Showing posts with label award and tag. Show all posts
Showing posts with label award and tag. Show all posts

Friday, July 9, 2010

Tag daripada Yatt dan Kak Yon/kak Rose


Dah lama Yatt bagi tag ni tapi sebab masalah teknikal, ditangguhkan sehingga kini..then dapat lagi daripada kak Yon aka Kak Kak Rose..so sekali harunglah...

1) Link kepada orang yang bagi award ni.
Yattbzgg.blogspot.com
kakrose.blogspot.com

2) Nyatakan sebab musabab anda minat kaler pink
so sweet dan feminin

3) Sejak bila suka dengan kaler pink?
sejak suka dengan English deco

4) Nyatakan 5 barang yang paling anda sayang yang kaler nya pink?

1. My pink sakura set
2. My pink bracelet
3. My pink purse
4. My pink glasses..hehehe
5. My other pink vintage teaset


5) Snap gambar anda dengan salah satu barang kaler pink

Ni gambar lama..so tak boleh masuk muka kat sini...hehehe..my pink sakura teaset yg barter dgn Yatt



6) Tag 5 kawan anda yang minat kaler Pink

Rasanya semua dah kena tag so sampai di sini dulu sayangggg..

Tuesday, June 15, 2010

Tag Daripada Shima

Award ni kuterima daripada Shima....thanks shima kerana memanjangkan award ni utk akak..

1. Apa yg bermain di fikiran u oll skarang
Lepas ni nak kemas rumah, apa nak masak dulu...bla..bla...ada tetamu mau datang hari ni...

2.Apa nama samaran U oll
Bukan samaran tapi nama ni ialah panggilan rakan2 masa sekolah menengah dulu - Azah

3.Berikan 3 org ygU oll sayang
Anak2 dan somi serta ibu

4.Panggilan Untuk Si Dia
Bah...singkatan utk abah sebab masa anak kecil dulu aku panggil abang, dia ikut jugak panggil abang....

5.Impian yg U oll impikan dr org yg istimewa
Impian memang banyak tapi...sebab org istimewaku ni unpredicted....datang angin baik, tiba2 dia wat suprise bagi apa yg aku mahu...datang angin kus2 dia buat tak tau jer....

6.Blog mana yg U oll suka visit
Blog english deco, pinggan mangkuk lama...dan semua blog yg rajin update....

7.Tag kepada 15 blogger U oll

15 orang banyak tu.....akak pun macam shima pilih lima saja;
~ Ryana~ yg tgh menghunting tu...senapang tu acu betul2 ya, tembak jer apek yg kedekut biar dia tergolek..hehehe
~ Ita jeff ~ yg tgh sibuk jaga kucing...dah dapat cari menantu ke?
~ Nizie ~ yg rajin betul cuba fa tanpa guru...salute2...nanti kita suruh En Zahir dtg sini ajar ya..
~ Maria ~ jururawat yg rajin memasak w/pun siang kena tidur kalau shift malam...kalau akak sure migrain tak berhenti dah....
~ Combi@echah ~ suka posing2 dgn family sambil makan2...keluarga bahagia gitu

Semuanya rakan2 blogger dari Sabah ni....hehehehe

Friday, May 28, 2010

Tag From Itajeff

Dah cuti sekolah ni nak jawab la tag yg diberi oleh itajeff......sekarang ita aktif kat blog ni

1. What would your prefect day consist of?
When everything goes well..

2. How would you describe yourself if you were an item of clothing?
Soft coloured with small English floral design of cloth..hehe

3. What hobbies are you currently working on?
shopping, shopping and shopping

4. Walking in the woods in wellies or bare foot on the beach?
Bare foot on the beach but not during a hot day

5. Have you ever hugged or sang to a tree?
never...I only sang to myself, probably the tree could hear it too...hehe

6. Growing your own veggies or nipping to the supermarket?
Both..of course I cannot grow everything in my small lot..

7. Have you found anyone exciting in your family tree?
not yet...

8. Slap up meal in a posh restaurant or fish ‘n’ chips from the
wrapper?
fish and chips fr the wrapper

9. Which element do you most resonate with, Earth, Air, Fire or
water?
Earth

10.Do you believe in fairies?
I am still wandering..

