Showing posts with label almari putih. Show all posts
Showing posts with label almari putih. Show all posts

Sunday, June 6, 2010

Isi Almari Putih

Salam petang Ahad...sebenarnya aku tgh kemas2 dan buang2 apa yg patut kat ruang bawah tangga/stor ....kat salah satu kotak tu ada majalah lama..yg paling lama 1989..sayang pulak nak buang bila belek2 mcm rasa dah vintage gambar dan isi kandungannya..so simpan saja..yg dibuang nota2 pengajaran yg lama2, dah tukar silibus dah so memang tak berguna kalau disimpan...lega sikit ruang tu...

Okay..ni kira waktu rehatlah...sambil2 buka tenet dan masukkan n3 sambungan pasal almari putihku...w/pun tak sehebat kawan2 lain, tapi bersyukurlah dapat jugak memenuhi hobi yg giler2 ni...

Tingkat paling atas memuatkan cik pot yg seciput tu dan wild rose collections.....dihiasi dgn roses yg beli kat kedai English deco kat sini...


Fokus....Wild rose collectionsku (mcm byk je bunyinya)..teko dapat drp nyna..(harap nyna sihat walafiat)..6 cawan lompang tu beli drp Chah, tray pink tu pun drp Chah jugak..2 mangkuk pemberian ryana dan 2 lagi pemberian Nur sarawak..tkasih ya kawan2ku yg baik hati....2 platter kat belakang tu barter dgn Jai Kuantan dan 2 pinggan hasil hunting sendiri kat apek....wah dari pelbagai negeri rupanya...bersatu kat dalam lemari putihku....


Fokus..cik potmeirion...hanya teko debab dan 4 set cawan n saucer jer..cik pot ni kirim kat rrozie yg balik dari UK for good..thanks rozie..silap pulak tak kirim bagi cukup 6 sets, sebab hari tu takut menyusahkan rozie..kenapa lama dah rozie ni tak masak2, tak ada chance lah nak mengendeng kat tingkap dapur rumahnya...huhu..

Tingkat tengah memuatkan koleksi victorian rose...set 6 cawan tu drp Eija..teko daripada Nur sarawak, mini sugar pot dan satu set cawan comel (kat dalam mangkuk sebelah kanan tu)...otai antik..simanis Yatt yg bagi masa kami jumpa last year, inilah koleksi VCRku yg pertama yg menyebabkan kujatuh cinta..tkasih yatt....mangkuk dan piring2 tu hasil hunting sendiri.....

Tingkat paling bawah memuatkan pelbagai spesies rose yg tak cukup korum...

Sebelah kiri...two tone roses yg terdiri daripada 3 jenis shape cawan yg tak sama (dah buat n3 tentang adik beradik tiri ni....click sini)....ni dapat daripada Nur sarawak, cik Mat Gebu dan Saidah...piring yg menyandar tu pemberian mat..

Then 5 sets cawan yellow n pink roses daripada Ajmah, vase bunga yg sama beli kat kedai deco, kat belakang tu (terlindung sikit) 2 cawan 5 roses daripada sue antik (yg ramai2 rebut bagai nak rak tu)..

Teko twin roses janda berhias pula daripada Khaty....

2 Pinggan bunga pink and red roses kat belakang tu hasil hunting dari Kuching

Panjang pulak celoteh pasal roses ni..mesti uols pening..tak pe..baca slow2 ya...tata....

Saturday, June 5, 2010

Almari Putih

Tak dapat lemari antik mcm kawan2 antikku..aku beli lemari berkonsep Inggeris..hampir sama gak patternnya dgn lemari antik kawan2kan???

Harganya..??..pejam mata sajalah, memang mahal kat sini..tapi suka punya pasal rembat juga setelah fikir beratus2 kali...kalau tengukkan rekabentuknya...ishhh..rasanya kalau aku ada skill buat almari, 10 almari macam ni aku boleh buat..simple sangat...

Kita cerita isi almari sikit2...sebab malas nak masukkan gambar banyak2...ni sementara menunggu mata kuyu....kalau cuti sekolah, nak tidur cepat pun tak boleh,mcm segar je..kenapa ya??

Kita jenguk dulu brg2 kat atas lemari....bunga rose dalam vase english style, tiffin biruku dan bakul yg diisi piring bunga biru (bunga dahlia) ....yang selerak kat depan tu, english cottage yg dibeli kat sini...dan creamer serta 2 mangkuk kecil biru utk temankan tiffin biru tu...

Tadi dah letak sapu tangan vintage kat dlm almari tu sebagai alas....nnt akan n3 isi kat dlm lemari tu..