Sunday, February 28, 2010

Teko twin roses

I'm on cloud 9 today..gumbira..asyik senyum sampai ke telinga..kenapa ya??..kalau dah jadi kenyataan baru bagitau okay..okay tak Yatt??

Tapi jauh di sudut hati aku sedih mengenangkan Tomi..hari ni tak boleh lawat, vet tutup..bila terfikir Tomi dok sorang2 dalam cage, dgn keadaan tak boleh jalan dan tak nampak sapa2..mengalir air mataku ini..sedih ya amat..esok mesti pegi tgk Tomi..mesti...harap dia ok, tak sabar nak bawak balik..


Teko twin rosesku sampai 2 hari lalu..kan tahun ni nak fokus yg roses..roses..roses..saja..tapi nampaknya tersasar...dan terbabas gak...hmmm aku manusia biasa yg punya perasaan..hehe..emo la pulak..

Teko ni datang dari nunnn...Penang Mari...thanks khaty...i luv it..

Sapa2 yg nak juai anak2 twin roses, habak mai ok...pinggan2 tak berapa minat sebab masalah nak menyimpan...dapat teko dan cawan2 pun okay dah..kira bonus kalau dpt creamer and sugar pot jugak...

Tenguk bungkusan ni...siap berlubang..sapa la yg nak korek rahsia kat dalam tu...ingatkan dah nazak dah teko tu..buka dgn pelbagai perasaan...alhamdulilah selamat..psst..nampak tak sikecik cassey dok menyibuk kat kotak tu...soooo cute...

TIPS BALUT PARCEL:-
teko tu dibalut tebal2 dgn newspaper...balut juga bahagian muncung dan tangkai sebab bahagian ni mudah pecah...dalam teko pun letak papers supaya tak ada ruang rongga..lepas tu balut dgn bubble wrapper, cellotapekan kemas2 dan letak tgh kotak yg kelilingnya disumbat dgn newspaper yang direnyukkan...insyallah selamat

Hari tu aku ada jumpa senior staff kat pos office...dia ckp kalau letak 'fragile' ke 'mudah pecah' ke diorang tak ambik peduli..semua brg disumbat dalam guni (dia tunjuk guni tu)..guni2 yg penuh dihempap2 je..bayangkan brg2 yg berguni2 dihempap2, ada yg berkilo2 beratnya..so kalau yg mudah pecah tu terletak kat bawah..tu yg terpenyek macam lempeng tu....Harap dapat membantu masalah brg pecah....

Bye ...wasalam

Saturday, February 27, 2010

MELAWAT TOMI KAT VET


Tomi kat klinik tadi..nampak ok tak?..langsung tak boleh bangun tu..

Pagi tadi pergi vet lawat Tomi...kot la Tomi rasa kami dah abandon dia, tentu dia rasa sedih..org sakit kalau susah hati lagi lambat sembuh kan.

Bila panggil nama, dia mengiow tapi bukan mengiow jawab apabila dipanggil..(aku tau sangat bunyi dia menyahut kalau dipanggil nama)..tapi cara dia mengiow tadi sebab tgk org datang..aku usap2 kepala dan leher dia...dia tak grrrrrr spt biasa...tapi rasanya dia lebih okay dari hari kami mula2 hantar kat vet..hari tu suara makin hilang, bulu nampak tak sihat dan mata pun kuyu..

Vet cakap perutnya bengkak..tapi tak cedera..hari ni akan buat x-ray..tgk apa yg tak kena....sedihnya..aku tak mau lah Tomi tak boleh jalan..atau paralysed..kawan2 tolong doakan ya...esok aku pegi lagi tgk perkembangan selanjutnya...
Wasalam....

Friday, February 26, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL




Semoga kehidupan kita mengikuti sunnah Rasullulah S.A.W
dan diberkati sepanjang masa.

Thursday, February 25, 2010

Tomi masuk wad


Masa nak keluar ke sekolah awal pagi 2 hari lepas terdengar tomi duduk kat depan mengiow dengan nada suara yg seolah2 menahan sakit...sekali tgk tomi tak boleh jalan, kaki belakang sebelah kiri mcm lembik..patah ke??...kasihan dia..bawa masuk kat dalam rumah..dia hanya menyeret badannya menggunakan kaki depan..dah tak mahu makan dan minum, kami terpaksa suapkan air, tapi dia marah2 dan tak nak buka mulutnya

Tadi bawa Tomi ke vet..dan kini Tomi berada dalam wad kat private vet sehinggalah dia sembuh..harap2 tomi cepat2 sembuh..sob..sob..tak boleh tenguk Tomi...kalau cuti vet tutup, mereka dtg utk check dan bagi makan aja..

Tuesday, February 23, 2010

Mangkuk kangkung

SALAM SEMUA>>>>Hari tu kemas2 nampak kotak yg masih berikat kemas mcm belum dibuka...sekali tgk ada 6 mangkuk bunga kangkung dan 4 mangkuk gambar burung...laa..boleh ke ter'miss' gitu. Ni hasil hunting hubby kat sandakan pertengahan tahun lepas lagi..hehehe..dia ada cakap dia beli mangkuk bunga kangkung tapi sebab dah biasa tgk aku tak bukak..sampaikan dah lupa...sign of old age:)

Yatt, Mat dan otai2 lain...tolong sikit.... mangkuk ni sesuai ke kalau diletak penutup?? macam tureen gitu..tapi bibirnya nipis...kalau sesuai..tolon..tolon..sapa yg nak jual penutup..kalau harga patut aku ambik...hehe

Paling besar...ukuran diameter...7 in

mangkuk sederhana besar...diameter 7 in juga, tapi rendah sikit

yang paling kecil ...


Mangkuk burung2 berkicauan....

Wasalam................

Sunday, February 21, 2010

Jom Buat Pokok Topiary

Cantik tak???...
Salam hari Ahad semua!

Esok dah sekolah semula...hmmm malasnya..seronok goyang kaki kat rumah bila cuti seminggu ni..lepas ni bermulalah semula kehidupan normal yg memenatkan...

Pernah tak UOLs rasa kalau nak cuti plan mcm2..habis je cuti mcm tertanya2 'apa aku buat sepanjang cuti ya??... mulalah rasa macam nak pusing semula ke hari sebelum cuti.....aku pun selalu gitu..banyak yg plan nak buat, tapi tak terbuat semua...

Yang pasti seminggu cuti tu akk asyik bukak tenet je..ada sekali tu sampai tak tutup satu malam sebab tertidur..(masa tu hubby tak dak..hehehe)...tapi bukanlah 24 jam mengadap, sambil2 buat kerja lain aku check la tenet, nak shopping ...keh..keh..keh..dan lawat2 rumah kawan cari idea..

Yang pasti sepanjang cuti ni aku shopping on9 tahap CIPAN...cipan ni lebih ganas daripada gaban lagi sebab dah mix dgn lipan..hehhehe..tapi yg heran tiap kali akk masuk dah memanjang booked atau sold out..diorang ni tak tidur langsung agaknya..lebih ganazzz daripada aku yg sampai tahap cipan...dan yg pasti jugak..minggu ni lawatan ke bank dijalankan beberapa kali..bank in duit..sampai kat hubby aku pun aku kirim gak masa dia nak p bank..dia tak kata apa..okay jer..sebab selalunya kalau dia tak setuju dia bukak mulut..apalagi itulah sebabnya si isteri pun naik taraf ke tahap cipan...hehehe..lagipun duit aku maa...

Hmm..panjangnya mukadimah..okaylah korang layan je sebab nanti dah bukak sekolah tak boleh tidur dgn tenet dah..tak boleh berceloteh dan membebel kat sini..mungkin sekali sehari jer bukak dan n3 pun jarang2...

Okay Dokey...ni antara perkara yang aku plan nak buat masa cuti CNY...disebabkan nak beli yg dijual di kedai mahal sangat2..kita buat sendiri untuk jimat kos supaya boleh beli barang2 lain....hehe..

Beli benda alah ni kat kedai2 deco..kalau sapa2 yg tinggal di KK dan kawasan berhampiran, daun ni boleh dibeli kat kedai Kaison..harganya rm2.90 untuk dua...so beli 2, kos hanya rm5.80kan...mana nak beli pokok topiary dgn harga gini kan..

Sebenarnya aku ambik banyak gambar..kira macam step by step la konon..tapi tenet pun dah lembab tahap cipan gak, aku cuma loading 4 keping jer..itupun buat trick, masukkan satu2..padan muka dia...lajulah sikit..



Dah tu lekatkan kedua2nya pakai dawai halus warna hijau, dawai ni aku beli kat kedai 2 ringgit, dah lama..tak tau masih ada atau tidak sekarang....ikat pada batang..kalau lalu kat kedai bunga, mata tu besarkan sikit, selalunya amoi bunga kalau nak gubah bunga mereka potong batang yang besar tu, so pandai2lah buat manis mulut minta batang tu..ataupun belilah seketui bunga kat dia, mesti dia bagi..

Dah siap...pasu tu pun dah lama beli..tak silap tahun 1993 lagi..so kos buat pokok topiary ni tak mahalkan...nnt nak cari rumput2 halus utk tutup sponge tu....cantik tak cantik belakang kira janji DIY dan jimat kos....

Saturday, February 20, 2010

Pelita Lagi Ya

Tahap gaban giler tenet ni...lembab habis...banyak kali cuba n3 tak dapat...yg ni dekat 2 jam..hish..
..Belum lagi taubat nak stop kolek pelita rupa2nya..hehehe..hati kata stop, nafsu kata 'No'..tenguk sapa lebih kuat..

Ramai fanatik pelita collectors yg beli pelita ni dari eija tokeypelita...kui3...hehehe

Pelita2 kat bawah ni beli masa 'off blogging mood' di kedai2 yg berdekatan saja...

Pelita merah kecil comel yg ada lingkaran daun kat keliling...

Pelita bulat gebuss warna 'disco '...kehijauan....

Digandingkan dengan pelita daripada mak lang....macam satu tu jenis betina dan satu lagi pelita jantan..dok gitu mat...Mat je yg mahir spesies jantan betina, duda dan janda ni..sebelum mat baling aku dengan lesung batu baik aku larikkkk

Friday, February 19, 2010

Nannie~My Passion Giveaway~

Mari! Mari! Mari!...jom kita join giveaway...hadiah sangat2 cantik dan berbaloi daripada nannie~ mypassion~...kalau dapat hadiah2 ni...'hidung kembang 3 hari'..petikan kata2 ....hehe...semua org tau kan sapa..takut nak sebut nama, zaman sekarang tak boleh sebut2..bahaya...ok..ok...tenguk hadiah2 kat bawah ni..





Ok sekarang ni adalah syarat-syarat penyertaan untuk giveaway ini , mudah je :

- Give away ni bermula dari hari ini 19 Febuari - 3 Mac .

- Terbuka untuk semua follower blog saya yang berada di Malaysia saja , so jom la follow my blog....selama ni akak link kat blog, tapi sekarang muka kecik akak dah ada kat follower tu

- Kalau boleh buat la entry yang simple je tentang giveaway ni ....ni n3 yg sedang2 simple..

- Link kan blog saya ni di blog list anda ....dah link lama dah...

- Sila tinggalkan sebarang komen di ruang komen dalam entry giveaway ni ....lepas ni den poi...

- Tinggalkan jejak/link blog anda di ruang komen entry ini , nanti senang saya nak contact anda .
....sama seperti di atas....

