Thursday, April 30, 2009

Happy labour day

Glitter Text
Khas untuk semua termasuk suri rumahtangga yang juga bekerja melayan anak2 dan mengerjakan rumah sehingga bersih dan cantik. Salute untuk pekerja yg tak ada maid mcm akak ni ..hehe kerana perlu kerja di luar dan dalam rumah walaupun yg dlm rumah tidaklah sesempurna suri rumah sepenuh masa...jangan mogok ya, teruskan perjuangan anda..

Sebakul bunga untuk pekerja wanita dan suri rumah je..


Tuesday, April 28, 2009

Award dan postcard collections

Award ni dr Azlina..baru je kenal tapi rasa mcm dah lama kenal dia..mesti in real life ina ni peramah, ya ke ina?..terimakasih la bagi award ni ya, nak bagi sapa ya..yang selalu masuk blog ni dah dpt..oklah bagi yg jarang2 masuk tapi tetap best friend jugak dan memang selalu bagi'lovely comments' kat sini:

1.Rozie17 - sangat pandai masak, kalau aku duduk sebelah rumah dia, tiap2 birthdayku dia bagi kek, free kan rozie :p hari2 biasa aku tadah tapau kat tingkap ...hehe

2. Combi- dia ni suka jalan2 cari makan..makanlah combi selagi tak sakit, sakit nanti apa benda pun tak lalu kan

3.Lemongrass - blog dia paling congested dgn para tetamu sebab ramai nak tgk apa yg dia masak dan telatah anak2nya yg comel..anak mix mesti lawa..hish kenapa tak de mat saleh mengurat akak dulu ya..hehe..

4. ain - baru kenal belum lagi kunjung mengunjungi hehe..
Cukuplah tu..cepat2 ambik ya


Ini koleksi postcard..frame tu tempah kat kedai, letak kertas yg ada pattern then tampal. Fawa pernah tanya macam mana nak simpan pastcard, tp rasanya dia tak masuk blog ni, masya boleh bagi tau kat dia kan...

Koleksi postcards masa study dulu, masih ada lagi kenangan bangunan yg hancur...ada byk lagi, tp nnti kalau ada rezeki, besarkan rumah ni bolehlah display yg lain..


Letak kat dinding di tangga...
HAPPY VIEWING!

Sunday, April 26, 2009

Decal project for this week - pelita



Inilah project minggu ni. Sambil tanda exam papers, sambil2 terlari2 buat benda2 ni. Kira exercise la sikit kan drp duduk terjelepuk seharian dok mengadap kertas2 exam. Pelita ni beli kat kedai runcit dekat dgn tamu Putatan pagi tadi. Aku suka pegi tamu kat sini walaupun agak jauh dr rumah sebab macam2 food, vege, fruits...semualah ada kat sini.... malas la che zah nak celoteh panjang2 sebab byk mau tanda kertas ni... so layan2 la diri tenguk pelita yang diputihkan..

Saturday, April 25, 2009

PIBG annual meeting, award from kak rose dan kaca mataku

Hari ni PIBG annual meeting kat sekolah..sepatutnya mula pukul 8.30. Inilah suasana pada jam 8.30 pagi..tak ramai yg muncul...biasalah kan...
Ni dah nak mula, nampak jam kat dinding sana, dekat 8.45..ada le sikit bertambah, itu pun di kalangan ibu2..bapak2nya mana?...hish...ginilah keadaan PTA meeting, parents susah betul mau dtg, tp kalau complain pasal sekolah no. satu..semua sekolah tak betul, yg dtg pun interested pasal duit PIBG je, nasib YDP ni pandai jawab, smashed yg menusuk kalbu secara halus dan lembut, terus terdiam. Kalau pengetua aku lagilah, aku rasa lawyer pun kalah...(boss, you sepatutnya jadi YB lah...hehe..kalau dia/anak dia terbaca ni, sure aku kena smash jugak). Pengetua sekolah ni walaupun chinese, BM power you..old timer dr UM...
Kat bawah ni award dari kak Rose aka kak Yon...terima kasih ya kak Rose, nanti saya susun kat tepi tu bersama2 award yg lain...nak bagi sapa ni ya..semua kawan2 deco dah dapat...kawan2 lain..dulu penah bagi tag pun tak buat..(smash sikit je ni)..so sapa2 je lah yang mau..ambiklah ya..


Ini pulak kisah kaca mataku...hehe..sungguh clumsy aku ni..dekat dua minggu missing puas aku cari tak jumpa. Aku tulis kat notice board dalam bilik guru..sesiapa yang terjumpa kaca mata berwarna pink sila kembalikan pada saya.. buto den doh!....asal jumpa cikgu2 yg prihatin tanya dah jumpa ke spek tu..mau aku tampal kat dahi..belum jumpa lagi spek yg hilang tu..hehe..students pun tanya..cikgu pakai spek baru ke?...spek lama la, spek baru hilang..then last 2 days, ada guru petang bagi ..rupa2nya dijumpai tersorok kat tepi2 cushion dalam bilik guru,..nasib tak kena himpit, kalau tak melayang la duit den nak buat baru..itupun sikit2 lagi nak p kedai tempah yg baru..nasib dlm hati kecil ni rasa mcm akan jumpa je...

Haa..ni yang mahal ni, luar warna hitam, dalam warna PINK..bergaya gitu che Zah memakainya....hehehe

Tuesday, April 21, 2009

Step by step on how to decoupage using tissue paper

Tak pernah lagi buat decoupage guna tisu, tapi banyak jugalah ambil maklumat sana sini. Ada video ttg decoupage, nak masuk sini punya berjam tunggu, dah dekat 2 jam, tiba2 video tu hilang pulak...sedihnya..Atas permintaan Ina akak bagi link steps secara bertulis cara untuk decoupage, klik sini. Dgn tunjuk ajar ni boleh la ina buat projek tampal tisu tu...selamat mencuba..

p/s tisu paper kat atas tu beli dari ani

Monday, April 20, 2009

Step By Step On How to decal

Atas permintaan Razna, akak tunjukkan cara2 nak decal...tenguk ya cikgu nak ajar! hehe..sebenarnya akak tak ada benda /medium utk decal sekarang, sebab nak save decal2 tu utk projek lain...tungguuuu...so kira lakonan je lah ni ya..harap2 dpt membantu, kalau tak faham tanya ya...
1. Decal ni ada lapisan (waxed protection) kat atas, tarik dan buang lapisan tu
2. Ada kertas keras kat belakang tu, tarik dan buang gak..memang tak berapa nampak sangat, kena guna kuku atau pisau nipis/letter opener..so tinggal lapisan nipis bunga je..sebab akak punya ni lakonan je, masih ada lah kertas kat belakang tu

3. Basahkan bahagian brg/medium yg nak didecal. Letakkan bahagian bunga yg nmpk terang sikit ke atas brg/medium utk decal

4. Guna sponge..hehe ni pun nak tunjuk gak...step by stepkan..

5. Basahkan sponge tu dan perah airnya

6. Panaskan iron dan press pada sponge yg basah tadi..boleh pegang sponge tu sebelah tangan kiri dan pegang iron sebelah tgn kanan, akak letak bawah sebab sebelah tgn ambik gambar hehe..jaga2 kena tangan ya dik non..kang tak pasal2 masuk hospital pulak

7. Tekapkan sponge yg suam2 tu ke atas bunga decal, buat byk2 kali, tarik keluar plastik perlahan2 kalau warna decal/bunga tu masih lekat kat plastik, buat lagi..jgn kelam kabut ya..siap..keringkan dan sapu varnish

8. Na, kalau guna decal jenis gini tak payah buat tu semua..rendam dlm air je, bunga tu akan tanggal dan tampalkan ke brg utk decal. Jenis ni yg akak selalu nmpk jual online kat negara kita..yg omputih punya tu..leceh sikit, tp mcm kualiti lebih ok sikit

Siap pengajaran hari ni, sapa tak faham dok diam2..cikgu dah penat..heheh
HARAP2 DAPAT MEMBANTU YA NA, NANTI TUNJUK APA YG NA BUAT YA...MAU BAGI MARKAH HEHE

Sunday, April 19, 2009

Decal project




wahhh..you must think that I really had so much time for posting 3 entries during the weekend. This week must be my project week, although I'm down with headache still...sekarang che zah nak tunjuk project mendecal guna decal yg baru dpt ...hehe..I just couldn't wait for the decent medium, so the recycled tin can will do to fulfill my anxious passion..jangan marah...so ani, rozie what say you all?