Now I have to choose 5 blogger Moms to pass this on to, so here they are:

Well...anybody who dares to answer this tag is warmly welcome

Adoiii...ada lagi nak kena tulis ni..

Tulis 23 perkara rawak wak wak ( random dem dom ) tentang diri awak(tak kisah lerr bende tuu fakta kerr angan angan kerr cita cita kerr imaginasi ker or wat so ever laa .)

1. Nak rumah besar tapi sekali ingat kalau semua org jalan, aku takut pulak tinggal sorang2..semua pintu nak kena jaga..
2. Tak payah susah-susah kerja..tapi duit masyukkk..boleh ke..angan2 kan?
3. Nak ada semua kemahiran..masak, jahit, melukis, buat craft..bla2...
4. Nak pegi mana2, terus jer boleh pergi..imaginasi giler2 ni
5. ok..fakta pulak...tak suka orang cakap besar, ketawa besar2 sampai semua orang jeling dan cakap kuat2 sampai loud speaker pun kalah
6. Tak suka tgk perang2, orang gaduh2...benci..mcm fobia sebab masa kecik2 dulu tgk cerita melayu (org2 yg seangkatan dgn aku tahulah ni)...bunyi muzik masa nak lawan/perang tu betul2 buat aku takut..
7. Macam ita gak kalau aku mampu, mau buka satu tempat yg luas utk menempatkan semua stray cats
8. aku memang suka kucing, kura2, ayam serama, burung...apa2lah yg comel utk jadi pet kecuali ular, cacing, lintah..eeee
9. angan2 lagi...nak duduk saja..semua benda orang uruskan..mau aku gemok gedempol kalau gini
10. kalaulah tak ada habuk kat dunia ni, tak payahlah aku dok lap semua perhiasan...la ni pun bukan aku selalu lap pun..bila rajin datang je aku rajin..hehe
11. nak merapu lagi...bila nak habis ni...nak p rumah yatt..then yatt cakap, ambiklah mana2 pinggan mangkuk, teko yg akak mau..hehehe..aku sapu semua...mesti yatt berbulu ni..hehehe
12. nak sentiasa sihat walafiat...w/pun sebenarnya kesakitan tu menghapuskan dosa
13. so untuk itu tak nak la buat dosa/menambah dosa..semoga tuhan ampunkan dosa2ku yg lalu
14. Dah masuk bak serius ni...nak beramal ibadat dgn tenang
15. nak fikiran tenang dan tenteram
16. Family semua okay tak ada musibah dan dirahmati dalam setiap tindak- tanduk
17. Mau jadi cikgu yg superb..murid faham apa aku ajar dan boleh jawab soalan dan seterusnya berjaya
18. Boleh ke kalau masa aku ajar budak2 sekolah semua mcm concentrate jer apa yg aku cakap, dok diam2 dan tak nakal2...mau ada magic ni...
19. Anganku..kalau Sabah ni dekat jer dgn semenanjung..boleh la aku balik kg selalu
20. Huhu...nak jaga mak yg semakin lanjut usia..
21. nak apa lagi ya...emas? intan, berlian...aku nak sekadarnya...tak niat pun nak beli/simpan banyak2 macam mami jarum
22. Dah second last dah ni...apa lagi ya? aku ni cepat mengalirkan air mata..keturunan Neng yatimah dulu2..pantang tenguk/dengar yg sedih2...tak leh control..
23..Yeaaaa..last dah...mcm nak jawab paper final kat U pulak..excited nak habis tapi tak mau jawab cincai, takut result teruk....aku nak semua orang kat dunia ni tak ada hasrat dengki, semua baik hati, tak kasar,,,tak manipulate kata2...pendek kata..semua okay belaka...SIAPPPP
nak bagi sapa ya?..

Aku nak bagi kat cikgu2 sekolah sebab dah nak cuti..mesti hati mereka semua aman dan tenteram ketika ini, tak payah p sekolah..hehe
1. Cikgu Ryana..kenapa menyepi nih..p sandakan lagi ke?
2. Cikgu Rozie..sila aktifkan blog anda yg dah bersawang tu..
3. Cikgu Shas
4. Cikgu Izan Manjung
5. Cikgu nor..satu nogori dgn den tapi merantau kat tempat orang gak..

