Tuesday, December 29, 2009

My first Decoupage

Aduhhh...lagi edisi merajinkan diri untuk mencuba2 walaupun hasilnya tak secantik dan sekreatif orang lain...

Tisu papers ni dan decoupage kit dah lama beli dgn ani dan razna tapi sebab S+M tak buat2 jugak sehinggalah aku force diriku utk jadi R...

Aduhhhh..layan2 jelah hasilku ni...aku penat sangat2, kelmarin balik pukul 1 lebih dari meeting kat sekolah, hari ni pun sama, esok dan lusa lagi, hari sabtu lagi..korang dengar pun penat kan?..itulah sekolahku...jgn sapa2 pandai2 nak tranfer kat sini, cari nahas....hehehe..aku ni dah alah bisa tegal yg dibiasa2kan...dan korang tak tanya ke kenapa aku beraduh2 tu..sampai hati...sebenarnya aku..CAKIT GIGI...dah bengkak dah sebelah pipi, macm belon..nak wat mcmana ni..???

LAYANNNNN




First try..jadi buat kat tin..nnt dah pandai dan rajin sikit wat kat tempat yg canggih2 pulak..hehehe..betul ke???...wasalam

Sunday, December 27, 2009

My first faux cake

Hehehe..patut semua bagi tepukan kepada semangat aku yg memang gigih utk mencuba..jadi tak jadi belakang kira ya..kali ni aku buat cake pulak....tepuk, tepuk, tepuk....

Dah lama nak try and test buat faux cake ni..dah ujung2 cuti sekolah baru la seru tu datang utk mencuba..macamana my first trial..ok tak?? berapa bintang korang bagi out of 5....nak bagi bulan sekali pun boleh baa..(aku cakap sabah dah ni..hehe)

Sebenarnya warnakan kuning kat tepi tu..dah berlapis2...sekali dia mau jugak jadi kek pandan..apa nak buat.....
Disebabkan kat sabah ni byk beads dan tak ada cake decorations yg comel2 mcm org aku gunalah beads yg dah lerai (putus) yg aku simpan sekian lama dgn harapan akan ada kegunaannya 'one fine day', so 'the fine day' tu dah tiba..aku pun gunalah

Potongannya tak berapa cantik..mcmana org potong benda alah ni, guna pedang samurai ke?? sekali hai yaa..terus straight je jadinya..sifu2 faux cake tolong story sikit :p..tgklah caraku potong tak kemas langsung..yg aising kat atas tu aku guna acuan betul..haha..dont worry aku tak kan guna acuan tu utk yg betul punya..kang ada yg naik batu karang pulak...

Ok dah buat air dalam teko tu..tgk piring tu akk guna piring lama punya...jemputla makan ya..akk dah kenyang makan cempedak goreng...hehe

Friday, December 25, 2009

My Yellow Mellow set

HO..Ho..Ho..Merry Christmas kepada mereka yg menyambutnya pada hari ini..kepada geng2 pinggan mangkuk lama(termasuk teko, cawan sekali)...cuti 3 hari ni bolehlah p hunting lagi..jgn lupa rembat lebih2 ya, lepas tu jual, tapi janganlah jual mahal bonar..kasihanlah kami yg tak ada/jumpa 'kedai apek lama' ni....

Ok..dah fenin2 dgn bermacam2 bunga rose dan warna pink, merah..mari kita tgk warna kuning pulak....

Set OC bunga maple/fern leaf ni dapat dari 'teko kuning'....antara koleksi awal...

Cawan kuning petite ni beli kat sanaaaa..tempat diorang geder2 minggu lepas tu...sweet cawan ni, kat dalamnya pun warna gold...kat belakang tertulis ' michelangelo'..aku terpikat dgn lingkaran daun2 hijau dan bunga2 rose (rose lagi) dan sedikit bunga biru kat badannya...kecik2 pun kuat menyiku jugak tu...

Ada 4 set sajer....
Ini creamer dan sugar pot yg lama aku simpan...beli masa belajar kat negara 'uncle sam' dulu..tak ingat dah berapa ringgit..mungkin murah la kot..see I told you, dah lama sebenarnya aku minat benda2 ni, tapi bila ada geng lagi bersemangat menghabiskan duit....hehehe.. made in Japan ni w/pun aku jumpa kat negara lain..suka tgk bunga matahari tumbuh kat badannya....

OK...that's all....bye semua...see uols..

Thursday, December 24, 2009

WE DID IT AGAIN!!

