Saturday, June 13, 2009

Salam..tuan rumah dah balik...KARNIVAL PPDa part 1

NEGERI KEDAH JELAPANG PADI

Salam semua...aku sampai mlm tadi, pukul 10.30 mlm...org terakhir balik dari kedah..yang lain2 naik flight pukul 9.20 pagi dari Alor Star, hanya aku dan anak muridku saja flight pukul 3 ptg. Separuh lagi dah balik hari Khamis lagi..huhuhu..dah la aku paling awal dtg, akula pulak paling akhir balik huwaaa..nasib baik ada guru dr Tawau yg bawa budak sajak pun balik hari Jumaat pagi, jadi 4 org la tidur kat asrama tu pd mlm akhir, kalau tak sah aku cabut p tidur hotel ..

Aku nak cerita pengalaman ke SP selama 6 hari yang menyiksakan....
Sabtu 6 Jun- flight dr KK ke KL pukul 9.00 pagi, sampai KL, bersama aku kumpulan boria sekolah rendah dalam 20 org termasuk guru, budak2 pertandingan ePPDA 3 org, cikgu pengiring mereka tunggu kat KL, sebab dia balik kg selepas cuti sekolah dan seorang pelajar melukis poster sek rendah dgn guru yg juga bapanya....kat KL pulak naik flight yg sama ke AStar ialah kumpulan nasyid dalam 20 lebih, terus ambik connecting flight ke A.Star, meriah dgn budak2 tu dalam flight sebab semua pakai T-shirt kuning yg tertulis perkataan SABAH..semua org tanya nak buat apa p kedah..penat dok karang cerita..hehehe


Sampai AS jam 2.00 petang..tunggu kat airport bas yg akan ambik kami, lama gak..perut pun dah lapar...yalah mkn kat dlm flight(MAS) bukan byk pun..sejemput je....suruh la driver bas singgah kedai mkn..di p singgah kat R&R Gurun, malas dia nak cari restoran biasa mungkin..dan ini aje kedai yg ada on the way ke SP..dah la lapar, makanan pulak pedas semacam, tak habis, sebab sampai keluar2 air mata menahan pedas..aku ni nama je org Keda & N9 tp tak tahan pedas..jangan mare...hehehe...sebenarnya aku dibesarkan di negeri cik siti wan kembang, dah biasa makan manis2 kot..kami diberitahu makanan tak disediakan di asrama hingga hari Selasa...???=+=+++??? haru biru..dlm hati aku mungkin ada kot kedai dekat2 dgn asrama sekolah..tp beli jugak la bekalan kat R&R tu sikit2..mana tau kan..

Sampai kat sekolah tu, nampak jauh pulak sekolah dari jln dan kedai, malam tu tak makan lah jawabnya..hanya mkn titbits yg dibeli je...lapar betul..pak guard sekolah ckp, dia boleh minta pihak kantin asrama sediakan makanan mulai esok, tapi kena bayar sendiri.. tak pa lah..kami tempahla..sebab bukan senang nak cari mkn tanpa kenderaan ni..kedai pun jauh..malam tu kumpulan dikir barat dan sajak sekolah Menengah sampai..dekat2 pukul 12 mlm kot..

Ahad- 7 Jun--- selepas bfast kat dewan mkn asrama, aku dgn cikgu dr tawau berserta dgn pelajar ke TESCO..tanya pekerja kantin mcm mana nak naik bas..dia explain la dgn loghat kedahnya seakan2 dekat dan senang je bunyinya..kami pun jalan keluar..sampai sakit kaki., boleh tahan jauhnya..bas pulak setengah jam satu..aiyo..kat KK ni bas awam bertali arus....anak muridku lupa bawak tuala dan kami juga tak bawa cadar dan pillow case..hish..hish..sama je cikgu dgn anak muridnya, sebab ingatkan menginap kat tempat yg elok sikit, rupanya kat asrama sekolah. Tak ada la pulak jual cadar kat situ..then jumpa cikgu yg mengiringi pasukan dikir barat..dia dtg bersama kawan lamanya, bekas guru yg pernah tinggal kat sabah..dan sekarang tinggal kat SP. cerita2 dgn kakak tu, dia ckp anak dia boleh hantar kami ke Jakel..alhamdulliah..beli la kain cotton yg harga 4.30 sebyk 3 meter, boleh la jadikan lapik tilam..
TESCO SG PETANI..

okay...cerita utk hari Isnin dan seterusnya...to be continued...... aku ada beli brg english deco tau...

2 comments:

mummyseri said...

salam k.azah..tak saba ni nk tau menang ke tak..bace akaknye n3 ni pon shiok n byk timbe pengalaman kan ..:)

azah said...

seri..sabar..kalau bagi tau semua sekali gus tak thrill la..hehe..tq sebab sudi baca celoteh akak tu..hmm akak cerita dgn hubby pengalaman akak, dia ckp lain kali jgn pegi..bagi org lain..hehehe