Showing posts with label family trip. Show all posts
Showing posts with label family trip. Show all posts

Sunday, December 5, 2010

Family Trip to Langkawi Island

Seronoknya bila hubby cakap 'jom kita p langkawi'..hehehe...tugasku book tiket, hotel dan cari mana tempat2 utk dilawati...keja sonang tu..

Sesiapa yg nak ke langkawi dan plan nak duduk dua hari dua malam, rasanya bolehlah jadikan n3 ni sebagai panduan...

Hari pertama 30hb(selasa) tu kami sampai dah petang, dlm pukul 3.00..then sewa teksi kat airport, murah juga, mereka charge RM160 hingga kami balik, hari Khamis petang...dari airport terus p check in hotel...sebab hari tu tak tahu hotel mana nak duduk, main tekan jer kat tenet..kami tinggal kat D'SA motel, kecil tp bersih la...ingat kalau tak selesa nak tukar hotel tapi bincang dgn hubby, kami stay jer kat situ...lagipun paling lama tidur jer, sebelah siang byk aktiviti..kalau uol nak hotel lain kat pekan kuah, ada Baron Hotel, Bay View Hotel ...dll

Lepas tu habiskan petang tu untuk shoppingggg..hehehe..ada 2 sebab kenapa kena shopping hari pertama...jeng3..pertama supaya hati tenang aja sebab dah shopping dan boleh menikmati agenda2 seterusnya dalam keadaan aman tenteram..:) ..kena bagitau kat che abang tu..kalau tak mesti moyokkk jer..kedua, boleh pack brg2 yg dibeli lebih awal, jadi kita tau beg tu masih boleh isi ke lagi, kalau masih kosong nnt hari seterusnya bolehlah selit utk bershopping lagi...hehehehe

Tempat2 shopping yg BEST...kat Ismail Group..ada beberapa kedai Hj Ismail Group ni, cari kedai yg jual pinggan mangkuk ni..senang nak cam, semua colour hijau macam kat bawah ni...round jer pekan kuah tu, mesti jumpa..

Lepas tu p cari pekan Rabu, jalan menuju ke jeti..kat situ ada RAM's..lupa pulak ambik gambar kedai ni... trademark dia warna pink...sebenarnya aku lebih suka kat sini drp kedai Hj Ismail..


Satu lagi tempat kat Idaman Suri..jalan air hangat..jln terus..hingga jumpa bangunan kuning kat bawah ni, sebelah kanan jalan, besar bangunan ni, senang cam..kat sini boleh rambang mata tau..bingung sekejap..tak lama, lepas tu boleh la shopping dgn waras..heehehe

Ada lagi satu tempat shopping.. Zaina's Home deco, bersebelahan je dgn bangunan Idaman suri ni, macamana entah aku boleh terlupa ..semua info ni aku dapat daripada Danisya Kifli..rakan blogger dan FB yg keja kat Langkawi..credit to her..toce2..

Apa barang2 shopping...secara ringkasnya...coklat, cadar, quilt..pelbagai jenis sudu, barang2 berupa teaset, dinnerset vantage dan bukan vantage..dan macam2 lagi...
Hari Kedua...dah puas shopping jom kita jalan2 kat tempat yg menarik dan tertarik, dan bersejarah....hehehe
Kalau dari pekan Kuah, mulakan dengan melawat makam mahsuri..

Rumah mahsuri...
Telaga mahsuri

Lepas tu teruskan ke Padang Mat Sirat, kawasan beras terbakar...tak ada beras yg keluar, masa kecik2 dulu aku penah cari beras terbakar kat situ, masa tu belum di pagar macam sekarang(keluarga belah abahku ada tinggal kat sini..dan arwah abahku memang asal dari Langkawi)..sekarang mereka tabur beras biasa..warna putih...sepatutnya tak payahlah buat gitu, biar aja kawasan tu..


Adalah juga depa letak kat dalam bekas cermin sepinggan beras terbakar)...pinggan kangkung youuu..

Dari situ teruslah ke Oriental village...tapi melalui tempat ni dulu..berhenti kat sini sat ambik gambar..cantik sangat, dgn yacth bersusun2 mcm kat obersea..