Tuesday, May 4, 2010

Award and tag daripada Ani@justMeAni











Salam all bloggers friend.....walaupun sibuk tgh mark papers tapi demi kawan akak tetap ambik award bear ini...kalau dapat yg betul2 soft toys bear pun okay jugak walaupun dah tua2 begini..hikhik.....(lain macam pulak ketawa ni...)..terima kasih ani kerana teringat kat kawanmu ni....


Tapiiii...aduhhhhai..nak jawab tag ni yg malas betul..tak apalah kan ani, jawab ringkas2 boleh la kan?...

1.COPY AWARD NI MCM GRAMMY AWARD .
* dah*

2.BERITAHU SIAPA DAN LINK PEMBERI AWARD NI


3.TAJUK POST KORANG MESTI ADA 5-FIVEOKAMSAH?KENA JAWAB 5 SOALAN DGN 5 JAWAPAN
*boleh bagi jawapan ikut suka2 tak...malas nak pikir.., ada yg tak cukup 5 kot*

4.NAMA THAT PEOPLE CALL U
* mama - anak2
*nong..kadang2 mama - my hubby..(kalau nak tau maksud nong tu apa, p tanya orang Sabah...Hehe)
*Azah - kawan2 sekolah dan kawan2 siber...dulu ramai nama Azizah so they all pakat panggil nama akak Azah sebab nak bezakan dgn ya lain..
* Sarina - keluarga semua panggil nama ni...kalau jiran2 kat kg yg bukan saudara atau yg bau2 mangga, mereka tak tau my real name...memang mereka ingat inilah nama sebenar akak....should have use this name in blogging sphere kan?...ada cerita disebalik nama tu...
*Zah/kak Zah - my collegues


5.IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE
*10/9, 08/08, 19/9, 01/11 and 24/08

6.THINGS U DONE YESTERDAY
* pergi sekolah
* invigilate exam kat sekolah
* mark exam papers
* buka blog lepas boring mark papers
* tgk youtube - painting folkarts


7.FIVE WAYS TO BE HAPPY
* Family semua okay
* no stress
* kerja ikut suka hati
* dapat apa yg diidamkan
* sihat walafiat


8.FAVOURITES MOVIES
* tak ada yang favourite, kalau best movie tu tenguk, balun jer tak kira apa..malay english, Hindi, chinese, Thai, Korean......never ending list..

9.FAVOURITES HOBBIES
* shopping - something wrong kalau org perempuan tak suka shopping
* melancong - lagi jauh lagi best...hehehe
* melukis...tapi lama tak lukis, malas dan tak ada masa
* deco rumah - tapi rumah tak gak lawa macam rumah orang..


10.FAVOURITES PERSON
* my mother and immediate family
*my hubby
* anak2
* kawan2
* my pets (kira orang la jugak sebab duduk satu rumah kan)


11.FAVOURITES PLACE OF VACATION
Kalau yang belum pergi lagi banyakkkk...kalau tempat yang dah pergi kat sini la kot
* Niagara falls- punya giler, pergi masa 4 seansons yg berlainan, bila tgk gambar nampak beza walaupun kat tempat yang sama
* Toronto, Canada - best banyak castles..building kat sini mcm klasik dan org2nya tinggi2 mcm models and they speak spanish
* Disneyland, California..tak habis lawat kat dalam tu sebab besar sangat..
* Narita, Jepun
* Grand Canyon - rasa mcm kat 'lost world' dengan batu-batan berwarna kemerahan

12.REASON U ANSWER THIS SURVEY
* dah kena bagi, tak nak lah nanti ani merajuk pulak kan..hehe
* saja2 gediks kot..hehehe
* memeriahkan blogging world


13.PERSON TO TAG....
* Boleh ke kalau tak nak tag orang lain*...