Syabas kepada semua guru dan pelajar2 PMR 2009..sekali lagi sekolahku mendapat pencapaian yg amat memuaskan..

Peratus belum la mencapai 100%...yalah dgn jumlah murid yg ambil PMR 344 orang amat mustahil nak capai 100%..tp peratus 90.2% dah cukup baik. 42 orang dapat straight A's...tadi aku pun kena pegi sekolah beri result pada murid kat dewan sekolah..yg dapat semua A memang melompatla..tapi yg kasihannya ramai murid yg dpt semua A bagi subjek lain tapi Bahasa Cina yg mereka tak score, kalau tak mesti lagi ramai dapat A.

Apa yg lebih membanggakan, sekolah ni top 3 seluruh sekolah di daerah Kota Kinabalu (semuanya ada 29 sekolah)...
1. SM Sains Kota Kinabalu (ni memang murid terpilihkan?)
2. SM St Francis Konven KK (jumlah pelajar PMR ialah 100 lebih je)
3. SEKOLAH AKU..YEAAA
4. SM All Saints KK..
Sekolah asrama penuh lain iaitu SMK Agama KK dan SMK agama Inanam pun kalah..kalau top sabah pun selalunya kami akan berada kat atas..sebab SM Sung Siew Sandakan dan SM Sains Lahad Datu selalunya akan merampas carta atas jugak..lain2 sekolah di daerah lain rasanya tak adalah kot.... hari Isnin baru tau ni...

Antara murid yg score straight A's bergambar bersama pengetua sekolah..Tahniah..you made us proud

Juga kepada guru2 yg ajar mereka (aku ajar form 4,5,6 )..kerana usaha anda yg tiada noktahnya..

Next week (monday) mulalah segala meeting, pendaftaran semula murid, meeting lagi, perancangan yg mcm2..mulalah balik aku migrain setiap hari..hehe..so blogging pun terhadlah..habislah peluang aku nak bersoping kat sini..sebab mungkin sekali sehari jer bukak tenet, tak sempat..hehe..itu agenda dan susun galurnya..yg practical we wait and see..(tgk2 aku jugak yg laju bersoping dan berblogging)..

Tuesday, December 22, 2009

Set pink biru dari kampung

Salam pagi selasa..untuk yg bekerja, jgn curi tulang ya..utk suri rumah, selamat mengemas, mencuci, memasak dan...bla, bla... never ending lists....

Untuk yg macam aku ni selamat menghunting, last2 minit sebelum sekolah bukak ni gandakan usaha anda...hehe

Untuk kali ni, aku nak share barang2 yg aku bukan hunting, bukan rembat tapi minta dgn mak untuk bawa sini secara baik supaya aku boleh jaga khazanah ni hehe..alasan yg baik punya...inilah antara isi hand luggage yg aku bawa tempoh hari..sebab tu aku rela terkial2 utk bawa sebagai hand luggage...kacanya nipis, kalau pecah memang terkilanlah sangat2..mau menangis 40 hari 40 malam...ok showing now..


Cawan mulut J..bak kata cik mat mulut jahat..sesuai sekali sebab jahat sangatkan..dok pet pot pet pot sampai tak sedar mulut tu makin menipis...

Creamer jug dan 6 keping piring kuih....kui3 itulah password eija dan june....jgn mare..tgk tangkainya melentik2 melelok2 dgn megahnya..

Sugar pot ....pun sama style...
Ibunya...teko aladin...
Inilah kesemuanya..tapi perasan tak cawannya hanya ada 5 saja..mak cakap dia bagi pinjam kat jiran yg baru pindah sebelah rumah..bila hantar balik dan tinggal 5...ala mak ni kenapa la tak bagi set lain, bagilah pinjam yg plastik2 tu ke....

Walaupun bukan corak bunga kat set ni tapi aku sangat suka gabungan pink dan biru tu...ani ada dpt cawan2 ni kan(kat ML kalau tak silap)...mengikut mak dia beli ni awal tahun 60an..so kawan2 kalau ada jumpa satu cawan dan saucer begini please, please tolong rembat untuk aku ya....

happy viewing ..Chowww...

Sunday, December 20, 2009

folkarts ke apa nih??

Salam hari minggu..
Orang nak lukis aku pun nak lukis, tapi main hentam kromo ajer sebab tak ada basic langsung dalam melukis folkarts ni..saja2 test power, ...so hasilnya tak cantik sangat..sapa yg nak ketawa hingga berguling2 dibenarkan dan nak kutuk sikit2 pun boleh (jgn byk dah)...any teguran, tunjuk ajar sangat dialu2kan....