Cantik bangat kan...
Kat oriental village pun cantik gak..macam kat europe..
Rupa2nya cable car kat sini juga..sesat juga kami mencari sebab tak ada petunjuk..cable car ni buka jam 9.30 pd hari2 lain..kalau hari rabu jam 12.00, kebetulan pulak kami pergi hari rabu, terpaksa la round2 sementara menunggu. Tepat jam 12 p sana, org dah beratuq panjang..hehehe..bayaran rm30 utk pelancong dan rm15 utk malaysian citizen, kena tunjuk IC tau..


Baca kat info..paling curam di Asia Tenggara..aku penah naik cable car kat genting, mmg yg ni curam sangat2..my boy pucat gak takut..aku tak rasa apa pun, tak tau kenapa..kalau naik k/terbang w/pun dah selalu naik, perasaan takut tu sentiasa ada, mcm2 ayat baca...hehehe..

Sebelum ke underwater world, singgah makan tengahari kat rumah sepupu arwah abah di Kuala Teriang...(kena jemput tau..bukan main terjah jer..hehehe)

Turun dari situ boleh terus ke Underwater World..aku dan husband tak masuk, hanya my anak teruna dan dara ku je masuk, kami jalan2 kat kedai di luar...sebab dulu dah penah masuk sini...


Hari terakhir....jumpa sya sekejap then ke kawasan jeti..kat dataran lang..bergambar dgn burung helang ni..

Lepas tu cover belah atas pulau langkawi, terus ke Telaga Air hangat..masih under rennovation, tp ada satu perigi dibenarkan utk cecah kaki..

Terus lagi ke tanjung Rhu...ada pulak che zah dok posing kat situ ya..hehe..sepatutnya boleh ambik package p boating dan bagi makan helang kat hujung jalan tanjung rhu ni..tp takut tak sempat nak check out kami tak p..kalau awal2 tau kat sini tempatnya, kelmarin tu boleh squeeze in..tak pe lah..lain kali aja..

Lepas tu balik hotel, check out, Disebabkan flight pukul 5 kami sempat lagi ke view point ni..termengah2 aku panjat bukit utk view kawasan lapangan terbang dari sini..cantik2

Lepas tu ke kawasan beras terbakar untuk makan tengah hari dan sempat lagi melawat saudara belah arwah abah kat situ...kul 3.20 baru p airport, hantar kereta dan check in...

Tips..kalau nak beli souvenir mcm key chain, beli kat gerai2 di kawasan beras terbakar, lebih murah....T-shirt pulak kat gerai2 di Kuala Teriang...

Sayonara langkawi, hingga berjumpa lagi...penat tapi puas hati....hehehe..dan terima kasih banyak2 kepada Sya kerana banyak membantu...

Sunday, May 30, 2010

Jom ke Sandakan!

Alhamdullilah..selepas 6 jam perjalanan..lebih kurang 325km jauhnya, kami sampai ke Sandakan..jalan slow jer, berhenti sana-sini..ambik gambar, makan..taklah kelam kabut sangat sebab attend wedding pun malam....

Jom kita sama2 lalui perjalanan ni bersama..

Jambatan Tamparuli......


Pak pak kang kudo

Sumunsui dot jambatan

Jambatan dot Tamparuli

Pakasut tinggi oku

Sumunsui dot jambatan

Jambatan dot Tamparuli
Tau tak lagu kat atas tu??? haa ni lah Jambatan Tamparuli..tak panjang pun..mungkin jambatan ni antara yg awal terbina kat kg tu..itu yg mereka abadikan dalam lagu...aku rasalah...

Sepanjang jalan ke Ranau, kita dapat mengintai gunung Kinabalu yg muncul di sana-sini sebab jalan berliku2.. cari spot yg strategik, dgn keadaan cuaca yg baik...nampak real betul

Zoom puncak gunung...nampak batu-batan yg disinari mentari...

selepas melalui Pekan Ranau..kita lalu satu jambatan yg merentangi jalanraya menghubungkan bangunan sekolah di kiri dan kanan jalan....sekolah apa ya..lupa pulak..kalaua tak silap, SMK Maturang Jaya..esok tanya hubby, depa 3 beranak dah tidur dah....

Wahhh jauhnya lagi...nampak tak Sandakan 222km...

Kat sini macam redup, sunyi dan seram sikit..kalau malam2 lalu sini dan kereta rosak tentu tuan kereta tu pengsan dah...