Thursday, April 22, 2010

Sunshine award daripada Shariff

SALAM HARI KHAMIS....cepatnya masa berlalukan....
Hari ni akak nak letak award daripada adik Shariff...baik betul Shariff ni kerana sudi bagi akak award. Ini bukan pertama kali Shariff bagi tau, sebelum ni pun dia dah pernah bagi award pada akak.. akak sangat2 menghargainya. Daripada penulisan Shariff di blog (walaupun Shariff ni kira online sellers) akak tau Shariff ni seorang anak yang baik, suami yang penyayang, bapa yang prihatin dan rakan yang jujur dan ikhlas serta pandai menjaga hati orang...(puji2 bukan ada makna terselindung tau)..ni pujian ikhlas daripada akak...akak terima award ni dengan doa agar Shariff dan keluarga dilimpahi rahmat dan hidayah daripadaNya..terima kasih...

Sunday, March 28, 2010

Award daripada Azlina

Salam pagi Sabtu..masih mengantuk la...semlm tidur pukul 10.30..pukul 1.00 pagi bangun sebab my doter balik..flight last dr KL(baru je balik hari tu...balik lagi hmmm)..cerita2 dan makan coklat(kasi baja migrain..heheh) yg dia beli lepas tu tidur..dah terganggu jumlah jam tidur so pagi ni masih mengantuk...


Mula2 tak boleh copy award drp blog ina...godek2 dapat pula..tapi syarat2 tak boleh copy, so akak beri jawapan je kat sini okay....

1. Penghargaan buat ina..walaupun ina ni ramai kawan bloggers (tengukla follower dia...ramai betul) tapi masih ingat gak nak bagi akak award ni....terima kasih banyak2 ya ina...

2. Nama dan tarikh lahir anak...tak ramai anak sonang jor...
Anak sulung - Aimi Nadia 19/09/1987
Anak Kedua - Mohd Izwan Hadi 01/11/1994...anak2 kucing tak payah la kan?

3. Gambar keluarga...uwaaaaaaaaaa...semua masukkan kat external disk dan disk tu kena curi kat PENCURI DURJANA......

4. Buat ibu2 yang hamil...kalau terima award ni tunjuk gambar anda semasa mengandung..bukti anda akan dapat anak..hehehe

5. Penghargaan kepada ibu/bloggers......sambil2 berblog tu jangan lupa tanggungjawab anda sebagai ibu, isteri dan pekerja...utk aku gak ni..hehehe

SIAP.........semua yang baca n3 ni sila ambil award ni ya...malas la nak senaraikan nnt takut yg tak tersenarai kecil hati....so ambik ya selepas baca ni..............

Sunday, March 21, 2010

Award daripada Yah

Salam..mood utk buat n3 belum ada, so kutip2 award daripada kawan2 yg sangat2 baik hati kerana sudi beri award kat akak..creative old mom blogger..hehehe...(dah seminggu tak gelak2 kan)

Sebenarnya Yah ni mcm tersasul2 bila ckp dgn akak, kejap bahasakan diri kak yah, sekejap yah....akak rasa akak lebih tua daripada yah..confirm tu..jgn tertipu dgn pic akak yg nampak muda tu (perasan)...anak akak yg sulung dah 23 tahun umurnya, akak kahwin umur 26 tahun...cepat2 kira ...kalau tak cukup kaki tangan, sila guna calculator ya...hehehe...

Bila mula kenal Yah ni ya?....dalam blog dah intai2 tapi kenal lebih rapat masa yah order pelita merah tu...nak jadi cerita akk tersalah tulis add, tak sampai la kat yah dan dekat sebulan pelita tu cari jalan balik Sabah semula..tapi akhirnya Yah terima gak pelita merah tu kan....

Terima kasih Yah kerana bagi award tu...sekurang2nya award drp kawan2 dapat mengubat hatiku yg masih resah ni..huhu..

Award daripada Shariff

Maaf ya shariff, akak lambat ambik...tapi tak kan lupa punya...tkasih banyak2 kerana sudi beri akak award ni...selain mengumpul pinggan mangkuk lama, shariff juga menjual barang2 porcelin ni...tapi biasalah, asal ada yg berkenan mesti dah kena rembat...cepat betul depa ni..kalau ada yg roses tu, jgn lupa akak ya shariff....click sini utk ke blog shariff

Saturday, March 20, 2010

Hadiah dan award daripada Inna

Life must go on...walaupun hati dan semangat belum pulih sepenuhnya tapi kehidupan tetap diteruskan seperti biasa...semoga Tuhan melindungi kami sekeluarga...

