dan dulang ayan lama dari rumah emaknya..(mentuaku) dia ckp nnt aku ganti dgn pinggan baru...hehe..pandai anak mentuaku ni..mesti mertuaku terkejut dan ajaib dengar menantunya ada hobi gini..hehe

Aku juga takut ni...takut apa?..takut2 rumahku akan penuh dgn brg antik dan kami terpaksa tidur berkhemah di luar rumah...hubby aku ni kalau dia masuk campur siap la, berabis dia mencari..hmmm cari pinggan mangkuk lama tak apa ya, laling jgn cari yg lain dah....aku lari bawa barang2 deco dan barang2 lama yg aku kumpul..hehehe..

Ok ready for show timeee.....

Mangkuk bunga pink dan burung..... hand painted....sebab apa? (byk betul soalan ni..)
Mangkuk yg ni lain sikit, burung tu kecil dan bunga terang....ada 4 bijik mangkuk begini
Ni jugak hand painted..gambar 3 ekor ayam jantan....

Ayam jantan yang ini warna lain sikit, agaknya painter tu cuma ada color hijau, pink dan brown je..suka2 dia tukar warna ayam, yg ni ada 2 je..

Mangkuk gini hubby beli 4 jugak..
Gambar puteri raja sedang berjalan di taman dan org suruhan/org gaji sedang serve air sebab puteri raja dah haus tunggu putera raja yg tak kunjung tiba..pandai2 je aku buat cerita...

Sunday, June 28, 2009

Bunga inikah pinggan biru itu?

Pinggan bunga biru yang cantik itu...hehehe,,lihat n3 kat bawah..

Nampak kat blog minah saleh, garden dia penuh bunga ni, namanya 'magnificum geranium' nama saintifik la tu..tenguk bentuk daunnya sama kan?

Dah dapat nama, tanya En Google..memang bunga ni tumbuh di China..gambar atas drp en google..cuma kat pinggan tu bahagian kelopak bawah terbelah sikit, itu kreativiti pelukis tu rasanya..biar nampak seksi sikit...

Piring Bunga Biru

Bunga apa ni? sapa tau ?..Ryana pun ada pinggan ni, ni saki baki yg ada kat kedai tu. Setakat ni tak jumpa lagi kat blog mana2 pinggan gambar bunga ni. Aku suka sangat sebab biru tu mcm cooling jer


Dua bijik ni aja yg tinggal..so rembat je tanpa fikir panjang..nasib ryana ada tinggalkan jugak..hehe..

Kat bahagian luar masih cantik tapi kat belakang dah retak, bkn seribu tapi beribu2...(ntah mana pulak poi gambar tu)

Happy weekend

Saturday, June 27, 2009

Piring dutchman

Ita just posted the same plate..sama2 kat Sabah kan so hunting pun dpt pinggan yg sama la...aku dpt kat Tg Aru kedai apek lama yg sama dengan piring bunga 4 roses tu.
Suka tenguk sebab ada lekuk2 kat tepi piring
Close up gambar..Menurut Ita, apek kedai tempat Ita beli bagitahu, gambar ni ialah dutchman and lady...ya la tu kot..aku suka gambar ni coz nampak sooo English..sesuai la dgn minat english decoku. Ini pun aku ambik 3 bijik je, patutnya ambik 4...tapi kat sini piring ni jer yg ada (masih byk lagi)..lain2..cawan, saucer, jug segala kaum kerabat dia tak adalah..tak kan peniaga kat sabah ni order piring je kot. Tgk kat blog Sueantik, dia ada set ni semua..huhu..mana la cari supaya cukup satu set ni...
Happy weekend everybody!...see you all..