Ok kawan2..ada 4 pemenang dengan 4 hadiah istimewa...Jangan tunggu lama2...zasss...
ke sini nannie

Thursday, February 18, 2010

Jam tangan Antik - Jenama Titus

Aku dan hubby memang minat antik (tapi kami bukan macam tu ya mat..hehehe TST)....dulu kami bersungguh2 collect barang2 tembaga lama..setiap minggu kami cari kat tamu di sekitar Kudat termasuk kat kg2. Dulu org2 kampung yg jual, mereka bawa satu atau dua item je, so masih boleh dapat murah...yg terkilan sikit ada teko tembaga yg tinggi dan besar berbentuk alladin, dijual rm150..tawar pun tak nak bagi kurang..kami tak beli dan balik rumah..dah balik masing2 teringat2 dgn teko tu, hubby pegi semula tapi dah tak ada..tamu minggu seterusnya kami intai2 lagi, hampa..betullah org cakap baik menyesal beli drp menyesal tak beli..mcm putih mata...selepas 2 tahun pencarian utk brg2 tembaga..kami stop sebab barang2 dah tak ada dan harga pun melambung tinggi....tapi alhamdulilah koleksi kami dah agak banyak jugak..(sudah n3, kalau nak tgk bawah label antik..masa tu guna handphone, gambar tak cantik..nnt buat n3 baru ya)

Selain brg2 tembaga hubby juga suka collect duit lama dan keris lama...keris belum n3 sebab malas nak bukak...tersimpan dalam balutan kertas sejak kami pindah ke KK lagi..hehehe..lama dah tu...kami juga ada simpan mesin jahit lama yg guna tangan tu...(sekarang giler pinggan mangkuk lama pulak hehehe)

Okay...semalam bukak blog jual barang2 antik dan terlihat penjual tu jual jam berjenama Titus ni..aku teringat yang kami ada benda alah ni, cepat2 kucari dan alhamdulilah masih tersimpan...ok juga harganya sekarang ..CMG inilah jam yg akak cakap tu...


Inilah rupa jam tu..gold plated ..hubby dapat tahun 1995..masa tu dia masih kerja gomen...ofis nak buat renovation dan bilik yg nak direnovate tu penuh dgn segala fail dan barang2 lama...so mereka nak buang, nasib hubby ambik jam ni dan peti zink lama yg masih tertulis East Hindi Company..(aku dah spray warna gold..dah buat n3 dulu)...ada juga jam dinding lama, typewritter dan talipon lama...aku ingat hubby ada tanya aku nak atau tidak...masa tu aku tak berapa minat dgn barang2 buruk ni...adehhh...dia pun tak ambik..tak kusangka selepas hampir 20 tahun barang2 buruk ni menjadi buruan dan berharga...melepas cheq...

Close up..(dgn jariku yg comei itewww..hehe) cuma muka dalam jam tu berubah warna dah..

Bahagian tepi...ada logo...menunjukkan jam ni ori punya...ikut maklumat kat blog antik tu..jam ni berada di pasaran sekitar tahun 1960-1970...

Bahagian belakang jam...dan yang bestnya jam ni masih berfungsi dengan baik...

Penah hubby pakai jam ni...ada org tegur dia..'jam antik ke'..bila somi jawab ya dia cakap dia pun ada jam begini....sekian dulu...sedikit nasihat 'Barang Lama jangan dibuang, simpanlah ia sebagai kenangan'

Tuesday, February 16, 2010

Bersih Kolam Kura-Kura

Salam semua....ingatkan hari ni tak dapat buat n3...belakangan ni selalu sakit kepala tengah malam tapi bila pagi beransur pulih...tanya cik goggle..mungkin sugar level low or badan dehydrated sebab siang kurang minum air...dan..takutnya..mungkin brain tumor..nauzubillah!