My first attempt....
My second attempt...main terus colour tak lukis2 dah..hehe..

My third attempt...bunga je lukis lepas tu ikut kata hati ....

Semua ni aku lukis kelmarin..ambil masa 3 jam jer utk lukis semua2 tu sebab tak sabar punya pasal...ada refer buku sikit dan gambar2 yg aku copy..tapi malas nak ikut dah after my first attempt tu...so itulah hasilnya...

Untuk penyedap hati...

What is the definition of folk art?

E-mail this answer Link to this answer

... folk art the art works of a culturally homogeneous people produced by artists without formal training.

ambil drp cik google.....tataa...

Saturday, December 19, 2009

From trash to treasure

Salam semua..adalah dinasihatkan sesiapa yg sedang makan ketika ini supaya berhenti makan atau cepat2 habiskan makanan tu sebelum terus membaca entry ini...penulis tidak akan bertanggungjawab jika anda mengalami muntah, loya2 atau sebagainya...saspen ni...

Minat aku terhadap barangan lama memang dah berputih sejak zaman dahulu kala lagi....cuma pinggan mangkuk ni baru sekarang terlebih2 sebab ada geng yg satu kepala, seronok share cara menghunting dan pengalaman mencari benda alah ni...dapat barter2 dan kenal2...

Lama dah aku dok perati yg mak ada guna botol lama ni utk simpan spices kat dapur..sebab mak guna tak adalah aku ambik..balik bulan April lepas aku tgk botol tu dah tak ada kat dapur. Masa tu mak sakit, tanya pun dia mcm malas nak jawab byk2...aku ada bagitau hubby yg aku memang suka botol lama yg mak simpan tu tp sayangnya dah tak ada lagi...

So masa balik baru ni aku me'mandur'kan diri jalan2 kat sebelah hujung tepi kat pokok2 buah2an...see what I saw.....

Nampak tak tergolek je botol tu kat timbunan botol2 bawah pokok tempat mak buang segala botol...diselaputi tanah dan kotoran dah...tau ke botol yg mana satu???

Inilah dua botol tu setelah dicuci dua kali....penutup yg dah season tu yg ori..yg kuning tu penutup nescafe

Botol ni ada pinggang w/pun agak debab..kat tepi ada garis2..ni ialah botol minyak rambut dulu2...kat bawah botol tertulis 'vasilini' iaitu nama minyak rambut tu lah ..serta tertulis 'trade mark reg.'...kacanya agak tebal, 2 kali terlepas dari tgnku yg halus mulus ni (perasan..tiada org kisah kan?...)semasa mencucinya..alhamdulilah masih selamat...

Untuk mengekalkan keaslian, penutup dispray warna pink..then tampal decal je...

Dah tu, bagi feminin sikit tambah riben...hubby aku tak suka pasang riben2 ni...uols suka yg mana satu???..tata...

Friday, December 18, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sama2lah kita berhijrah menuju kearah kebaikan..semoga beroleh segala limpah kurnia drp ilahi..amin..

Thursday, December 17, 2009

CUCU

Hmm... bukan aku yg dapat cucu tapi kucingku yuyu...masih ingat lagi aku ada bawa balik kucing, kalau tak silap hujung tahun 2008 dari sekolah, ibu dan anak ini...yuyu dan yuyuk...nama ni dekat2 nak sama dgn nama sekolahku..

Si ibu, yuyu..merangkul erat anaknya yuyuk...

Tapi yuyuk sekarang dah jadi ibu...memang aku selalu kembiri kucing2ku sebab jadi masalah besar la pulak kalau membiak...aku dah ada 4 kucing yg lain, masuk yuyu dan yuyuk dah 6, sekarang 7 (mujur yuyuk hanya lahirkan satu ekor je)...dia beranak hari aku nak fly ke KL hari tu...patutla dia sampai gigit2 kakiku pagi tu..agaknya contraction pain...


Kucing hanya boleh dikembirikan ketika berusia 1 tahun (kalau tak silap..lupa dah), tapi sebab menunggu appointment selama 1 bulan, maka yuyuk dah 'gatal' dan 'kahwin'...selalunya appoinment ambil masa sekejap je, tu yg tak buat awal2, tp kali ni sebulan...

Menggigil2 baby kitten ni bila first time keluar kotak...warna kehitaman bercampur orange di beberapa bahagian, terutama muka...mesti bapanya warna hitam ni...