Friday, June 26, 2009

Piring bunga 4 roses

Ini hasil hunting kat Tanjung Aru..seronoknya sebab jumpa harta karun yg diidam2kan..tq ryana kerana bagitahu akak tempatnya..Itajeff pun bagitahu gak yg dia dah pegi sini..kira akak ni lewat pegi lah ya..nasib la ryana dan ita ada tinggalkan juga saki baki, kalau depa sapu semua, meleleh lah den..untuk set bunga ni, aku ambil 3 keping je..tak tau kenapa ambik 3, masa tu tak leh nak fikir dah sebab dok bersin je oleh abuk kat dalam almari tu. Almari tu fesyen lama yg tinggi hingga ke siling, pinggan2 tu kat bawah..yg aku dpt 3 jenis pattern je...lepas tu tak kuasa dah nak mencangkung dan mengalih2kan pinggan. 'Anyong' kat kedai tu join sekali, dia kata ramai org cari pinggan lama ni..mesti 'kawan2' yg gemar pinggan lama...iaitu ryana dan ita..hehehe..
Ini close up bunga kat pinggan..nampak gambar kat header blog yatt, jug yg diletakkan bunga kat dlmnya..tanya yatt bunga apa, dia ckp bunga 4 roses...sama ke yatt? atau bunga peonies?

ni bahagian mon....tut...
Nanti N3 akan dtg, aku tunjuk lagi pinggan bunga lain yg dpt..juga pelita warna hijau, pelita lama amoi dan sapu tangan lama...heheh..menghunting je keja..

Thursday, June 25, 2009

Tag dari Kak Yon dan Inna Merah Samar

Terima kasih Kak Yon dan Inna kerana bagi award ni...sama la..so buat sekali gus, selamatlah jari nak menaip.

1. Copy badge "2008 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
Ok dah copy....

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Mula2 Kak Yon yg bagi, namaku paling atas pulak tu..maknanya Kak Yon betul2 ingat kat aku dulu la drp org lain...betul tak kak Yon...then si inna yg manja tu pulak suruh ambik award kat blog dia..sekali tgk sama pulak...tak apalah, naik vespa lama itulah sama serentak..hehe..mereka ni kenal kat alam maya sebab sama2 minat english home deco, masa ni mcm belum banyak blog yg english home deco...so mcm close dan selalu jenguk2 mereka serta tinggalkan komen..

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!)
Fakta ttg diri ni kalau sama dgn yg dulu tu tak apalah kan, aku cuba tambah2 sikit supaya ada kelainan..byk fakta ttg diri seseorg ni..kita nilai lain org tgk lain kan?
a. Suka dtg lebih awal dr masanya...tak kiralah kalau nak jumpa seseorang ke, ada meeting ke, pegi sekolah ke..jgn tak tau, belum pukul 6.00 pagi aku dah bergerak ke sekolah...
b. Suka english deco..sekarang pulak suka collect pinggan2 lama...sungguh tergoda..sebab tu skrg ni aku tgh selsema sebab semlm pegi hunting kat kedai apek, korek dalam almari dulu2, yg dah berabuk2...hehe
c. Suka shopping...tak suka window shopping...
d. Suka kucing..hmm dari kecik lagi suka pelihara kucing
e. Suka pokok bunga..tp sekarang mcm slow sikitlah..tak tau kenapa..padahal masa sekolah rendah lagi suka tanam pokok bunga ni
f. Cepat menangis...kalau citer kat TV tu tak kisahlah citer apa, bahasa apa, asal ada sedih sikit dah meleleh air mata..cemeng betul
g. suka betul simpan barang2...mcm ada je kegunaannya nanti..dalam kata lain tak suka buang2 barang walaupun tak guna..tu yg bersepah je rumah ni
h. org ckp muka aku ni serius, takut nak tegur..ya ke? aku biasa2 je..tak ada pun rasa gitu..ni bukan fakta lah ya..ini auta..
i. Kalau kak yon suka nyanyi aku ni suka juga seni2 ni..spt nyanyi(penah masuk ptandingan masa kat sekolah dulu tp tak menang..hehhee) suka menari..tiap2 tahun wakil kelas masa sek dulu sebab zaman dulu ada pertandingan tarian antara kelas..ada jugak la menang..kat UITM pun penah menari wakil DBS course..hehe....sekarang tak la..nnt org ckp buang tabiat pulak kan..
j. Suka melukis...org ckp ok lukisan aku...cikgu2 PSV pun puji tp aku rasa tak memuaskan hati..hish..hish..so aku melukis bila ada mood je..dah tua2 ni..tak larat lagi nak dok lama2.....