Quick and easy recycle project



I made this last night. The materials used are empty ice cream container, pretty wrapping paper(you know i always hunt for roses), glue, wire and beads from an old broken necklace..which i kept for quite so long. I made it for 3 purposes. I love crafting very much, recycle means you don't have to spend much and of course can help saving our earth and lastly to show it to my students. Every year we organize a competition for form 4 students to do the recycle project and i can see that their outcomes were not to the expectation..so i hope that my work might give them some ideas ...don't you all admire my work..haha..This picture is taken from Cynthia's blog..i just love the tranquility prevail from the photo..hoping someday i can get that same rattan chair....chow..i better get back to my house chores...hehe

Saturday, April 18, 2009

Enamel, cat and decal

HAPPY SATURDAY...aku memang suka saturday, lebih2 lagi kalau tak ada aktiviti kat sekolah, boleh le cuti 2 hari..rehat2..rehat? huh rumah macam kapal kena serang lanun somalia dah..hish..nak kena kemas, basuh baju, paper t6 tu belum taip lagi...ni yang malas ni..

Last week was quite an hectic week..kelas tambahan hari Selasa dan Khamis sampai pukul 3 ptg. Kucing aku..Cicir sakit..nampak gambar tu(gelap sikit..i'm sorry), sebelah tangan dia angkat...jalan guna 3 kaki/tangan. Mulanya bergaduh dgn kucing mana tak taulah, dia ni pilih geng, kalau dia tak suka dia marah..perangainya mengalahkan minah sogel(sapa ni?..hehe)..kucing jantan mau mengurat dia pun dia bawa gaduh. Kalau ada kucing baru dtg sini, dia tak mau turun bawah, bertapa kat atas, so kena bawa makanan naik atas macam permaisuri raja....

Bawa pegi klinik haiwan..kucing punya treatment mengalahkan orang, kena pegi 3 hari berturut2. Hari Rabu, Khamis dan Jumaat aku jadi minah rempit, terkejar2 takut klinik tutup, lagi pun klinik tu jauh jugak dr rumah..nun kat depan IPP Kepayan, aku ikut jalan donggongon bypass, boleh le merempit, tak byk kete.. hehe. Sampai klinik aku ckp dgn assitant doc, tgn dia patah, sebab dia dok angkat je tangan tu,mula2 dulu pegang pun dia marah. Mau scan,tp doc tak ada masa tu. Aku dah nak start kereta mau balik, the assitant called, ckp doc dah ada...sekali je doc angkat, dia ckp bkn patah, tp ada bisul kat tgn, so just injection 2X setiap hari... Hari ni mcm ok dah sikit..hish penat layan sekor ni, manja benar, dah tu tak nak turun kat bawah, nak dok atas je...

Kemarin on the way home, my son mau singgah supermarket CKS, tak penah pegi yg kat highway ni...ternampak pulak enamel pot ni, ada beberapa saiz, aku grabbed yg paling kecil...hehe..mana nak letak ni?..suka sebab ada bunga rose..peminat enamel suka tak?..tak suka tak pa..

Jeng2..ani dah samapai dah decal dari UK..hehehe..mintak tlg rozie, (kenal kat alam siber jugak) tolong beli kat ebay UK..rasa2 murah lagi dari sini..cuma pattern dia lain sikit dr selalu aku tgk jual kat sini, terima kasih rozie..lain kali tolong beli lagi ya...suka aku tgk brg2 dr UK ni..diorang suka guna perkataan royal..royal Albert, royal mail, royal hall..dan mcm2 royal lagilah...kalau kita guna sultan/raja utk kita punya products agak2 boleh ke?..mcm tak sedap je bunyi..tp kita guna royal gak kan..royal selangor pewter..kalau tak silap..


HAPPY VIEWING!..

Sunday, April 12, 2009

makeover pelita

BEFORE picture....(psst..baru letak..)
Tadaaa..haa ini hasil kerja selama 3 hari cuti.....spray, buat dot dan pakaikan white ribbon
Yang satu ni letak decal...
Side by side they look like Che Mah dan Che Jah jalan2..sorang pakai baju polka dot, sorang pakai baju bunga2..hhahaha

Mesti uols wonder..pagi tadi aku entry pasal paper yg belum siap...actually sambil2 taip sambil siapkan pelita, sambil jugak godek2 blog kawan2..kira 3 in one la..kalau tidak aku boring.. ..hehe..yg F5 tu tinggal bagi cantik2 je, yg form 6 dah pilih2 soalan...belum taip..tp yg F6 ni lambat sikit..yg F5 tu 22hb ni......sekolah aku ni kualiti soalan perlu dijaga, kena taip semula cantik2, no typing error, mesti perfect...mcm soalan SPM/STPM punya..siap segala sulit2..soalan kena pilih baik2, kena hantar sekali JPU ikut T.Bloom..(cikgu2 tau la ni)..paper kena tapis oleh4 peringkat...1.guru m/pelajaran yg lain..2.ketua panitia..3.ketua bidang..4.pengetua/pk1...ambik ko....anyhow aku suka/gembira..siap juga makeover pelita2 tu...hehehe