Exactly at 3 weeks old.....'mummy look, I can walk but I'm scared'...itulah agak2nya kata pertamanya...kucing aku memang cakap org putih..tiada sapa kisah...hehe...nak bagi nama apa ya?...tak payah glamour2..minah? peah?joyah?...(.sila ambil perhatian...nama ni tiada kena mengena samada dengan yg hidup atau yg mati..)

Tambahan: Selalunya org kalau marah cakap'macam perangai binatang'....agak2nya yg kat bawah ni kalau marah akan cakap..'macam perangai manusia..buang anak, dera anak'...fikir2kan lah...


Byeeeee..........

Wednesday, December 16, 2009

Kampungku(6) - Barang lama

Tak banyak barangan yg lama2 kat rumah mak sebab keluarga merantau ke sana sini mengikut arwah abah bekerja, memang susah barang byk2 kalau selalu berpindah randah..lagipun dengan pendapatan arwah abah yg sederhana/cukup2 untuk keperluan keluarga saja memang tak boleh boleh barangan2 yg mewah2....pinggan mangkuk yg dibeli ni pun utk tujuan kenduri kendara sahaja....bila semua anak2 dah berkahwin dan mak pun dah meningkat usia, memang jaranglah buat kenduri..mungkin aku dah boleh ambik kot pinggan mangkuk tu...

Teko kangkung.... mangkuk nasi kat belakang tu pun bunga kangkung dan kekwa hitam
Pinggan makan rare roses...
Pinggan makan bunga kekwa hitam....
Pinggan makan 3 roses...yang lain2 banyak pinggan kangkung(malas nak bawa keluar almari) dan kemudiannya bila pinggan2 ni dah tak famous, mak tambah dgn pinggan polos putih dan maroon gelap...

Kerusi kayu buruk ni banyak berjasa..tp buruk2 pun kualitinya jauh lebih baik drp kerusi2 buatan baru...dari aku kecil lagi kerusi ni dah ada..tp hingga sekarang tak ada yg rosak..cuma yg hujung kiri tu papan tempat duduk terbuka sikit...tahun depan aku balik akan ku shabby2 kan kerusi2 ni supaya mendapat tempat semula...satu lagi kerusi ada kat atas rumah..yg ini dah letak kat belakang..kasihan nasibnya...mejanya pun masih elok lagi...
Tudung saji ni mungkin mak beli kat kelantan..juga masih elok..mak masih guna lagi utk menutup lauk pauk, yg biru kat dapur dan yg merah memang kat atas, guna utk tutup makanan kat meja makan di atas...
Mak ada beberapa dulang enamel yg besar gini...yg menarik hatiku yg ada burung ni..mcm nyaman je mata memandang
Seperti yg semua org suka..piring dodol..skrg piring ni ada kat aku..dah rembat 2...
Sorryla ya..berabuk habis...si'a(mangkuk tingkat) ni aku jumpa tersorok kat dlm kotak....ni pun lama jugak....itu saja...byeee

Saturday, December 12, 2009

kampungku(5)- bunga

Aku ni ada ikut minat dan kegemaran mak berbanding dgn kakakku..like mother like daughter la kan?..tapi kalau dari segi rupa entahlah..aku rasa lebih kepada arwah bapa..ada gelap sikit..hehe..penah dulu masa darjah 6 aku balik ke kg arwah bapa di P.Langkawi, aku, kakak dan beberapa saudara seusia pegi kedai, ada pakcik kat kedai tu tgk...ini anak mat kan?...muka sebiji macam arwah datuk (bapa kepada arwah bapa)..dia ckp kalau org tak bagitau pun boleh tau..ya ke?..

My mom..at 76 years of age..

Hobi dan minat mak..tanam pokok bunga..tapi disebabkan rumah kat kg tu kawasannya bertanah luas(lebih luas dr rumah teres kat bandar le) taklah nampak sangat sana sini bunga sebab ada pokok yg tak berbunga...dan ada mak tanam sayur2 sikit...w/pun dilarang sebab dia dah sakit pinggang, routine dia tetap jalan...masa aku balik dia tau kemas rumah tu keja aku dari dahulukala lagi, sepanjang pagi la dia kat bawah..mcm2 dibuatnya...dekat tengahari baru masuk


Bunga2 yang sempat dirakam masa kat kg...bunga fire crackers tu aku bawa dari sini...cantik subur kat sana..kat rumahku dulu cantik, sebab rajin aku membeger pokok2 ni, sejak sibuk bertenet, pokok2ku jugak dah tenat..hehe...

Selamat berhujung minggu...jgn lupa check kedaiaa.blogspot..ada pelita baru ya ..(iklan berbayar..haha)