Ok...aku nak tag orang2 ni:
1. Ryana..lama menyepi..sila buat tag ya
2. ItaJeff..mcm sama je minat dgn aku ni..
3. Ain...selalu bagi komen kat blog aku
4. yatt..ratu pinggan antik..kalau dah kena tag tak apalah
5. Ummie77..cikgu jugak..nak juga tau fakta ttg diri anda........

Tuesday, June 23, 2009

Tin..any idea?

Tin ni bukan tin lama, berlambak kat kedai sana...sangat terpikat dengan royal guard tu..so i keep..satu lagi hobi yg menyemakkan rumah..hehe..

Tapi aku tak suka tgk biskut tu..mkn ok lah..tak cantik la rupa biskut kat tin tu..so what do you all think? perlu make over, tutup biskut tu atau biar je tin tu begitu hingga jadi vintage dimamah usia? adik2 dan kakak2 yang kreatif tolong ya...

kat tepi tin tu pun ada 2 pak cik guard yg setia...

Sunday, June 21, 2009

Mangkuk Bunga Kangkung 4 Seasons

Ini hasil hunting pagi tadi, tinggal 4 ketui ni je, satu tu retak sikit tapi tak berapa nampak. Satu lagi gold rim dan tanggal2, tp sapu jugaklah semua daripada tak ada...pinggan bunga kangkung kat rumah mak banyak, nanti bawa sikit2 naik belon...tp rumah den ni 10 kangkang kera jer mana nak letak?...

Khas utk Rozie, ni lah cop tu..maksudnya summer, spring,winter and fall...tak adalah akak mengarut je tu..wo pu min pai..(saya tak faham)..hehehe

Saturday, June 20, 2009

Happy father's Day

SEDIH DAN TERKILAN KERANA TIDAK DAPAT MENATAP WAJAHMU BUAT KALI TERAKHIR...

Tuesday, June 16, 2009

pelita merah panjat dinding dan pelita hadiah lama2

Aku tak tau nak tulis title apa..main belasah je, agaknya ada 'high2' sikit sebab baru telan ubat selsema. Baru hari ke2 sekolah dan dpt penyakit..asyik main kapur je...lagipun aku tension juga sekarang ni sebab kelmarin p sekolah dpt jadual baru..satu minggu kena ajar 28 waktu, 3 subjek yg berlainan dan 5 sukatan yg berlainan sebab ada 2 subjek tu ajar form 4 & 5 dan satu lagi upper & lower 6...betul2 tension giler..2 hari kelas sampai pukul 3.10 petang....kasihan kat diri aku ni...jadi aku bawak2 bersabar dgn menulis entri pasal title yg bukan2 kat atas tu....jom tenguk...


Ingat tak dulu2 pelita ni selalu dijadikan hadiah utk kawan2....yg ada tulisan cina tu tak paham apa2 kecuali 'love' sign tu je...tp kat sebelah lagi kosong, so boleh le pusing yg tak dak tulisan tu kalau display...nampak kat belakang dlm kotak tu...pelita2 yg boleh dilipat dan digantung..aku beli lagi sebelum dia pupus...

Ni dua pelita yg digantung..maaf gambar blur...tangkap gambar mlm..
close up....samakan dgn che mat punya..tapi kat sini cheq tak jumpa pulak color hijau...klik sini kalau nak tgk yg sebelum lipat

Monday, June 15, 2009

Set Kopitiam

(Gambar baru letak..nampak terang sikit)


Ini first set barangan lama aku...ini hasil hunting pagi kelmarin. Nyonya tu cakap..ini, long2 time ago..then dia ckp lagi di sarawak sana aa, semua kedai kopi lama masih guna ini cawan ooo..

tp sebelum tu di 'hot' sikit dgn aku..bila aku tanya ini baru punya production ke..saya mau yang lama punya, dia tenguk aku dgn heran..apa itu baru, lama, baru lama...hehe..ini lama punya loo..

Aku pergi dgn hubby..hubby aku pandai sikit tgk barang2 lama ni...ada beberapa set lagi barang2 lama kat situ..nak kena rembat cpt2..sebab tak byk dah...aku beli lagi pelita merah yg boleh lipat dan gantung..oh ya..pelita hari tu aku dah gantung sebab nampak che mat gantung...tak tau pulak aku rupa2nya pelita tu utk digantung...nnti ambik gambar kemudian

#sebenarnya warna bunga tu kehijauan sikit...lighting tak cantik#

Happy viewing...kepada cikgu2 sekolah selamat ke sekolah semula...aku masih rasa macam mimpi je pergi sekolah tadi..masih penat baa

Sunday, June 14, 2009

Karnival PPDa Kebangsaan - Part 2

Isnin 8 Jun 2009 - Pukul 10 pagi kami ikut bas yg bawa peserta dikir barat utk tgk tempat pertandingan dikir barat di Village Mall. Sebenarnya tak jauh dgn TESCO tu, dipisahkan dgn parking lot je. Village Mall ni baru buka..tak banyak kedai...so round sekejap, pukul 1 balik ke sekolah. Pukul 3.00 petang pendaftaran peserta di dewan..
Village Mall Sg Petani
Asyik dok p TESCO je..last2 beli bag ni..comel ladybug tu

Malam pulak ada taklimat, tp kat SM Teknik Sg Petani 1, sebelah je dgn tempat tinggal kami kat SM Teknik SG Petani 2, tp lenguh jugaklah jalan kaki...sebelum taklimat ada pulak ceramah dari farmasi - ttg kempen 'kenali ubat kita', ..cikgu2 dah mula merungut sebab esok pagi pertandingan akan bermula..tp bagi aku drp merungut je baiklah pasang telinga, dpt juga pengetahuan..berbakul2 merungut pun ceramah tu tak kan dihentikan ya tak? kontigen dari Sabah tak bawa peserta, negeri2 lain bawa, sekejap je ramai yg tinggalkan dewan, masa org bagi ceramah pulak tu, hish..hish ,..souvenir mereka ambik pulak..mcm mana kita rasa kalau kita yg tgh berckp org bangun tinggalkan majlis..sungguh tak sopan..
goodie bag drp Farmasi M'sia

Isi kat dlm- pencil case, key chain, face towel..

fan dan risalah2 ttg ubat

Selasa 9 Jun 2009
Semua pertandingan dimulakan...aku hantar studentku kat tempat lukis poster, then tgk deklamasi sajak sekejap, tgk boria kat dewan..pukul 12 habis lukis..aku sempat tenguk dr luar...hebat2 lukisan peserta dr negeri2 lain..memang tak de peluang la nak menang ni...

Malam pergi lagi ke Village Mall sebab pasukan dikir barat Sabah beraksi malam ni..pertandingan dikir barat dibuat 3 peringkat..petang, malam dan keesokan pagi. Hebat memang hebat..tp ada slack sikit..tok juara tertinggal sebaris lagu..menangis dia lepas tu..apa nak buat...
Pasukan dikir barat Sabah

Rabu 10 Jun 2009
Pagi pergi lagi ke Village Mall ikut bas yg disediakan. Actually aku dan yg lain2 nak ke Pekan Sg Petani sebab belum sampai lagi sana. Tapi pak cik bas tu punyala skema..dia ckp, ni pekan la, pekan baru..memang dia ni songel sikit aku tgk dr awal kami ikut. Sebenarnya bas dibayar oleh JPN Kedah utk bawa kontigen dr Sabah, Sarawak dan Labuan..org lain bawa bas sendiri..kami tak kan nak bawak bas naik kapal terbang kot..hehe..so kami jln2 kat kedai di luar village mall sebab dah ronda kat dalam.