So pagi tadi seperti biasa sakit kepala..ingatkan lepas buat keja oklah sikit...aku pulak 'terpaksa' merajinkan diri kerana kolam kura2 dah jadi macam agar2 hijau..tak nampak apa dah..so kubasuh dan gosok dengan gigih sehingga jadi macam bersih sikit......lepas tu aku lepet selepet pengat pisang kerana dilanda sakit kepala yg teramat sangat...dalam pukul 4.00 petang gitu baru ok sikit....tapi masih terasa sakit2 sampai sekarang...


Haaa...sekarang barulah nampak rupa cik minie dan cik mitchie berenang dengan gumbiranya ke sana ke mari

CURIOUS!!!!...boleh tenguk tak???..okay...okay...go ahead, as long as you don't jump inside...

OOO..rupanya benda ni yg ada kat dalam nie....sian Yuyuk...ter'wonder2'

Okay....mau berehat...

Sunday, February 14, 2010

Frame gantung pinggan

Gong xi ni...Gong xi Fa Chai...Xin Nin Kuai Le....

Semalam wo tak lena tidur...neighbour sebelah lumah yg berbangsa tionghua main bunga api kedebommm..kedebom... sampai wo punya kucing pun lali lintang pukang...tapi nilai toleransi wo masih utuh jadi wo liam2 jer..bagi peluang maa..satu kali satu tahun...happy2 gitu..

Ok..betulkan lidah semula...sebenarnya n3 ni untuk nizie....alahai nizie, kat sini memang deko2 inggeris ni tersangatlah mahal, akk kalau pegi kedai2 tu setakat cuci mata dan dapatkan idea mendeco aja...



Frame gantung ni akk beli kat Nilai..kebetulan kedai tu tgh buat sale...harganya cuma rm8.90 saja..pinggan2 deco tu pun rm8.90 satu..disebabkan pegi sana masa on the way nak ke airport tak lah boleh borong byk2...walaupun hati dah meronta2 bagai nak rak...itupun hari tu penuh tangan nak membawanya..akak perasan ramai org dok jeling2...apalah makcik ni bawa banyak2..mcm nak berniaga je..hehe...

Chowww..selamat makan limau....selamat tahun rimau..

Saturday, February 13, 2010

Gerammmm


Pagi2 lagi dah bikin panas...aku sms elok2 tanya barang ada ke tidak, tanpa menjawab salam yg aku beri dan tanpa memberi salam, dia jawab dgn ayat yg cukup 'sarcastic'...apa salahnya jawab 'sorry no stock', atau kalau malas sgt..'brg tiada' daripada ko taip panjang2 dan menyakitkan hati orang....What's wrong with you man??? seek medication if you're sick, but don't make people sick of you'

Sendiri pun mau ingat....sekali ko buat orang.. Tuhan boleh tutup pintu rezeki ko berkali-kali.....

Sorry..this is not my online sellers' friend......this is someone without seller's ethics..kali pertama berurusan..and will never be..serik.

Friday, February 12, 2010

SUKAN SEKOLAH 2010

Oppss...lajunya tenet, tak sampai 5 minit gambar dah terpapang..aku saja2 jer tadi godek2 gambar sukan sekolah yg ambik kelmarin dan guna photoscape supaya tak payah n3 byk2 gambar..lepas tu cuba upload...kejap jer dapat..ok..terpaksalah korang layan gambar sukan budak2 sekolah pulak...

Ni perbarisan rumah sukan...merah(musytari), hijau(zuhal), biru(marikh)...kuning????...huwaaa...aku ter 'miss' upload gambar rumah sukanku sendirik....aku dah buat dalam satu frame...lupa pulak...nnt aku try upload..harap2 dapat cepat..