Mungkin n3 ni dah terlambat tapi tak apalah..better late than never..so akak gabungkan sekali pemberian daripada inna..dulu dikenali sebagai inna merahsamar sekarang inna saljuseripagi....dah lama kenal inna ni..masa tu hanya beberapa blog ttg english deco je, asyik bukak dan bagi comment kepada org yg sama saja..antaranya masya, gee, kak ros, ani dan beberapa org lagi..sekarang penuh kat dlm link list..bestkan dapat kongsi minat..dan yg paling best bila dapat hadiah....

Inna telah bermurah hati memberikan hadiah ni kepada akk dan kawan2 lain...tentunya yg berkaitan dgn english deco...since mood belum ada utk snap gambar akak pinjam gambar daripada idacottage..ok kan ida...


cantik wrapping gift tu...ribbon pun cute...
Jewellery box yg comel..tapi kotak akak patah kunci tu..mungkin kena baling2 kat post office..tak apa..nnt akak cuba repair...terima kasih banyak2 kepada inna..akak akan simpan ia sebagai kenangan..mujur belum simpan apa2 jewellery, kalau tak sah kena kebas...jewellery box anak dara akak kena ambik sebab ada earings dan rantai..tapi bukan emas....

Inna juga bagi akak 'beaautiful blogger award' ni,,,dah kepot2 ni tak lah beautiful lagi tapi 'for the beautiful friendship'..kan inna...terima kasih banyak2...

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya- Mai sini ambil kad!(STICKY N3)

Kepada semua pengunjung blog ni sila ambil special kad dari akak....special sebab handmade (dgn bantuan komputer la)..tak dijual kad kedai dan diiringi gambar muka yang tembam dgn senyum simpul yg kurang menawan tu...hehehe....SEMUA MY BLOG BUDDY DIPERSILAKAN AMBIL KAD NI........Ampun maaf jika ada terkasar bahasa tulisan, terkecil hati, tercuit perasaan, tersentuh jiwa, dan segala jenis TER....

Wednesday, September 16, 2009

E card raya daripada kawan-kawan

Terima kasih diucapkan kepada kawan2 yg sudi layangkan e-card raya kepada akak...penuh satu kontena..ingat tu nak tayang semua kad 2 hari sebelum raya, tapi mcm 'terlebih sudah'...sementara line clear, tenet tiada masalah, ditayangkan kad dari kakak dan adik2 bloggers semua....

Daripada hasnahmusa..ganu mari...
Drp Razna..adik yg pandai berniaga dan buat decoupage..bravo na

Daripada queen of vintage plates....queen yatt..raya ni bawak2 bersabar..lepas raya kita hunting balik ya..hehe

Daripada Welly, pandai hias rumah..kalau dtg sini tlg hias rumah akak ya

Daripada Shas..yang mewarisi koleksi antik bondanya..cantik2 sangat

Drp mamasya.. di Brunei..dah ada warna pink kat celah2 hero2 biru..tahniah..

Sayang maklangazie jugak...masih sibuk dgn tempahan kuih raya ke?..dah byk duit tu jom dtg KK lagi..hehe
Roses from kak Yon@ kak rose....secantik namamu

Drp Gee..peminat kucing dan vintage plates jugak...
So near yet so far..Ita from KK..peminat kucing dan roses.....

Drp Inna..queen of meakins...nnt kalau pegi rumah inna akak nak duduk la kat gazebo tu, inna wat kopi ya..

Drp Azlina..sangat rajin kongsi maklumat..duniawi dan bekalan akhirat...gracias..

Drp ain..yg tak miss dgn masakan utk setiap hari di bulan ramadan..setia memberi komen setiap n3..sangat cekap dan cepat..apa rahsia ain ya..hehe...terima kasih..
Daripada seri..KK..tak penah jumpa gak..nntlah ya seri..bila balik kg?

