Showing posts with label craft. Show all posts
Showing posts with label craft. Show all posts

Sunday, February 21, 2010

Jom Buat Pokok Topiary

Cantik tak???...
Salam hari Ahad semua!

Esok dah sekolah semula...hmmm malasnya..seronok goyang kaki kat rumah bila cuti seminggu ni..lepas ni bermulalah semula kehidupan normal yg memenatkan...

Pernah tak UOLs rasa kalau nak cuti plan mcm2..habis je cuti mcm tertanya2 'apa aku buat sepanjang cuti ya??... mulalah rasa macam nak pusing semula ke hari sebelum cuti.....aku pun selalu gitu..banyak yg plan nak buat, tapi tak terbuat semua...

Yang pasti seminggu cuti tu akk asyik bukak tenet je..ada sekali tu sampai tak tutup satu malam sebab tertidur..(masa tu hubby tak dak..hehehe)...tapi bukanlah 24 jam mengadap, sambil2 buat kerja lain aku check la tenet, nak shopping ...keh..keh..keh..dan lawat2 rumah kawan cari idea..

Yang pasti sepanjang cuti ni aku shopping on9 tahap CIPAN...cipan ni lebih ganas daripada gaban lagi sebab dah mix dgn lipan..hehhehe..tapi yg heran tiap kali akk masuk dah memanjang booked atau sold out..diorang ni tak tidur langsung agaknya..lebih ganazzz daripada aku yg sampai tahap cipan...dan yg pasti jugak..minggu ni lawatan ke bank dijalankan beberapa kali..bank in duit..sampai kat hubby aku pun aku kirim gak masa dia nak p bank..dia tak kata apa..okay jer..sebab selalunya kalau dia tak setuju dia bukak mulut..apalagi itulah sebabnya si isteri pun naik taraf ke tahap cipan...hehehe..lagipun duit aku maa...

Hmm..panjangnya mukadimah..okaylah korang layan je sebab nanti dah bukak sekolah tak boleh tidur dgn tenet dah..tak boleh berceloteh dan membebel kat sini..mungkin sekali sehari jer bukak dan n3 pun jarang2...

Okay Dokey...ni antara perkara yang aku plan nak buat masa cuti CNY...disebabkan nak beli yg dijual di kedai mahal sangat2..kita buat sendiri untuk jimat kos supaya boleh beli barang2 lain....hehe..

Beli benda alah ni kat kedai2 deco..kalau sapa2 yg tinggal di KK dan kawasan berhampiran, daun ni boleh dibeli kat kedai Kaison..harganya rm2.90 untuk dua...so beli 2, kos hanya rm5.80kan...mana nak beli pokok topiary dgn harga gini kan..

Sebenarnya aku ambik banyak gambar..kira macam step by step la konon..tapi tenet pun dah lembab tahap cipan gak, aku cuma loading 4 keping jer..itupun buat trick, masukkan satu2..padan muka dia...lajulah sikit..



Dah tu lekatkan kedua2nya pakai dawai halus warna hijau, dawai ni aku beli kat kedai 2 ringgit, dah lama..tak tau masih ada atau tidak sekarang....ikat pada batang..kalau lalu kat kedai bunga, mata tu besarkan sikit, selalunya amoi bunga kalau nak gubah bunga mereka potong batang yang besar tu, so pandai2lah buat manis mulut minta batang tu..ataupun belilah seketui bunga kat dia, mesti dia bagi..

Dah siap...pasu tu pun dah lama beli..tak silap tahun 1993 lagi..so kos buat pokok topiary ni tak mahalkan...nnt nak cari rumput2 halus utk tutup sponge tu....cantik tak cantik belakang kira janji DIY dan jimat kos....

Tuesday, December 29, 2009

My first Decoupage

Aduhhh...lagi edisi merajinkan diri untuk mencuba2 walaupun hasilnya tak secantik dan sekreatif orang lain...

Tisu papers ni dan decoupage kit dah lama beli dgn ani dan razna tapi sebab S+M tak buat2 jugak sehinggalah aku force diriku utk jadi R...

Aduhhhh..layan2 jelah hasilku ni...aku penat sangat2, kelmarin balik pukul 1 lebih dari meeting kat sekolah, hari ni pun sama, esok dan lusa lagi, hari sabtu lagi..korang dengar pun penat kan?..itulah sekolahku...jgn sapa2 pandai2 nak tranfer kat sini, cari nahas....hehehe..aku ni dah alah bisa tegal yg dibiasa2kan...dan korang tak tanya ke kenapa aku beraduh2 tu..sampai hati...sebenarnya aku..CAKIT GIGI...dah bengkak dah sebelah pipi, macm belon..nak wat mcmana ni..???

LAYANNNNN




First try..jadi buat kat tin..nnt dah pandai dan rajin sikit wat kat tempat yg canggih2 pulak..hehehe..betul ke???...wasalam

Sunday, December 27, 2009

My first faux cake

Hehehe..patut semua bagi tepukan kepada semangat aku yg memang gigih utk mencuba..jadi tak jadi belakang kira ya..kali ni aku buat cake pulak....tepuk, tepuk, tepuk....

Dah lama nak try and test buat faux cake ni..dah ujung2 cuti sekolah baru la seru tu datang utk mencuba..macamana my first trial..ok tak?? berapa bintang korang bagi out of 5....nak bagi bulan sekali pun boleh baa..(aku cakap sabah dah ni..hehe)

Sebenarnya warnakan kuning kat tepi tu..dah berlapis2...sekali dia mau jugak jadi kek pandan..apa nak buat.....
Disebabkan kat sabah ni byk beads dan tak ada cake decorations yg comel2 mcm org aku gunalah beads yg dah lerai (putus) yg aku simpan sekian lama dgn harapan akan ada kegunaannya 'one fine day', so 'the fine day' tu dah tiba..aku pun gunalah

Potongannya tak berapa cantik..mcmana org potong benda alah ni, guna pedang samurai ke?? sekali hai yaa..terus straight je jadinya..sifu2 faux cake tolong story sikit :p..tgklah caraku potong tak kemas langsung..yg aising kat atas tu aku guna acuan betul..haha..dont worry aku tak kan guna acuan tu utk yg betul punya..kang ada yg naik batu karang pulak...

Ok dah buat air dalam teko tu..tgk piring tu akk guna piring lama punya...jemputla makan ya..akk dah kenyang makan cempedak goreng...hehe

Thursday, May 21, 2009

Bunga tisu dan bakul

Bunga tisu ni aku rakam step by step..dibuat oleh pelajar2 6 atas utk jualan kat sekolah sempena hari guru. Banyak gak mereka dpt dalam RM300 lebih, mereka ckp ramai students yg order tp mereka tak menang tangan, beberapa orang je yg pandai..perlu kesabaran yang tinggi..kalau bagi aku mesti dlm 10 tu 3 je yg jadi, yg lain aku koyak2 sebab tak sabar..hehe..bunga ni dijual M1.80 each..pandai mereka cari duit ...utk persatuan ting. 6..sapa2 yg sabar dan creative boleh buat ikut gambar ni..

mula2 susun 6 keping tisu(lipat2) dan ikat batang kat tengah(tak ada gambar)

Then guna marker pen, or highlighter utk warnakan di bahagian hujung tisu

Bolehlah dibukak lapisan pelan2..tang ni yg menguji kesabaran...tisu tu kan nipis lepas tu mudah koyak pulak

Bentukkan dgn tangan...


Ni hasil yg dah siap..cantikkan..diorang ada bagi kat aku..siap boleh pilih lagi mana yg mau..aku pilih yg biru pink tu
Bakul ni aku beli tadi kat tepi jalan..hehe..masa ambil anak tadi nampak org bawak bakul..pantang tenguk, walaupun bakulku dah berbakul2 byknya..beli jugak satu..RM10..aku tanya buat drp apa dia ckp batang bemban..sambil pandang aku krn dia ingat aku tak kenal batang bemban...batang bemban ni memang mainan aku la masa kecik2 kat kelantan dulu..aku buat batang ni utk mengail ikan kat sawah padi..sampai tak ingat makan minum, panas terik kalau dah memancing, lagipun sawah padi tu dekat dgn rumah je..mak marah pun akau tak layan..so skrg aku faham kenapa ada org gila memancing..hehe..

Sunday, April 19, 2009

Decal project




wahhh..you must think that I really had so much time for posting 3 entries during the weekend. This week must be my project week, although I'm down with headache still...sekarang che zah nak tunjuk project mendecal guna decal yg baru dpt ...hehe..I just couldn't wait for the decent medium, so the recycled tin can will do to fulfill my anxious passion..jangan marah...so ani, rozie what say you all?

Monday, December 29, 2008

My simple and easy craft project

To camouflage with English country concept, there must be at least some white colour added to your decoration. I got 3 ceramic plates that i bought previously but i don't like the pictures on them. So i've sprayed them white and it turned up quite smooth but slippery. I wanted to do the painting on it myself (huh..macam terror je) but Luthien, (you should go to her blog and check out the marvaleous stuff she made..i really adore her works) adviced me not to as the colour will not stick on it if the surface is slippery. So i decided to decoupage them.


The ceramics plate that i've sprayed to white colour..

These are the decals that I bought online..not many stocks available so i was left with no choice..

Unfortunately the decal is too small for the plate, so I've to put it aside.....

I searched in the kitchen and found this tin teapot that was rusted ouside and looked quite ugly (the before picture is missing..i cannot locate it anywhere). Lucky that i still keep it..actually i don't like throwing things as i know that i would need it someday..my habit proof me right, isn't it.....
I sprayed it white with the leftover spray from the ceramic plates and pasted the decal...walla..don't you think it looks cute now ....hehe..

I found this cute shoe at one of the stores in KK ..inexpensive one..so I glued it on one of the ceramics and hanged it on the stair, it looks quite plain though..i think it need some writing or small flowers around it..don't you think soo..

That shoe above looked very much similar with this one..isn't it..My friend bought this from Holland, it frequently fall down from its stand and before it breaks i glued it on...u guest what ...A CHOPPING BOARD..hahaha...and hanged it on the wall...nobody knew and nobody asked...