Sunday, September 27, 2009
Another 3 pelitas
Nak tunjuk yg 3 pelita tu lagi, inilah dia..datang dari Kuantan Pahang, daripada kenalan alam maya yg mengikuti blogku, JAI...hari tu barter pinggan dgnnya, lepas tu dok msg kat email, kami setuju utk barter pelita pulak...pelita ni ida pun ada kan ida...
Shape kedua2nya tak sama, satu pinggang ramping dan satu lagi perut boroi..hehe..tp cantik..mcm cik limah dan cik kiah berjalan pulak kan
Jai jugak dengan murah hati bagi hadiah teko kecil ni kat aku...terima kasih banyak2 ya Jai...
Pelita atas ni yg aku hantar kat Jai...harap Jai dah terima..blm lagi dpt msg dr jai....risau jugak sebab hantar masa minggu terakhir sebelum raya...Yatt...inilah pelita bertangkai yg akak cakap tu....
Ini pelita yang ke29..beli kat supermarket kat Likas...tempat minyak berbentuk bola..sesuai utk para isteri yg sominya fanatik bola hinggakan makan bola, tidur bola, kereta pun dihias dgn fav team..hehe..so isteri2 hiasilah rumah anda dgn pelita bola..hehe
Jai jugak suruh aku war2kan..kalau ada sapa2 yg minat nak barter pinggan atau pelita pink bolehlah email dia kat sini...zaitunah@gmail.com....jai ni tak ada blog ya kawan2..so pakai email je....
Di mana pelita2ku?
Ini pelita merah yang digantung...dah tunjuk dulu..basi dah..hehe
Yang ni gantung kat rel langsir..suruh hubby drill..dia diam je..aku sangkut kat sini..
Ni kat rel hujung sebelah lagi...supaya balance laa kan
Kat sini ada 10 pelitas...tak caya kira sendiri...hehe..yg berangkai tu kira satu ya..
Tempat yg berserabut ni..dah campur2, pelita dgn yg lain2...kalau kira..ada 12 pelita tu..aik..kata tadi ada 29, mana lagi 3?...ni baru 26...dont worry..tak tipu punya...3 pelita yg baru dpt belum diambil gambarnya..tunggu ya...aku rasa mau cari satu saja lagi pelita nak genapkan 30...sebab sekarang tgh buat collection baru..apa ya?..tunggu dah banyak sikit baru tunjuk, sekarang koleksi tu baru ada 4..wat saspen je che zah ni...hehe
Friday, September 25, 2009
Raya Sakan
Raya Pertama...ingat nak balik Kudat mlm raya tu tapi adik ipar terlepas flight dr KL dan terpaksa beli tiket lain..semua dah penuh, yg ada ialah pada pagi raya saja..huhu menangis sakan dia...lepas sembahyang raya, duduk rumah lepak, baru pegi airport..hantar dia ke bus stop utk ke Kudat..then baru pegi beraya rumah kawan2...nasib gak ada 3 org yg jemput open house raya pertama...
Raya kedua..pegi kudat..bertolak awal pagi, sampai je terus menziarahi keluarga belah somi..sempat 8 buah rumah je..tak larat dah..sebab petangnya balik KK...perut pun rasa semcm je sebab mereka semua hidang gassy drinks..
Raya ketiga dan ke 4 pegi rumah kwn2 yg open house..sambil kerja keras utk open house raya ke 5 kat rumah aku..
Raya ke 5..open house kat rumah...penat giler sebab my daughter tak balik, basuh pinggan sorang2...yg dua lelaki kat rumah tu kena tunggu arahan baru buat....itupun tak jemput semua kawan2, sebab 2 tahun lepas aku bagi nak pengsan sebab org dtg tak putus2 dari start open house tu sampai ke malam..semalam aku kemas2 sikit je..petang sikit pegi rumah neighbour yg buat open house jugak...balik terus lepet..pagi ni bangun sakit kepala pulak..nasib bukan kelmarin yg migrain..kalau tak..air sejuk dgn biskut raya je lah open house rumah aku..hehe..dah reda2 sakit pala..teruskan edisi mengemas rumah...penat lagi sekali..sekarang ni edisi merehatkan diri...sambil buka blog...semua blog pun sunyi sepi..mesti kawan2 ni masih beraya sakan..
Gambar2 masa raya tak ambiklah...lupa terus...sebelum balik KK dari Kudat hari tu ada ambil gambar pekan Kudat...jom kita lawat Kudat..bandar cowboy....
Mana ni ya...nnt tanya hubby...dia tak ada skrg, pegi KL awal pagi tadi...
Pasar kain kat Kudat..aku tak penah masuk sini...dulu masa duk kudat pun tak penah..isk..isk..
Deretan kedai di pekan kudat..
ini pun...tak ingat kat mana dah...HELPPPP..hehe
Masjid Kudat
Kedai lama..mesti ada jual pinggan lama..tapi hari tu tutup
Jeti feri ke Pulau Banggi...
Esplanad Sidiq...tempat santai2 tepi laut..