Sunday, September 13, 2009

Award daripada Inna-Merah Samar

Terima kasih Inna kerana sudi bagi akak award ni..you're my awesome blog buddy too!
Nak kena jawab soklan ni...


BAHAGIAN A....
5 FAKTA MENGENAI PEMBERI AWARD.:-

1. Queen of meakins-kalau dah berlebih tu antar sini ya..hehe
2. Suka hias rumah ala2 English Country- kalau dekat boleh gak tolong akak susun atur rumah yg berterabur ni...
3. Sangat rajin update blog- kalau lambat pegi jengah sure terlepas.
4.Suka tenguk panorama di langit- awan biru la tu..kalau akak tenguk mesti tak boleh jalan dah lepas tu..mabuk
5.Inna ni sensitif barangkali..ya ke..tapi mcm cepat cool jugak..
Betul ke inna fakta2 tu..kalau tak betul jgn marah ya...

BAHAGIAN B...
10 FAKTA MENARIK MENGENAI DIRI ANDA...

Dah banyak kali tulis ni, boleh selak tempat 'award and tag' kat blog ni..

Award ni aku bagi kepada semua pengunjung blog ni..tak kira yang dah lama kenal, yg selalu masuk sini, yg sekali sekala masuk, yg pertama kali datang atau yang tersesat masuk..ambik ya...tak yah buat fakta ttg pemberi award pun tak apa...

Monday, August 24, 2009

Kad Ramadhan lagi.....terima kasih

Bila dpt je message suruh ambik kad..aku zoommmm cepat2, sebab hari ni dah hari ke3 puasa..tak kan nak tunggu setengah bulan puasa baru terhegeh2 nak angkut kad2 tu kan...lagipun tak ada kick la..

Kad dari Welly..terima kasih ya welly...w/pun jarang bersahut2an..(betul ke ni..mcm bunyi bahasa klasik pulak..tibai je lah..cikgu BM jgn marah ya..bulan posa ni..)..welly bagi jugak kat akak yg jauh di seberang lautan ni..sebenarnya selalu jenguk2 rumah welly, tapi segan nak masuk sebab cantik sangat...

Sekali selak2 ada pulak kad dari inna...inna ni rajin betul upadate blog, sampai terlepas pandang..terima kasih inna..memang minat awan biru inna ni...wonder macamana la rupa inna ni ya...

p/s kenapa ya...n3 pasal dapur idaman tu melonjakkan jumlah pengunjung ke blog ni hingga seratus lebih pada hari ni....suspek..suspek...

Wednesday, August 19, 2009

Ramadan menjelma kembali...ambik kad ya

Kepada semua muslimin dan muslimah, selamat mengerjakan ibadah berpuasa..sila ambik kad ni bawak balik rumah ya...nak panggil sorang2 dtg ambik tak larat la...so jgn malu2 ambik aja ya...


Satu set cawan ni akak hadiahkan juga kepada peminat2 pinggan lama...boleh la wat minum apa2 yg sesuai dlm cawan ni..pesanan akak..kurangkan sikit aktiviti mengganas di kedai apek di bulan posa ni ya...


Bunga water lily ni hadiah sempena menyambut ramadan drp seri...terimakasih ya seri...semoga kita sama2 mengerjakan ibadah berpuasa dgn sempurna....


BARU EDIT YA KAWAN2

KAD DARIPADA YATT..TERIMA KASIH ...

KAD DARIPADA SHAS-KOLEKSIWARISAN BONDA....terima kasih

Sunday, July 26, 2009

Award drp Razna dan Seri

Salam semua....sorry ya Na dan Seri, akak peram award2 ni..tak apakan..tp tak lupa punyer tetap pamer juga kat blog walaupun lambat, nnt jangan la serik pulak bagi kat akak ya...2 minggu ni sibuk dgn marking paper trial Exam SPM 1..kat sekolah akak yg sungguh rajin ni ada 2 kali trial exam..then next week pulak mula trial exam STPM 1...huhu..itu la sebabnya lama betul muka akak dah Heliza bertepek kat blog..you all tenung2 je lah gambar tu, nnt jumpa akak kat jln boleh tegur kan..hehehe...Ok kita tgk award dan tag drp Razna dulu....terima kasih ya Na..



