Showing posts with label Trip to Kuching Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Trip to Kuching Sarawak. Show all posts

Friday, August 7, 2009

Kuching Trip - part 2

SAMBUNGAN CERITA...
Malam Ahad, Pengarah...(tut)...yg tolong urus transport kami sepanjang masa di sana ajak keluar jalan2. Walaupun dah penat, pegilah jugak, org nak bawak jalan kan..mula2 pegi Petrajaya, tenguk bangunan DUN yg baru dirasmi sempena mesyuarat majlis raja2 hari tu..cantik, umpama diamond yg berkelipan pada waktu malam...
Bangunan ni akan jadi mercu tanda baru negeri Sarawak...nampak gaya Sabah kena lawan ni...gambar waktu siang tgk n3 part 1, yg nampak seberang sungai (gambar raggeta tu)

Then pegi ke tepi sungai..gelap la sikit gambar nih, sebab akak tak mahir gambar mengambar ni, kalau Che Mat Gebu, mesti dah mcm2 pose dia buatkan

Nampak le hotel2 gagah kat seberang sana..hotel2 ni RM200++ satu malam..masa tahun 2007 kami tinggal kat sini sebab pergi satu malam je..kali ni 2 mlm, kena lah berpada2 supaya dpt shopping byk..hehe....then dia bawa kami pusing2 Petrajaya dan balik ke seberang sana (entah mana sana, mana sini dah..hehe)ikut jambatan yg ada toll booth..(first toll in Sarawak)..Sabah belum ada..tapi tak payahlah ada toll.. , menyusahkan den jo....kemudian singgah restoran J&J..mula2 order air dgn roti canai je, dia suruh cuba mee kolok..sebenarnya dulu dah cuba mee kolok dan laksa sarawak..tapi tak blh ngam dgn tekak..tu yg malas, takut membazir..dia kata kat situ sedap..kami order satu mangkuk saja dan kongsi...sedap la pulak..ishh..malu la nak order lagi sebab tau dia akan bayar..habis dia pengarah kan, kami cikgi je...hehehe

Malam tu akak tak boleh tidur...pulak dah..sekejap je tidur lepas tu terkebil2..ni mesti sebab pekena teh tarik..bangun.. semak kertas lagi..kes geram la tu...alhamdulliah, keesokkan harinya tak pening kepala..

Ahad 2/08/09

Pasar Satok....Ikan terubuk..ada gak yg Rm10, 4 ekor dan RM10 utk 3 ekor

Selepas breakfast, kami ke Pasar Satok..beli ikan terubok...sedap ni makan masa bulan puasa, semalam dah goreng sikit..hmm sedapnya..mesti kawan2 terliur kan...hehe..lepas tu beli lagi kain pua..kat sarawak murah betul kain pua ni (nak letak kat rumah mak kat kg, rumah aku tak boleh byk2 nnt lari tema Inggeris..hehe..rasanya belum lagi tercapai tema tu..)..pusing2 lagi beli bag yg dibuat drp tali rotan, murah gak..nak beli byk takut tak muat bag, so beli 2 saja..gambar tak snap kat sini..sibuk shopping lor..hehe...

Lepas tu kami bertolak ke muzium kuching...tak ambik gambar sangat..gambar patung kuching je yg banyak..
Dekat entrance masuk..

Then, pergi ke Santubong Resort...sempat la ambik gambar gunung Santubong...alkisahnya ada 2 puteri iaitu puteri Santubong dan Puteri Sejinjang bergaduh..Puteri sejinjang tetak Puteri Santubong, sebelum mati Puteri Santubong cincang Puteri Sejinjang dan badannya hancur jadi Pulau Kera..(kalau gaduh main tarik2 rambut kan ok sikit, ni main kasar, kan dua2 dah kojol).
Nampak tak mcm org terbaring..ini lah konon2nya MAYAT (seram pulak)Puteri Santubong

Tinggi gak hidung Puteri Santubong tu..hehe

Ni gambar jauh..
SANTUBONG RESORT

Sebelum balik ke hotel, tak sah kalau tak beli kek lapis yg terkenal di Sarawak..iaitu kat Dayang Salhah di Kg Gersik, Petra JayaMacam2 perisa ada, tapi my hubby tak suka sangat, dia ckp mcm sama je rasanya...kek tu punya colour..boleh membunuh(semua terang2)..satu ketui tu RM10 (standard price, kat bandar Kuching pun sama rega) tapi kalau beli 10 dapat satu free..