Perbarisan unit beruniform...PBSM, Kadet Polis, Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah(siap cat muka lagi tu) ...satu lagi badan pengawas..aku tak snap pulak...yg menang perbarisan unit beruniform ialah yg bakal jadi polis tu..tahniah...tiap2 tahun pun mereka menang tp bila dengar keputusan diumumkan, menjerit mengalahkan org histeria...perempuan semua..sikit pun diorang tak malu dgn cikgu2 dan jemputan...budak2 sekarang...

Pasukan pancaragam sekolah yg hari2 dok berlatih sampai bingit telinga...gambar kat bawah tu mereka sedang buat persembahan......lagu 'staying alive' dan satu lagi lagu apa aku tak hingat...

Sekarang ni kalau merasmikan apa2..semua org dok bagi buah ..entahlah kenapa..mana2 pun aku tenguk sama jer..nak katakan menyahut 'kempen makanlah buah2an tempatan' tak jugak sebab semua buah import..kenapa tak bagi buah langsat, rambutan, manggis, nenas ke,...atau durian????..hehe

Yang Menang....ni maskot rumah biru, adik ni pakai baju melayu dan bawa kuda hitam...rumah biru menang perbarisan.
Sebelah tu olahragawati sekolah...Cassandra Dewi...laju betul lari..dia ni pemain team Bola Sepak Wanita Malaysia tau, itu lah ada extra stamina....gambar olahrawan 'terblurr' pulak, so tak masukkan...olahragawan pulak wakil sabah ke MSSM dgn pencapaian 2 perak kat MSSM tahun lalu.


ok..dah dpt upload gambar rumah sukanku...kuning (Uranus)..atas sekali tu pom-pom girl yg dah bertanduk....rumah lain tak ada pom2 girl...maskot kami bunga matahari dan bee..yg angkat tgn tu..perbarisan kami dapat no. 2..tahun lalu no. 1..huhu..yg kat bawah pasukan tarik tali uranus yg dapat johan..tgklah kami punya 'anchor' tu sapa boleh lawan..tagap2 baa...(dialek sabah ya)

Tugasku menghias astaka..nampak kain putih kat tiang hujung tu..aku yg buat dan ideaku jugak..ala2 Inggeris gitu..hehe..aku buat 2 tiang depan dan yg lain2 suruh cikgu lain buat (nampak yg atas jemputan yg duduk tu)..cara memasang scalop tu pun aku yg ajar...cikgu2 muda macam tak leh pikir..aku rasa kepala diorang tak macam kita (maksudku pembaca2 yg minat deco) tapi kami hias ala kadar je..sebab masa suntuk dan tak jemput VIP yg very2 VIP..hehe..pengetua tak suka protocol2 ni..leceh dan melambatkan...kelmarin panasnya menyengat2..ramai yang pengsan..tapi Oklah dalam pukul 11.00 dah selesai...

Full picture..maskot rumah Uranus(kuning)...sunflower and bee..untuk cikgu2 yang baca supaya dapat idea bagi sukan tahun depan....cikgu2, nanti kongsi2 la maskot..sebab idea makin kurang dah....

Selamat Berhujung minggu dan selamat bercuti....

Thursday, February 11, 2010

Beli apa tu???

Salam petang Khamis...horeyyy..dah start cuti CNY..tadi ada sukan peringkat akhir kat sekolah, esok cuti peristiwa dan terus sambung dengan cuti CNY...22hb feb baru sekolah balik..bestnya....

Kali ni nak n3 brg2 deco yg dibeli masa off mood utk berblogging...tapi tak beli online beli offline..semua yg 'off' je ni..hehe..

Handfon baru??? tidak!...ini my doter punya..kan dia pandai nak habiskan duit mama abah dia..mau yg color pink..kalau beli teko kotak dah dapat dalam 5 buah dah, anak punya pasal.....ikut jer...harap2 bila kita tua dia jaga kita pulak...


Tenguk memancar2 mukanya dapat handfon baru...

ok sekarang ni baru barang2 mama dia pulak....