Syarat2 menerima award ini:

1. Pastikan jantina anda ialah perempuan
ehh..mestila perempuan

2. Copy badge sebagai award anda
set

3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan
Best info ni..so copy paste je dr blog Razna..lelaki jgn jealous ya..


1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).

12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT


Kat atas ni award drp Seri...terima kasih ya seri..rajin betul bagi award walaupun ada anak kecik..bila la dapat jumpa seri ni ya...

Saturday, July 11, 2009

Challenged From Itajeff

Baru je siap N3 kat bawah, nampak kat shoutbox Ita punyer challenge pulak dgn yang ini..

Here are the rules:

1-- Go to your photo files…Select the 6th photo folder

2-- Select the 6th photo in that folder

3-- Post that photo along with the story behind it...

Hehe..nasib tak kena photo yg dicensored, kalau tidak mau kena main mengelat ...ni photo ke 6 kat my 6th folder...

Gambar ni dah post dulu (label 'antik'), tak apalah..sterika lama tu beli kat tamu Gaya Street, long time ago (7,8 years back)..masa tu dekat raya, 3 orang anak2 muda jual, rasa tak mahal sangat dia jual, lupa dah berapa ringgit, yg dua tu tempat letak kapur sireh, I guess..beli kat mana lupa dah..dulu me and my hubby hunting barang2 tembaga lama..berhenti hunting sebab dah susah dapat dan kalau ada pun harganya kus semangat..tak kuaso den nak membolinya mak ita oii..hehe..

Award daripada Kak Intan dan Razna

Award di atas drp kak Intan..terima kasih ya kak Intan, walaupun kita jarang berkunjungan tapi tetap sudi bagi award..kau tetap dihatiku..hehe

Ni pulak daripada adik Razna...(heh..dah blh panggil anak pun..muda sgt)..tkasih ya na kerana sudi bagi akak award ni..jasamu dikenang..hehehe

Thursday, July 2, 2009

Hari Award dan tag sedunia

Penatnya pegi angkut award2 ni..tima kacih ya..Ina, Yatt dan Na..


Award ni drp Yatt dan Azlina..shukriah..Yatt ni akak masuk blog dia sebab suka tgk pinggan2 lama dia..banyak ooo..sampai akak dah terjebak jadi 'hunter' jugak..
Award daripada azlina gak...gracias..tegur ina masa dia dok belajar buat blog dgn razna..sekarang ina dah terror habis dah

Another one from Azlina..toce2....

Sejambak bunga tulip drp..Razna..xie-xie ni...suka p blog razna..w/pun dia tak tulis byk2 tp dia selalu display hasil kerja blog2 lain, so tak yah susah2 hop sana sini nak tgk hasil decoupage.

Mula2 daripada Yatt..
1.Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra

2.Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui ‘backlink’ dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.

3. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka. - just mention only....not tag them...
Nak bagi kat Inna(merah samar), ani (justmeanie), MrsNor(hobi dan kehidupan)rozie(dapurkayu),Itajeff(smtg to share), fitty,ryana,Ain,combi, marsya dan ummie77

Tag daripada Razna


1. NAMA TIMANGAN ANDA....

kat kg ahli keluarga panggil 'Sarina'..hehe



2. ANDA SEORANG YANG....

suka buat joke..berusaha kalau nak sesuatu..hehe


3. INSAN YANG TERISTIMEWA....

My hubby,mother, anak2 dan my siblings

4. LAGU KESUKAAN...

asal sedap dengar suka, tak kira rancak ke slow ke...hehe


5. MAKANAN KESUKAAN ANDA....

tak ada yg specific..apa yg sedap makan aja..rezeki tak tolak..kalau tak sedap makan sikit je, kalau sedap wat muka tak malu tambah dan tambah lagi..siap korang semua kalau akak p rumah...

6. SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS.....

janji tak ditepati..hubby faham ni..kalau dia dah janji apa2..jgn la nak cancel..

7. WARNA KEGEMERAN ANDA.....

Entah..kadang2 suka oren, pas tu hijau, kuning, pink..tgk barang/kain..

8. BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG...

H/phone, $ , IC..kira dah blh survive dah kalau ada benda2 ni

9. KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS....

Selalu cemeng kan...sampai tak ingat bila..

10. TAG UTK 6 RAKAN ANDA.....
Nak tag : MrsNor, Itajeff, Ryana, Ani,marsya,Hanim

Thursday, June 25, 2009

Tag dari Kak Yon dan Inna Merah Samar

Terima kasih Kak Yon dan Inna kerana bagi award ni...sama la..so buat sekali gus, selamatlah jari nak menaip.

1. Copy badge "2008 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
Ok dah copy....

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Mula2 Kak Yon yg bagi, namaku paling atas pulak tu..maknanya Kak Yon betul2 ingat kat aku dulu la drp org lain...betul tak kak Yon...then si inna yg manja tu pulak suruh ambik award kat blog dia..sekali tgk sama pulak...tak apalah, naik vespa lama itulah sama serentak..hehe..mereka ni kenal kat alam maya sebab sama2 minat english home deco, masa ni mcm belum banyak blog yg english home deco...so mcm close dan selalu jenguk2 mereka serta tinggalkan komen..

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!)
Fakta ttg diri ni kalau sama dgn yg dulu tu tak apalah kan, aku cuba tambah2 sikit supaya ada kelainan..byk fakta ttg diri seseorg ni..kita nilai lain org tgk lain kan?
a. Suka dtg lebih awal dr masanya...tak kiralah kalau nak jumpa seseorang ke, ada meeting ke, pegi sekolah ke..jgn tak tau, belum pukul 6.00 pagi aku dah bergerak ke sekolah...
b. Suka english deco..sekarang pulak suka collect pinggan2 lama...sungguh tergoda..sebab tu skrg ni aku tgh selsema sebab semlm pegi hunting kat kedai apek, korek dalam almari dulu2, yg dah berabuk2...hehe
c. Suka shopping...tak suka window shopping...
d. Suka kucing..hmm dari kecik lagi suka pelihara kucing
e. Suka pokok bunga..tp sekarang mcm slow sikitlah..tak tau kenapa..padahal masa sekolah rendah lagi suka tanam pokok bunga ni
f. Cepat menangis...kalau citer kat TV tu tak kisahlah citer apa, bahasa apa, asal ada sedih sikit dah meleleh air mata..cemeng betul
g. suka betul simpan barang2...mcm ada je kegunaannya nanti..dalam kata lain tak suka buang2 barang walaupun tak guna..tu yg bersepah je rumah ni
h. org ckp muka aku ni serius, takut nak tegur..ya ke? aku biasa2 je..tak ada pun rasa gitu..ni bukan fakta lah ya..ini auta..
i. Kalau kak yon suka nyanyi aku ni suka juga seni2 ni..spt nyanyi(penah masuk ptandingan masa kat sekolah dulu tp tak menang..hehhee) suka menari..tiap2 tahun wakil kelas masa sek dulu sebab zaman dulu ada pertandingan tarian antara kelas..ada jugak la menang..kat UITM pun penah menari wakil DBS course..hehe....sekarang tak la..nnt org ckp buang tabiat pulak kan..
j. Suka melukis...org ckp ok lukisan aku...cikgu2 PSV pun puji tp aku rasa tak memuaskan hati..hish..hish..so aku melukis bila ada mood je..dah tua2 ni..tak larat lagi nak dok lama2.....

Ok...aku nak tag orang2 ni:
1. Ryana..lama menyepi..sila buat tag ya
2. ItaJeff..mcm sama je minat dgn aku ni..
3. Ain...selalu bagi komen kat blog aku
4. yatt..ratu pinggan antik..kalau dah kena tag tak apalah
5. Ummie77..cikgu jugak..nak juga tau fakta ttg diri anda........

Sunday, May 3, 2009

award dari inna


Selain pandai menghias, buat decoupage..rupa2nya adik inna ni pandai jugak buat award..terima kasih ya Inna, cikgu bagi A...lain kali bagi lagi ya..buat yang cantik2 ...