Sunday, February 21, 2010

Jom Buat Pokok Topiary

Cantik tak???...
Salam hari Ahad semua!

Esok dah sekolah semula...hmmm malasnya..seronok goyang kaki kat rumah bila cuti seminggu ni..lepas ni bermulalah semula kehidupan normal yg memenatkan...

Pernah tak UOLs rasa kalau nak cuti plan mcm2..habis je cuti mcm tertanya2 'apa aku buat sepanjang cuti ya??... mulalah rasa macam nak pusing semula ke hari sebelum cuti.....aku pun selalu gitu..banyak yg plan nak buat, tapi tak terbuat semua...

Yang pasti seminggu cuti tu akk asyik bukak tenet je..ada sekali tu sampai tak tutup satu malam sebab tertidur..(masa tu hubby tak dak..hehehe)...tapi bukanlah 24 jam mengadap, sambil2 buat kerja lain aku check la tenet, nak shopping ...keh..keh..keh..dan lawat2 rumah kawan cari idea..

Yang pasti sepanjang cuti ni aku shopping on9 tahap CIPAN...cipan ni lebih ganas daripada gaban lagi sebab dah mix dgn lipan..hehhehe..tapi yg heran tiap kali akk masuk dah memanjang booked atau sold out..diorang ni tak tidur langsung agaknya..lebih ganazzz daripada aku yg sampai tahap cipan...dan yg pasti jugak..minggu ni lawatan ke bank dijalankan beberapa kali..bank in duit..sampai kat hubby aku pun aku kirim gak masa dia nak p bank..dia tak kata apa..okay jer..sebab selalunya kalau dia tak setuju dia bukak mulut..apalagi itulah sebabnya si isteri pun naik taraf ke tahap cipan...hehehe..lagipun duit aku maa...

Hmm..panjangnya mukadimah..okaylah korang layan je sebab nanti dah bukak sekolah tak boleh tidur dgn tenet dah..tak boleh berceloteh dan membebel kat sini..mungkin sekali sehari jer bukak dan n3 pun jarang2...

Okay Dokey...ni antara perkara yang aku plan nak buat masa cuti CNY...disebabkan nak beli yg dijual di kedai mahal sangat2..kita buat sendiri untuk jimat kos supaya boleh beli barang2 lain....hehe..

Beli benda alah ni kat kedai2 deco..kalau sapa2 yg tinggal di KK dan kawasan berhampiran, daun ni boleh dibeli kat kedai Kaison..harganya rm2.90 untuk dua...so beli 2, kos hanya rm5.80kan...mana nak beli pokok topiary dgn harga gini kan..

Sebenarnya aku ambik banyak gambar..kira macam step by step la konon..tapi tenet pun dah lembab tahap cipan gak, aku cuma loading 4 keping jer..itupun buat trick, masukkan satu2..padan muka dia...lajulah sikit..



Dah tu lekatkan kedua2nya pakai dawai halus warna hijau, dawai ni aku beli kat kedai 2 ringgit, dah lama..tak tau masih ada atau tidak sekarang....ikat pada batang..kalau lalu kat kedai bunga, mata tu besarkan sikit, selalunya amoi bunga kalau nak gubah bunga mereka potong batang yang besar tu, so pandai2lah buat manis mulut minta batang tu..ataupun belilah seketui bunga kat dia, mesti dia bagi..

Dah siap...pasu tu pun dah lama beli..tak silap tahun 1993 lagi..so kos buat pokok topiary ni tak mahalkan...nnt nak cari rumput2 halus utk tutup sponge tu....cantik tak cantik belakang kira janji DIY dan jimat kos....

2 comments:

Kak Ani said...

salam zah~wah dah makin kreatif cikgu kita ni...kalau kita rajin berkreatif,mmg amat jimat..

zah,zaman semua org soping online ni..mmg kadang2 bingung gak...kita baru masuk kedai tu...dah berderet RESERVED...maybe yg keje opis ni selalu online,so mmg cepat je mrk sambar...now zah dah tak kisah ke bayar postage ?

azah said...

wasalam ani..kat KK ni barang2 english deco mahal..kalau nak angkut dari sana susah pulak, so kenalah kreatif sambil berjimat:)

Itulah ani..pukul 4 pagi bukak pun dah habis..macamana?..gasak je lah ani, barang makin kurang, so bayar je lah postage..kalau pos parcel tak lah mahal sangat, tapi kadang2 seller yg tak tau dia letak mahal2...