Balik ke hotel dah pukul 1.00, check out time, kami continue bayar untuk satu bilik bagi 'urus diri' dan kemas2 barang..flight balik pukul 10.30malam..

Lepas kemas brg turun, cari makan(kalau sapa2 nak tinggal sini nanti, keluar dari pintu hotel pegi sebelah kanan, ada restoran melayu kat situ...dekat sangat..so ok kan hotel ni...maklang azie tu tgh pelan2 tu kan?hehe)

Lepas makan, yg lain naik ke bilik, aku ajak kawan yg kuat sikit, teman pergi hunting lagi..hehe..kedai yg kelmarin dah tutup..so jumpa kedai yg lain dan sudah semestinya brg2 lama yg dapat pun lain..nnt aku n3 utk kedua2 hasil hunting ni...hehe..sabar yo..
Sempat lagi ambik gambar deretan kedai..yg khemah2 putih tu jual kraftangan sempena ragetta dan hari bandaraya..

Haa..dari satu bag, dah tambah 2 kat atas..

Nampak tu..yg kat sebelah tu..siap beli tikar lagi...mcm sorang ada 4 bag..hehehe...

Pukul 12 tengah malam baru sampai KK..esoknya pening kepala satu hari..mengajar tetap mengajar jugak...hehe...masih tak puas hati sebab kedai2 yg jual pinggan2 lama byk yg tutup masa pegi tu..kalau tidak mau 6 bag aku bawak balik...hehe.....happy reading...

Tuesday, August 4, 2009

Kuching Trip - part 1

Jumaat 31/07/09..
Cepat2 balik dari sekolah sebab belum pack barang lagi...pagi tu demam, tp pergi jugak sekolah sebab ada taklimat teknik menjawab soalan P.Moral SPM kat SM Teknik Likas..tak nak miss nnt rugi, seram sejuk dok dlm aircond kat bilik gerakan sekolah tu, mengerang2 menahan sakit. Masa rehat 10 minit tu telan panadol, after like half an hour badan panas pulak..,then dah dekat nak habis taklimat tu, baru rasa ok sikit (mungkin semangat nak berjalan buat badan cepat sihat kot..hehe)...flight pukul 4.50 petang, tp pegi awal kat airport, kot2 la jalan jam ke..

Sampai Kuching jam5.30 petang..terus ke hotel yg dah dibooked awal..sampai je kat depan hotel, masing2 mcm tercengang..haa..hotel ke ni?..alamak..bau parit kat luar hotel tu kurang menyenangkan...jalan kat depan hotel ni pun sesak gila..dah check in..naik ke bilik sekali lagi kami terkejut badak..bau bilik busuk (mcm penyewa sebelum ni smoking kat dlm tu..), cadar dan selimut lusuh, bilik tak berapa bersih..then kami pegi makan kat belakang hotel tu..org ramai tapi tempatnya agak kotor(mcmana depa lalu makan kat sini), pusing2 semua mcm sama je tahap kebersihan..mau tak mau duduk juga kat gerai yg agak2 ok..service memang lambat sebab customer ramai...sampai hot dah che bedah, che kiah yg lain..aku cool je(hehehe)....sambil mkn kami bincang mau cari hotel lain mlm tu jugak..call sana sini, last2 dapat harbour view hotel..then balik ke hotel,..aku la tukang ckp sebab aku ni cool sikit banding dgn yg lain, lagipun mereka takut..(aku berani2 takut..hehe)..aku cakap kami nak check out mlm ni..the man kat kaunter tu mcm terkejut, kenapa?...aku bagi alasan budak2 tu tak mau sebab bilik tu kecil..(kawan aku ada bawa 3 anak aged 4, 8 dan 10 tahun...)..burnlah bayaran sewa untuk 1 har ibagi 3 bilik...tak apa..asal dpt bilik bersih sikit....cepat2 angkut bag(nasib la 1 bag sorang je sebab blm shopping..hehehe) naik teksi meredah jalan yg jam giler tu ke Harbour View Hotel. Ada sambutan hari bandaraya kuching, itu yg jam sesangat...