Masuk daerah Beluran, banyak jalan yang rosak..punya sakit badan dilambung2...aduh..aduhh..

Pekan Telupid.....

Tenet laju..tapi mataku dah kuyu..badan pun penat..esok sambung insyallah....

Sunday, February 7, 2010

Tamu at Gaya Street-part 1

Pukul 7.00 pagi my dotter and me ke Tamu kat Gaya Street...beli gelang krystal dan beberapa brg lain utk my dotter bawa balik KL .... pukul 3.30 petang tadi..dah terbang dah..huhu..baru sms tadi, skrg dlm teksi nak balik rumah sewa dari airport..

Awal pagi, orang belum ramai, so sempat la snap sana sini..sebab masa YM dgn Yatt, Yatt bagitau dia nak tgk mcmana rupa tamu tu..so Yatt dear..this is it..

Tamu Gaya street ni terletak di jalan Gaya, di tengah2 bandaraya KK...sebab CNY is around the corner, byk pentas2 khas utk sambutan CNY sedang didirikan..dan suasana meriah dihiasi lampu2 merah...Gaya street yg nampak terus ke depan ya....bukan yg kereta dan motor lalu lalang tu..

Salah satu gerai yg menjual mutiara dan crytals...mcm2 ada....memang rambang mata lo..

Gong tembaga memang sinonim dgn penduduk bumiputera kat sini dan mangkuk2 antik yg jangan ditanya harganya...ni yg dari dinasti cina dulu2 kot, mungkin brg2 tembikar yg tertanam atau terbenam dilautan...mahal bangat tu..

Pokok2 bunga ...belalai gajah..mcm2 warna

Kucing pun ada dijual...siannya...

Dah ada mood nak buat n3..line tenet pulak slow....gambar2 lain akan dimasukkan dalam n3 seterusnya...

Thursday, July 30, 2009

Dari kelmarin dok pening kepala tak habis2, so eloklah juga pegi cuti2 mesia kan?..nak pegi mana tu che Zah.....?
Hehehe...Pegi kat atas ni..kuching Sarawak..bukan pegi bersama keluarga tapi dgn rombongan cik Zah seramai 5 orang..esok petang bertolak dari KK menaiki k/terbang tambang murah AirAsia...Ahad malam baru balik noo..so che zah tinggalkan untuk tatapan adik2 dan kakak2 sekalian pelita yg baru dapat, ada beli lebih, kalau sapa2 nak bagi tahu kat komen box je, nnt balik dr kuching, tgk lah mcm mana....tak jual mahal, jgn takut..saja rembat byk2 supaya tak kena borong dgn 'mereka' yg ambik untung byk2 tu....
ni la dia, ok akak namakan p1..cermin yg warna merah ada sikit je, warna putih adalah
Close up bunga..
Pelita kedua (P2), akak dah ada..tp beli gak kalau ada kawan2 yg nak..
Tak terang sangat gambar ni..kalau nak tgk clear bukak label pelita kat blog akak ni...
Ok see you all next week..tata...

Sunday, January 11, 2009

funfair

Lama dah my son dok merengek mau pegi funfair. Tiap kali pass by the funfair area, dia tagih..so last night we all p lah, best friend dia, Adam pun ikut..sekurang2nya ada juga kawan dia nak main kat situ, tak lah we all yg jd budak2 naik all the ride tu...
Macam octopus kan..

Ni pulak pusing2 ikut music..

Ada lagi gambar nak masuk..tp problem betul nak upload gambar...keluar yg biru..internet explorer cannot display the webpage..2 keping gambar ni pun dekat seminggu dok upload..tu yg malas nak buat n3 baru..menyampah betul

Sunday, December 7, 2008

Sunday morning at Tanjung Aru Beach

My son really loves going to the beach and we are fortunate to live just a stone away from the beach. After all it has been a long time since our last trip so we decided to take him there this morning. The weather is quite frizzy with mist of rain from the early morning..no sunshine at all. Here are the photos taken this morning...as usual, I'm using my cheap handphone to capture the beautiful view...pardon me for that...


Waterlillies found at one part of the beach
The sea view....just ignore the rubbish floating with the water..old habits die hard..you knew it..


The pile of stones to prevent sea erosion..it was not here even last yr....please save our world.....

The long beach that is exposed to the natural disaster caused by human being

The beautiful scene that healed my migraine this morning. Will it stay that way forever?