Saturday, July 24, 2010

Hasil hunting kat Tawau

Salam semua...fuhhhhh...legaa..untuk upload gambar2 kat bawah ni aku ikut detour road, pegi upload kat Fb dulu, lepas tu copy balik masuk folder my picture, baru upload balik kat sini..bersimpang-siur jalannya...ok adik2, kakak2, ibu2..abang2 ...inilah hasil hunting kat Tawau..termengah2 kakiku berjalan mencari kedai 2 jual pinggan mangkuk, ini saja yg dapat..huhu..

Tutup tureen 2 roses...penutup ini akan bakal berpindah ke Rawang minggu depan...so ni gambar kenangan sebelum berpisah...aku rela kaupergi, kat sana pun akan dijaga oleh tuan yg sama hobi gak...bye2 dear...

Haa..inilah dia tureen kangkung tanpa penutup yg kudapat..kalau ada tuutp mesti cun giler ni..apa macam otai2, ni species yg rare tak?...ada 4 telinga kat kelilingnya..sound system bagus punyer..dan in between bunga kangkung tu ada bunga warna pink..dan chop kat belakang tu, diamond shape dgn tulisan made in china


Nampak kat bawah tu sopek sikit..kesan sopek tu baru, tentu cedera semasa salesgirl tu bungkus sebab tak nampak pun saki baki yg pecah masa buka bungkusan suratkhabar hari tu....

Selain set lengkap bunga rose yg aku tunjuk kat n3 lepas, ada gak nampak tureen bunga bakul warna biru yg ada penutup sekali, tapi aku tak beli, kenapa ya?..sebab dok fikir macamana nak bawa...ya lah masa tu kelam kelibut dah nak p airport, tak boleh nak pack baik2...tak apa bukan rezeki...

Wednesday, July 21, 2010

Update tanpa gambar

Salam semua...lama betul tak update blog ni..entah kenapa susah betul nak upload gambar..tenet sangat2 menyiput, yg herannya kawan2 kat KK mcm Ita, nizie, seri, ryana boleh pulak masuk gambar..betul2 tenet ni nak suruh aku merehatkan diri agaknya

Banyak nak story mory sebenarnya, nak kongsi barang2 yg dibeli tapi....benci betul kalau berjam2 tunggu gambar masih tak keluar2, ada jin ke yg menyekatnya..hish..minta dijauhkan

Pukul 12 tenghari tadi aku baru landing kat Kota Kinabalu International Airport dari Tawau...kelmarin bertolak ke Tawau bawa murid2 ke Pertandingan Kuiz PNB..alhamdulilah kami menang dan 4 Ogos nanti akan berentap kat Putrajaya bersama semua peserta dari negeri2 lain...kalau tengukkan soalan kelmarin, banyak pasal sekuriti, ttg pelaburan..dan konsep2..mana la nak cari info lagi ni ya..ada tak rakan2 kat sini boleh bantu????

Pagi tadi sempat jugak hunting kat apek Tawau sebelum bertolak ke airport...hehehe..masa aja tidak mengizinkan, dan kedai pun byk belum buka kerana masih awal...apa yang aku dapat??? tak banyak......
....Sebuah tureen kangkung yang mempunyai banyak telinga dengan bunga warna pink antara celahan bunga kangkung dan chop kat belakang 'made in china' berwarna merah seperti teko bulat yg rare, dapat kat Sandakan hari tu..sayangnya tureen tu tak bertutup, tp tetap kurembat jua memandangkan aku belum penah tenguk tureen sebegitu di mana2...

Satu lagi penutup tureen bersaiz mungkin 6 in (agak2 saja ni..belum ukur)..bunga twin roses...aku celik2kan mata juga cari badannya setelah salesgirl tu ckp badannya tiada..tp memang sah tak ada disitu...ada nampak jugak set macam ryana jual..set bunga rose yg lengkap dengan cawan teko, sugar dan creamer pot, piring dan platter dgn rega berbaloi2 tapi sebab tak sempat nak repacking semula aku terpaksa tinggalkan dia di situ utk peng'hunter' yg bertuah..huhu..kalau tak boleh jadi modal utk barterkan?

Beginilah set yg jumpa kat Tawau tadi...elok je posing kat rak (ni yg aku beli
drp ryana dulu..gambar lama copypaste drp n3 lama)

Terkilan jugak rasanya tak dapat melawat semua apek2 yg berpotensi kat Tawau..lain waktu lain ketika harap2 kudapat pergi lagi hunting kat sana..jauh tuuuu....ok..wasalam semua

Saturday, July 10, 2010

Teko Comel 5 roses

Alhamdullilah akhirnya dapat jugak teko 5 roses ...bukan jenis teko biasa tapi teko jenis kecil ramping..apa istilahnya ni 'vinegar teapot shape'...??? maaf kalau salah...

Teko ni dapat daripada brother Shariff kat link ni...thanks ya shariff..akak suka berurusniaga dgn shariff.....

Setakat ni aku hanya ada 2 set teacups, mangkuk dan piring 5 roses..sangat2 ciput..entah boleh bertambah lagi atau tidak memandangkan barang semakin susut penawarannya dan kos pulak dah melambung tinggi ditambah pula dgn kenaikan harga pos.....sob..sob...

Friday, July 9, 2010

Tag daripada Yatt dan Kak Yon/kak Rose


Dah lama Yatt bagi tag ni tapi sebab masalah teknikal, ditangguhkan sehingga kini..then dapat lagi daripada kak Yon aka Kak Kak Rose..so sekali harunglah...

1) Link kepada orang yang bagi award ni.
Yattbzgg.blogspot.com
kakrose.blogspot.com

2) Nyatakan sebab musabab anda minat kaler pink
so sweet dan feminin

3) Sejak bila suka dengan kaler pink?
sejak suka dengan English deco

4) Nyatakan 5 barang yang paling anda sayang yang kaler nya pink?

1. My pink sakura set
2. My pink bracelet
3. My pink purse
4. My pink glasses..hehehe
5. My other pink vintage teaset


5) Snap gambar anda dengan salah satu barang kaler pink

Ni gambar lama..so tak boleh masuk muka kat sini...hehehe..my pink sakura teaset yg barter dgn Yatt



6) