Showing posts with label kad ucapan. Show all posts
Showing posts with label kad ucapan. Show all posts

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Haji

Kepada semua kawan2 yang berkunjung ke sini, semoga pengorbanan yang dilakukan dalam semua perkara diberkati Allah S.W.T.....


Allah huakar...Allah huakar ...Allah huakbar...

Sunday, May 8, 2011

Kad Hari Ibu daripada Mat Gebu

Terima kasih Mat...semoga mat diberi kesihatan dan kudrat untuk menjaga ibu mat....dan Selamat Hari Ibu kepada Semua...

Wednesday, November 17, 2010

SALAM AIDIL ADHA

Tugu peringatan yang dibina di tapak nahas kapal terbang yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah dan beberapa orang menteri yang lain di Sembulan Kota Kinabalu 1976

http://en.wikipedia.org/wiki/Double_Six_Tragedy


SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA RAKAN BLOGGERS DAN SILENT READERS SUDI YANG MENGUNJUNGI BLOG AKAK INI...HAYATILAH ERTI PENGORBANAN YANG SEBENARNYA, SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT PETUNJUK DAN HIDAYAH DARIPADA YANG MAHA ESA...

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya!

Alhamdulilah dah selamat sampai kampung malam ahad lepas....blog masih sekali sekala saja dapat update kerana slow ya amat...kalau nak upload gambar pun, gambar yg kat dlm tenet jer boleh, kalau kat folder tunggu rimau tumbuh janggut pun tak dapat...

So my e-kad raya tahun ni simple aja..copy paste dari tenet..nak beger2 dah tak boleh...anyway yg penting ingatan kpd kwn blog(yg semakin sunyi sepi dah juga) tetap ada............dikesempatan ini diucapkan :-

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF DARI HUJUNG RAMBUT KE HUJUNG JARI KAKI JIKA ADA PERKATAAN DAN TULISAN YANG MENYINGGUNG BLOGGER2 DAN SILENT READERS....YG BAIK TENTUNYA DATANG DRP ALLAH DAN YG TAK BAIK TU DARIPADA DIRI KU...........BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadan

Buat semua pengunjung blog ni...semoga dapat menjalankan ibadah berpuasa dengan baik...ampun maaf diminta jika ada terkasar bahasa, tercuit perasaan dan yang terlebih dan terkurang..........

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru


KEPADA SEMUA GURU SEMOGA ANDA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN LEBIH GIGIH DEMI ANAK-ANAK ALAF KINI YANG SEMAKIN MENCABAR...BE A 'HAO LAOSHI'

Petikan kata2 guru:-

Sedihnya..membaca dan menghayati sajak ini..bersyukur memilih kerjaya ini..Biarpun tidak dihargai di dunia..semoga Allah menghargai kita di akhirat..Amin ~ anni

kerjaya guru semakin mencabar tapi semakin tidak dihargai. W/bgmn pun amanah tetap dipegang, janji tetap dikota.~ Zai

buatkan saya rasa tak sia-sia pilih kerjaya guru~Zarin

Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sunday, May 9, 2010

Kad hari Ibu drp Yah dan Inna

From Yah @ yayacotage.blogspot.com

Daripada Inna @ saljuseripagi.blogspot.com

Terimakasih Yah dan Inna

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu

Untuk semua pengunjung yang bergelar ibu...Selamat Hari Ibu...

Sila ambil kad ni ya...

Semoga menjadi ibu yang sentiasa penyayang dan disayang....

Friday, December 18, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sama2lah kita berhijrah menuju kearah kebaikan..semoga beroleh segala limpah kurnia drp ilahi..amin..