Kami jumpa kedai Jo Pulut Cendol..pekena la semangkuk..tp pulutnya agak keras..sebelum tu aku ternampak kedai english deco.apa lagi masuk la kat situ dan beli ni...hehehe..
Tapi brg2 yg dijual mahal la ...ada jam dinding sebijik mcm yg aku beli kat Sabah, tp harganya sekali ganda lebih..so itu yg membuatkan aku tak borong byk2...
Sebelum balik, sementara tunggu bas pakcik skema, aku masuk village mall beli pelita kecil tu kat Living Cabin..kat Sabah pun ada Living Cabin, tp aku tak sempat pergi lagi, so tak boleh compare harganya mahal ke idak...Malamnya majlis penutupan, tapi kat Alor Star..pukul 5 petang dah convoy, rasa2 20 lebih kot bas besar, diescort oleh polis traffic hingga ke AS..mcm VVIP, semua org tenguk..kalau dpt rakam suasana tu kan seronok..sebab mcm lucu pulak bila org2 di gerai tepi jln berhenti makan dan tenguk bas2 tu dgn gaya muka tertanya2 siapa gerangan dan tukang buat roti canai pun terhenti la menebar roti hehe...silap pulak tak ambik gambar...sampai kat dewan tu pukul 6.30p.m...sempat lagi roda kat kedai2 di depan tu beli kain..hehehe

Keputusannya...Sabah hanya dpt tempat acara dikir barat saja..itu pun tempat ketiga..lain2 kalah la... termasuk student aku..tp dia dpt jugalah duit rm30 saguhati...jadi la kan.

Khamis 12 Jun
Dalam bas cikgu2 yg balik hari jumaat bincang utk sewa bas hari ini, jalan2 ke AS..kami tak mahu ambik pak cik skema tu, tp bas yg lagi satu digunakan utk hantar mereka yg balik pada hari tu ke airport. Terpaksalah jugak...RM600 sewanya. kami pergi tempat2 ni...
Pekan Rabu

Menara Alor Star
Trishaw kat muzium..pernah dinaiki oleh Queen of England..warna pink lagi...comel kan

Pelita2 lama...tak ada blogger yg ada pelita ni...ada kat muzium je

Balik Sg Petani..masih awal lagi..kami mintak pakcik tu bawa round kat pekan Sg Petani, sebab belum sampai sana lagi kan...dia jawab apa..boleh hantaq, balik sendiri....teruknya layanan dia ni kat org2 jauh mcm kami ni..so tak jadi pergi...sejak aku bawa students..nilah pengalaman paling teruk..pernah bawa students ke Bandar Baru Bangi..kami dibawa sampai ke nilai, then masa nak balik suruh bas singgah kat cyberjaya..dia ok je, aku pernah bawa murid ke Kuantan..ckp je nak pergi mana pemandu tu bawakan..


Khamis 12 Jun...hari terakhir..
Bangun awal pagi..pukul 5.00 pagi dah bertolak ke airport, sebab org lain balik pukul 9.20..aku dan anak muridku balik pukul 3 petang...bertapalah kami kat situ..aku habiskan masa baca buku2 ni, dan reader's digest yg dibeli oleh anak muridku...sampai KL pukul 4 lebih gitu, sambung lagi baca buku sebab flight pukul 7 lebih malam...semua buku habis dibaca kecuali buku yg tebal tu..The unauthorized Biograpy of Barrack Obama..
Buku seni hias, wanita (comel anak erra Fazira) dan buku tebal....biograpy of BO

Kenangan manis..aku dpt makan laksa Kedah yg sedap...sampai sekarang dok ingat2 laksa tu..hehe...tamat cerita..esok mula sekolah....penat belum habis lagi ni....

