Showing posts with label set cawan lama. Show all posts
Showing posts with label set cawan lama. Show all posts

Thursday, July 8, 2010

Hunting Kat Papar

Minggu ni aja ada 3 berita yang tak seronok kudengar...pertama selang 4 buah rumah drp rumahku telah dimasuki perompak..mcm kejadian di rumahku, mereka masuk waktu t/hari dan masa tu isteri tuan rumah ada sorang2 dalam rumah. Dia kena ikat dan yg paling tragis, dia hampir kena rogol, nasib dia tgh mensus, so perompak tu tak jadi...aduiii...skrg ni aku dengar bunyi sikit aja pun terus terbangun..tp tuan rumah tu kira lalailah jugak sebab tak tutup pintu pagar dan terus buka pintu depan bila dengar kereta masuk...

Berita kedua yg tak best...pos malaysia dah naikkan harga pos udara..huhu..nampaknya kami kat Sabah ni tak dapatlah nak mengorder online, kalau order barang pun kena tanya kos pos dulu, dibuatnya postage lebih mahal daripada brg, kes naya..bayangkan topi nyonya yg ringan melampung tu rm40 utk postage saja, nasib baiklah Har ni jenis yg paling balik hati, dia selalunya menetapkan harga pos selepas mengepos barang....

Berita ketiga yg tak seronok didengar ialah Jerman kalah semlm !..tapi aku tak adalah sampai nak gantung diri, nak minum racun atau nak hantuk kepala kat dinding..cuma aku tak sokong Spain sebab.......kerajaan sepanyol membenarkan kanak2 perempuan melakukan abortion....nah..itu yg aku tak mau sokong..jadi final ni aku sokong Belanda pulak....go holand go...tapi sebelum tu aku rasa nak tangkap sotong yg bernama paul, kalau dia ramalkan holand menang aku let him go, otherwise..kita goreng dia....hahaha


Ok kita fokus title di atas pulak ya(asyik bebel aja)...inilah hasil hunting masa pergi Papar hari tu. Penjual tu cakap set ni lama dah, kedai tu bapanya yg punya dan dulu bapanya jual pinggan mangkuk..tapi cerita yg sama kudengar, banyak yg dah habis kena beli kat orang lain..kedai ni kedai lama dan barang2 pun banyak yg lama2..tapi itulah tinggal saki baki aja..

Cawannya jenis tebal dan seakan jenis pyrex yg dulu2..tapi kat belakang tulis 'snowflake'

Aku dapat 6 set...dan bunganya...entah..tak tahu..pandai2lah korang bagi nama sendiri ya..
Nanti aku tunjukkan beberapa lagi barang lain yg beli kat Papar....