Hari ni baru dapat sambung n3, kelmarin penat betul...hunting pinggan mangkuk lama, jalan2 ke taman buaya dan tenguk orang utan kat Sepilok, lepas tu lawat saudara mara husband...pukul 11 malam baru balik hotel.....penattt weii...
Signage sebelum sampai Bandar Sandakan....mcm kedai apek jer kat hujung tu..tapi mesti tak ada pinggan mangkuk lama...tu yg bertenggek 2 ketui tu orang utan....
Walaupun ada highway baru ke bandar Sandakan kami tetap ikut jalan lama yg redup dgn kehijauan pokok sebab ingin mengingati memori lama...tahun 1994 dan 1995 kami tinggal kat Sandakan....belum ada jalan baru masa tu...
Bandar Sandakan...........ada perubahan sikit, tapi kawasan2 persekitaran begitu pesat membangun...Ketua Menteri Sabah orang Sandakan, so membangunlah sikit kawasan Libaran ni
Malam tu attend wedding relative husband kat Dewan Pandu Puteri Sandakan...best tenguk tarian darling2 (ya ke ejaan begini???)...tapi masa tu tgh makan, kalau tak boleh videotapekan...
Acara memotong kek...pengantin perempuan tu cantik la...
Jarang orang bagi bunga telor dah sekarang ni...tu yg nak tunjuk sebagai kenangan..hehehe
Tengahari nanti kami akan bertolak balik ke KK, esok sekolah..mesti aku penat giler....mau cuti lagiiii........
No comments:
Post a Comment