Payung kertas

Mana nak dapat payung kertas gini?..dulu2 payung semua diperbuat drp kertas warna coklat tahan airkan?..kalau dapat yg plain dan kecik ok juga..lepas tu lukis le folkart flowers kat atas..tp sesuai ke dgn english deco ...macam lebih pada Bali style pulak..tidak pun kalerkan warna putih..baru ngam kan...merapu je aku ni pagi2 buta..tension..exam paper blm siap..next week budak2 exam..sure aku mcm lipas kudung ni..kena prepare 2 papers..form5 & 6..sapa mau tolong?

Friday, April 10, 2009

Enamel collections

Hari ni cuti Good Friday utk rakyat Sabah saja...so saja2 masuk entry pasal barang2 enamel..tak la byk mcm kawan2 lain, tp memang kalau dah suka brg2 shabby chic ni, apa2 yg nmp mcm sesuai redah je...ni kira English Country version Malaysian style..hehe gasak la kan...Semua kawan2 englishdeco ada enamel..aku pun mau keep up with the Joneses....beli kat supermarket je, harga pun tak mahal..kualiti..tak nipis, tak tebal..ok2 je..hehe..baru ada 3 ketui..cukup la kot..banyak2 mana nak letak kan..lain le kalau dapur besar...tak tau lagi samada nak decoupage atau biar saja gitu..what say you all? any idea..

Kan dah cakap tak ada space nak letak..sekali terkuit tu, jatuh mesti terkupik lapisan luar tu...

Actually yg kuning tu lebih besar dr yg putih, tp nampak macam sama besar pulak...

sekali lagi kasi tunjuk chef ...hari tu blurr...
Ni display kat kedai...blur pulak...mcm2 jenis ada...

Wednesday, April 8, 2009

Bangau Oh Bangau


Lama dah nak snap gambar bangau ni, tp selalu tak dapat, asal dekat sikit dia lari. Masa melalui round about kat Tmn Tun Fuad nampak 4 ekor, tengah kesejukan sebab masa tu hujan renyai2...kasihannya...bangau oh bangau mengapa engkau kurus..

Tuesday, April 7, 2009

My chefs who can't cook


Bertuahnya aku kalau kedua2 chef ni boleh masak...tp kehadirannya di rumah ni hanya untuk hiasan je...nanti letak spices kat dlm tong diorang..supaya wangi sikit dapurku..hehe

Sunday, April 5, 2009

Jom ikut jalan2

Petang Jumaat lepas bersama my dotter and son jalan2..pegi mana ya?..jom ikut..yg tak penah dtg KK boleh le kenal2 our landmark...

Mula2 kita limpas ..limpas to local dialect untuk 'lalu'..jangan tak tau..ok ....kita limpas Masjid Bandaraya..cantikkan? dikelilingi air..macam masjid terapung (tak nampak dalam gambar ni)...located at Likas area....

Kemudian lalu kat bangunan Yayasan Sabah..ni pun quite well known landmark

Kat sini pun ada putrajaya tau...ni sebahagian dr bangunan..ada lagi kat sebelah tu, camera man terlepas, padahal aku drive bukan laju pun..


Next landmark...Universiti Malaysia Sabah..tak nampak sangat le..

Haa..dah sampai...bangunan yg tinggi tu..area kat One Borneo Shopping Centre....mak datuk..kedai2 banyak yg too exclusive..mana ada ramai org masuk...org hanya banyak kat kedai Daiso..kedai brg2 jepun yg semuanya harga RM5 setiap satu..atau pun pegi Giant supermarket...kedai2 lain tak ada org pun...salesgirl je ramai..alamat tak lama la tu kena tutup...tp sebelum tu aku pegi kedai kain Jakel kat Alammesra (opposite 1Borneo) ..huh..kejap je aku p..salesman tu dok ikut je..memang pantang aku ni ....terus aku keluar selepas pusing2 satu round...


Jom ikut balik...aku agak pukul 5.00 tepat belum la lagi jam jalan..tapi..nak turun bukit tu...tengukla..sampai lenguh kaki tekan brek....area ke rumah aku ni sampai pukul 7.00 jam kalau weekdays..
Dah sampai dah..ni lah area rumah aku..very greeny..angin bukit sepoi2 bertiup...jom singgah minum kopi...

Yeay...nilah pertama kali aku pegi shopping centre tanpa beli barang yg banyak..hehe..