Saturday, June 13, 2009

Salam..tuan rumah dah balik...KARNIVAL PPDa part 1

NEGERI KEDAH JELAPANG PADI

Salam semua...aku sampai mlm tadi, pukul 10.30 mlm...org terakhir balik dari kedah..yang lain2 naik flight pukul 9.20 pagi dari Alor Star, hanya aku dan anak muridku saja flight pukul 3 ptg. Separuh lagi dah balik hari Khamis lagi..huhuhu..dah la aku paling awal dtg, akula pulak paling akhir balik huwaaa..nasib baik ada guru dr Tawau yg bawa budak sajak pun balik hari Jumaat pagi, jadi 4 org la tidur kat asrama tu pd mlm akhir, kalau tak sah aku cabut p tidur hotel ..

Aku nak cerita pengalaman ke SP selama 6 hari yang menyiksakan....
Sabtu 6 Jun- flight dr KK ke KL pukul 9.00 pagi, sampai KL, bersama aku kumpulan boria sekolah rendah dalam 20 org termasuk guru, budak2 pertandingan ePPDA 3 org, cikgu pengiring mereka tunggu kat KL, sebab dia balik kg selepas cuti sekolah dan seorang pelajar melukis poster sek rendah dgn guru yg juga bapanya....kat KL pulak naik flight yg sama ke AStar ialah kumpulan nasyid dalam 20 lebih, terus ambik connecting flight ke A.Star, meriah dgn budak2 tu dalam flight sebab semua pakai T-shirt kuning yg tertulis perkataan SABAH..semua org tanya nak buat apa p kedah..penat dok karang cerita..hehehe


Sampai AS jam 2.00 petang..tunggu kat airport bas yg akan ambik kami, lama gak..perut pun dah lapar...yalah mkn kat dlm flight(MAS) bukan byk pun..sejemput je....suruh la driver bas singgah kedai mkn..di p singgah kat R&R Gurun, malas dia nak cari restoran biasa mungkin..dan ini aje kedai yg ada on the way ke SP..dah la lapar, makanan pulak pedas semacam, tak habis, sebab sampai keluar2 air mata menahan pedas..aku ni nama je org Keda & N9 tp tak tahan pedas..jangan mare...hehehe...sebenarnya aku dibesarkan di negeri cik siti wan kembang, dah biasa makan manis2 kot..kami diberitahu makanan tak disediakan di asrama hingga hari Selasa...???=+=+++??? haru biru..dlm hati aku mungkin ada kot kedai dekat2 dgn asrama sekolah..tp beli jugak la bekalan kat R&R tu sikit2..mana tau kan..

Sampai kat sekolah tu, nampak jauh pulak sekolah dari jln dan kedai, malam tu tak makan lah jawabnya..hanya mkn titbits yg dibeli je...lapar betul..pak guard sekolah ckp, dia boleh minta pihak kantin asrama sediakan makanan mulai esok, tapi kena bayar sendiri.. tak pa lah..kami tempahla..sebab bukan senang nak cari mkn tanpa kenderaan ni..kedai pun jauh..malam tu kumpulan dikir barat dan sajak sekolah Menengah sampai..dekat2 pukul 12 mlm kot..

Ahad- 7 Jun--- selepas bfast kat dewan mkn asrama, aku dgn cikgu dr tawau berserta dgn pelajar ke TESCO..tanya pekerja kantin mcm mana nak naik bas..dia explain la dgn loghat kedahnya seakan2 dekat dan senang je bunyinya..kami pun jalan keluar..sampai sakit kaki., boleh tahan jauhnya..bas pulak setengah jam satu..aiyo..kat KK ni bas awam bertali arus....anak muridku lupa bawak tuala dan kami juga tak bawa cadar dan pillow case..hish..hish..sama je cikgu dgn anak muridnya, sebab ingatkan menginap kat tempat yg elok sikit, rupanya kat asrama sekolah. Tak ada la pulak jual cadar kat situ..then jumpa cikgu yg mengiringi pasukan dikir barat..dia dtg bersama kawan lamanya, bekas guru yg pernah tinggal kat sabah..dan sekarang tinggal kat SP. cerita2 dgn kakak tu, dia ckp anak dia boleh hantar kami ke Jakel..alhamdulliah..beli la kain cotton yg harga 4.30 sebyk 3 meter, boleh la jadikan lapik tilam..
TESCO SG PETANI..