Jatuh cinta pandang pertama dengan tray ni walaupun bukan bunga rose janji munger2 gak...ini last dah kat kedai tu, so apek bagi murah...

Bunga lagi..tak payah spray tak payah gubah2..beli yg dah siap dengan ribbon jugak...walaupun hubbyku tak suka kalau bab2 ribbon, dolly,sapu tangan tapi aku suker...so pejam mata je lah dia....tapi dia tak marah..cuma dia tak berapa berkenan yg feminin type..habis lelaki kan??..mau jaga ke 'maco'lannya lah kot...hehe

Nampak tak bunga apa??..bunga 5 roses youuuu...datang dari china jugak tapi bukan lama kot..aku jumpa tergolek2 3 ketui..ingat nak ambik semua tapi sumbing pulak, tgk yg ni pun sumbing kat bibir ..tau harga cik sumbing ni berapa??? RM1.80 jer..murah kan??

Ok kalau line tenet ok, nnt aku share lagi brg2 yg dibeli masa "offline"

Wednesday, February 10, 2010

Tamu at Gaya Street - Part 3

Heee...meluat betul dah dgn berukband ni...sebenarnya bukanlah niat nak mengn3 sampai 3 episod..tapi dek kerana boleh masuk 5 gambar je, dan nak masuk gambar dah macam tunggu kucing berjanggut, terpaksalah bahagikan pada 3...kalau kwn2 boring dgn tgk gambar kat tamu je tak henti2, cepat2 lari ya..jgn laju2, nnt jatuh kang dah kena masuk hospital pulak..nak rayo cino dah ni, kang tak dapek nak makan buah limau....ok..ok........layannn gambar2

sukenya chik kak dan cik abang ni..awat noo.....sebenarnya bukan nak ambik gambaq depa..nak ambik gambaq apa pun cheq tak tau..main tokan jor..apasal aku kejap ckp kedah kejap negori nih...hehe..sebab aku org kedah+nogori lah....

kain baju dah tudung...aku rasa tak sampai 5 jari kiraan aku membeli belah baju atau tudung kat sini...atau mungkin tak penah beli..lupalah..

cantikkan hasil perut laut...kalau dapat kat mek salleh, depa dah masuk kat dalam bekas kaca yg tinggi tu...apa nama dah...Apothecary...ya ke?? gasaklah kan..

I love orchid too...tapi yg kat rumah..hidup tapi segan2...

tgh betulkan kain lapik ke??..hehehe

Aku jadi paparazzi hari tu..so sayanglah kalau ambik byk2 gambar lepas tu tak buat show kan???

Tuesday, February 9, 2010

Tamu at Gaya Street - Part 2

Salam..ni sambungan cerita kat tamu..punyala lama nak download gambar....sampai naik bosan menunggu ..ni yg membantutkan balik mood nak berblog....apa lagi nak guna ni..celcom out, digi pun dah jadi lembab semcm jugak...

Gerai ni kat bahagian hadapan Gaya Street..gerai jual makanan..masa tu beli breakfast sekali sebab malass nak balik masak...hehe..aku beli laksa dan kuih, untuk anak2 nasik lemak, mee dan burger...

Teringat masa kat kampung...laksa kat pekan senaling yg tak jauh dari rumah mak sangatlah sedap, belum lagi jumpa sesedap laksa senaling kat sini..so org2 kgku...zai dan nor..cubalah laksa senaling tu, tentu nak lagi..hehe.. gerai tu jual waktu petang saja...


Ni ambil masa keadaan masih lengang lagi..kiri kanan ke dua2 belah jalan ada gerai....

Hamster yg dijual...aku suka jugak hamster tapi takut nnt kucing2ku tak senang duduk..alamat tak lamalah hayat hamster ni kalau aku beli...

Masa ni dah dekat pukul 8 lebih..org dah makin ramai, aku rimas kalau sesak2 gini..my doter pun dah ajak balik.....

nnt sambung lagi ya....