Pasar ikan
Kalau ada apa2 function..kat sini la dibuat..nama lain Pekan kudat ialah Tomborungus..mungkin sebab ramai suku kaum rungus kat sini
Ni rumah jutawan bumiputera di Kudat...besar rumahnya..
Hotel marina Kudat...
Ni masjid Kg Air Kudat..masih kat tengah pekan..
Ada banyak lagi gambar yg diambil tapi malasnya menunggu loading yg berjam2...
Tuesday, September 22, 2009
Selamat Hari Raya- Mai sini ambil kad!(STICKY N3)
Wednesday, September 16, 2009
E card raya daripada kawan-kawan
Daripada hasnahmusa..ganu mari...
Drp Razna..adik yg pandai berniaga dan buat decoupage..bravo na
Daripada queen of vintage plates....queen yatt..raya ni bawak2 bersabar..lepas raya kita hunting balik ya..hehe
Daripada Welly, pandai hias rumah..kalau dtg sini tlg hias rumah akak ya
Daripada Shas..yang mewarisi koleksi antik bondanya..cantik2 sangat
Drp mamasya.. di Brunei..dah ada warna pink kat celah2 hero2 biru..tahniah..
Sayang maklangazie jugak...masih sibuk dgn tempahan kuih raya ke?..dah byk duit tu jom dtg KK lagi..hehe
Roses from kak Yon@ kak rose....secantik namamu
Drp Gee..peminat kucing dan vintage plates jugak...
So near yet so far..Ita from KK..peminat kucing dan roses.....
Drp Inna..queen of meakins...nnt kalau pegi rumah inna akak nak duduk la kat gazebo tu, inna wat kopi ya..
Drp Azlina..sangat rajin kongsi maklumat..duniawi dan bekalan akhirat...gracias..
Drp ain..yg tak miss dgn masakan utk setiap hari di bulan ramadan..setia memberi komen setiap n3..sangat cekap dan cepat..apa rahsia ain ya..hehe...terima kasih..
Daripada seri..KK..tak penah jumpa gak..nntlah ya seri..bila balik kg?
Sunday, September 13, 2009
Award daripada Inna-Merah Samar
Nak kena jawab soklan ni...
BAHAGIAN A....
5 FAKTA MENGENAI PEMBERI AWARD.:-
1. Queen of meakins-kalau dah berlebih tu antar sini ya..hehe
2. Suka hias rumah ala2 English Country- kalau dekat boleh gak tolong akak susun atur rumah yg berterabur ni...
3. Sangat rajin update blog- kalau lambat pegi jengah sure terlepas.
4.Suka tenguk panorama di langit- awan biru la tu..kalau akak tenguk mesti tak boleh jalan dah lepas tu..mabuk
5.Inna ni sensitif barangkali..ya ke..tapi mcm cepat cool jugak..
Betul ke inna fakta2 tu..kalau tak betul jgn marah ya...
BAHAGIAN B...
10 FAKTA MENARIK MENGENAI DIRI ANDA...
Dah banyak kali tulis ni, boleh selak tempat 'award and tag' kat blog ni..
Award ni aku bagi kepada semua pengunjung blog ni..tak kira yang dah lama kenal, yg selalu masuk sini, yg sekali sekala masuk, yg pertama kali datang atau yang tersesat masuk..ambik ya...tak yah buat fakta ttg pemberi award pun tak apa...
Thursday, September 10, 2009
Happy Birthday To Me
Salam..just came back from school..terima kasih atas ingatan dan ucapan adik2 bloggers semua...doa yg mengiringi ucapan adik2 tu harap dimakbulkan Tuhan..
Hubby sendiri pun blh lupa my birthday, padahal kelmarin dan war2 kan pada dia, pagi ni lupa lak..kat sekolah tadi baru dpt message wish happy birthday..isk2...sapa boleh teka ni hari lahir yang ke berapa?...hehe..
Monday, September 7, 2009
Hari ni terpaksa ikut jln Penampang ke Dongonggon dan masuk ke jalan Bundusan, drop my son then terus ke sekolah..meter menunjukkan 19.3KM, jauh tak?..kalau berbulan jalan tu tak siap, aku jadi keremping makan hati...dari rumah tadi pukul 5.30 a.m dah keluar, sebab kalau lambat semua route yg aku tempoh tu jam giler...
Dah rehat2 dan terlelap tadi..aku bukak tenet..ada pesanan daripada Cikgu Hasnah dari Ganu suruh ambik award. Bulan2 posa pun terima award, kes nak save budget tak yah buat makan2..hehe..aku terus zoooom laju2 ke blog hasnah sebab kalau tangguh nnt berselisih pulak dgn lori2 mengangkut kad raya...ni dia award cute mute tu..
Syarat-syarat untuk ambil awards ini:
1. Buat Posting tentang Award ini.
2. Linkkan pemberi awards ini di entri itu.
3. Copy-paste Image di atas.
4. Sebelum ambil jangan lupa tinggalkan komentar di entri ini.
Nak pass award ni kepada:
1. Yatt
2. Ain
3. Ita
4. Seri
5. Azlina
6. Welly
7.Ida Isk
8. Ana-s'pore
9. umi-e
10. maklang azie
11. Semua pengunjung blog ini..anda semua rakan bloggerku yang vogue
Friday, September 4, 2009
The long and winding road
By late afternoon, my neighbour cum my colleague sms me that the road is closed to all traffic..too dangerous, i guess..meaning i have to take either the Inanam road or Penampang road as an alternative..nak ikut penampang memang jauh sgt2..so pagi ni keluar rumah jam 5.40 a.m..org lain masih lena lagi, aku ikut Inanam..jalan ni pun berbukit dan berliku2, gelap lagi..jauh pun ya..tapi dah terpaksa, drive slow2 takut juga kot terlanggar'lembu pendek'...you know what I mean kan?..sebab kawasan tu kg suku kaum dusun/kadazan.
Harap2 cepat la diorang baiki jalan tu, hari ni my son di'rest'kan drp pegi ke sekolah..kalau tak aku terpaksa pusing lagi dari Inanam ke Bundusan utk hantar dia..next week kalau masih tutup terpaksa guna jalan penampang utk hantar anak dulu dan dr sana pegi ke Bundusan..sorry la ya kwn2 kat s'menanjung, uols tak tau nama tempat2 ni.....
Ni gambar yg diambil dari daily Express Sabah hari ni...
Ni pulak petikan drp DE jugak ttg jln tu...
Cracks were seen at the stretch as early as 7am by a maintenance team from Globinaco Sdn Bhd and the road caved in eight hours later at about 3pm, causing a ridge stretching about 150ft long.
A Public Works Department (PWD) team had gone to the site after being alerted by Globinaco contractors and sealed the cracks with canvas, allowing only one side of the road to be used.
However, the PWD team later decided it was too risky to allow traffic to go through, as the cracks widened, and closed the road completely at about 1pm.
Motorists who normally used the stretch to reach Inanam or Penampang have been advised to use alternative routes, preferrably from Jalan Datuk Panglima Banting or Jalan Kiansom Minintod.
Those who frequent the road generally are either headed to Kg Kibabaig, Kg Kasigui and Jalan Datuk Panglima Banting in Penampang, or KK Tzer Ying Buddhist Temple, Kg Bambangan, Kg Bantayan, Kg Minotun and Country Heights Apartments in Inanam.
A PWD senior officer said they were thinking of building an access not far from the collapsed road but must consider several details first before proceeding, adding such works would take at least one or two weeks to complete.
Meanwhile, MP Dr Hiew King Cheu believes the incident could have been avoided as it could not have happened overnight.
Looking at the underground water outlet beneath the stretch, he suspected the pipe could have been damaged, causing it being unable to channel water away from the hill.
"The PWD should always check this carefully. Now, millions of Ringgit would have to be spent to fix the road, which in fact is the people's money," he said.
He also failed to understand how the mishap could not be averted, pointing out there were enough funds sourced for road maintenance in
Tuesday, September 1, 2009
First school day
Hari ni memang tak masak, pegi PARAM je...beli laksam, mee goreng dan kuih akok untuk aku...mee hoon goreng, kuih bulan, air manggo dan donut utk my son..hubby cuma mau kuih talam ubi saja..paling memilih hubby aku ni..lebih rela makan maggi daripada makan makanan yg dibeli kat gerai ramadhan...huhu..untungnya aku..
Lepas tu, my son nak pegi potong seluar jeans kat depan pasar filipina..aku dalam sakit2 kepala masuk kejap dalam pasar tu..untuk apa? untuk mengabiskan duit..haha..sempat beli 3 brooch..semua utk aku dan gelang krystal utk aku satu dan satu lagi utk anak buah..malas la pulak aku nak ambik gambar....yang herannya masa memilih benda alah tu tadi tak ingat pun sakit kepala..hehehe
Tapi tak bestlahkan kalau N3 tak ada gambar..so aku nak menunjuk2 apa juadah berbuka kelmarin...sesi kuih muih saja ya..sebab ni bukan blog masakan, blog org tak pandai masak dan..blog merapu2 saja..hehe..lihatlah dunia apa aku masak kelmarin..paling sempoi. 1 jam dah siap....
Setalam kuih seri muka..pakai handphone saja, so nampak pucat,,sebenarnya hijau2 sikit(hijau muda sebab daun pandan kat rumahku masih lagi anak dara togel..belum cukup besar)..Ni gambar belum dipotong...my son makan separuh talam..punya dia suka, siap ckp sedap lagi...so kira pandailah aku masak kan..resipi jgn tanya, semua org pandai buat kuih ni, kalau tak pandai pegi main jauh2...aku pun main campak2 je..chewah...hubby tak berapa suka pulut (kan memilih tu)..
Ni pulak pengat labu..my son pulak tak makan ni..hubby makan separuh periuk...semua orang memilih..jadi korang calculate sendiri, separuh kuih talam dan separuh pengat tu sapa yg habiskan?..betul..betul akulah tukang makan setiap separuh tu..sapa yg untung?..hehe