okay...cerita utk hari Isnin dan seterusnya...to be continued...... aku ada beli brg english deco tau...

Friday, June 5, 2009

choww...


BLOG INI HIBERNATE SEKEJAP SEBAB TUAN RUMAH WILL FLY OFF TO SUNGAI PETANI ESOK. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.. .cewah mcm business giler2 pulak...so kawan2 semua, taugeh2 ...opps..taukeh2 yg aku booking brg2 tapi belum terbank in duit lagi, pemenang giveaway..belum pos lagi tau....minta maaf ya....insyallah kita jumpa lagi...doakanlah kemenangan murid aku tu, kalau dia menang aku sure dpt prestasi tinggi...hehehe..entah ya tidak...kalau ada kesempatan mata aku juga akan melilau utk tgk deco yg berunsur inggeris dan pinggan lama utk koleksi terbaru itu....balik nnti akak p melawat adik2 punya blog dan baca semua n3 yg tertinggal...chow, adious, sayonara, selamat tinggal, ...wasalam...

Thursday, June 4, 2009

Pelita merah


Semalam pergi Inanam sebab nak ke farmasi beli ubat batuk lagi..tak habis2 lagi batuk ni..then pergi Kolombong Trading sebab ryana ada ckp kedai tu jual pinggan lama..tanya org sana sini sebab tak pernah pergi kedai tu...akhirnya jumpa. Pusing2 kat dalam tu dgn diikuti oleh salesgirl..pantang aku nih...ternampak pelita merah....memang pelita merah ni pun aku cari2 gak utk masuk geng pelita2 putih kat rumah..pergi kat bahagian pinggan mangkuk, memang ada bunga kangkung, siap gold rim dan kat belakang made in china, tapi mengikut one of the bloggers yg mahir ttg brg2 lama ni sekarang memang ada jual bunga kangkung keluaran baru..so aku tak beli sebab kalau bunga kangkung kat rmh mak di kg memang byk dan memang sudah pastinya versi lama...tak apa nanti aku p cari lagi..hehe..ryana kalau nak hunting tu ajak2 akak sama ya....so jom tgk pelita merah..

Gambar gelap sebab dah petang..tu pun letak kat luar supaya terang sikit...tangkai pelita ala2 aladin sikit tapi tak ada muncung tempat jin keluar...selamat aku...yg satu senget sikit..puas aku ketuk tak nak betul..nnt hubby balik aku suruh dia repair...pelita ni aku tak makeover dah..biar je begitu..

I play house with all the pelitas...letak sana, letak sini...masih nampak pucat sebab byk warna putih..mau kena cari lagi pelita merah..hehe..aku mau yg cerminnya merah..

Sabtu..6hb ni aku akan ke Sg Petani Kedah, bawa budak ke Karnival Pendidikan dan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan..peringkat negeri haritu budak sekolah aku dpt no 2 melukis poster, budak yg no 1 tu tarik diri sebab dia jugak wakil utk karnival kaunseling dan kerjaya dan karnival kebangsaan kedua2 ni serentak tp di tempat yg berlainan.....blogger yg kat Sg Petani..ada kedai jual brg lama tak kat sana?...hehhehe..sempat lagi...adious..kena siapkan byk kerja sebab blm tentu lagi balik sini samada 10,11 atau 12hb..tunggu tiket..jabatan tgh atur...