BANGUNAN YG BERWARNA WARNI TU, MEDAN PELITA(hehe mcm tau2 aku suka kolek pelita) GAMBAR BAWAH YG BERDEPAN DGN MEDAN PELITA, WARNA PUTIH TU LAH HOTEL HARBOUR VIEW(ambik masa dlm van...masa dok jln kat bawah lupa nak ambik, habis kalut nak menghunting je..hehe)

Sapa2 yg nak p kuching tu, aku suggest tinggal kat hotel ni..(aku buat iklan ni tak dpt commission ya..)..ada discount utk government servant dan breakfast for 2 lagi..so sangat2 ok...kami pun happylah untuk hari tu....che zah tidur mlm tu dgn nyenyaknya..awal pagi dah bangun(dah biasa) sempat lagi mark paper yg dibawa...tgk akak ni rajin ooo..hehehe..kalau pengetua aku baca, mesti dpt cemerlang lagi tahun ni...hehehe

Sabtu 01/08/09
Lepas breakfast kami naik van ke sempadan sarawak-kalimantan iaitu Serikin, tempat famous de amos bagi kaum wanita kerana sini boleh shopping brg2 yg dibawa oleh peniaga Indon..jom kita tenguk gambar.....

VAN YG KAMI NAIKI KE SERIKIN...

Gerai di Serikin
Ada jual pelbagai jenis telekung..Indon mari..murah la banding dgn harga kat tempat lain
Pelbagai jenis bag..jenama terkenal buatan Indon..hehe
sebab aku ada experience shopping kat situ tahun 2007 dulu, aku ada bawak bag plastik besar supaya tidaklah terkial2 membawa bag2 plastik kecil dan tercicir sana sini...nak tau apa akak beli...3 pasang kain telekung, ready made day curtain, bags(2 je), dan yg lain2 (brg2 kecil..)

penat sakan shopping, kami balik dgn dompet kempis sikit..hehehe..singgah batu 7, beli kain pua..dan jumpa pelita..nnt tunjuk pelita tu ya...

Sebelum balik hotel singgah kat Restoran Bukhari beli nasi beryani..sedap..

Petang kami menyusur tempat2 org ramai di waterfront sebab ada pertandingan perahu regatta along sarawak river
REGATTA ALONG SARAWAK RIVER 2009...

Then...jeng2..kami menyusur main bazaar road hingga ke Gambier road di mana aku dapat hunting teko, cawan dan pinggan lama..thanks Eskay for the information...kat Kuching ni masih senang cari rupa2nya brg2 lama ni..nnt show off kemudian ya brg2 tu...tp punyala penat jalan sebab jauhnya boleh tahan gak..sebab pusing ke belakang kami jalan balik ikut jalan lain...jumpa polis berdiri kat kereta kancil depan balai polis...aku dgn ramahnya mau test kemesraan polis kuching(bukan polis tu rupa kucing ya!..hehe)..tanya jalan short cut ke hotel..dia bagi la direction..aku ucap terima kasih dan sempat melawak lagi..kalau nak hantar kami pakai kereta kancil ni pun boleh gak...dia senyum simpul je tgk ke'daringan' makcik2 KK..hahaha..tak ada aku minta maaf dan ckp, kami main2 je...so nnt sambung dgn part 2 ya..penat la menaip bila umur matang2 gini....chow see you...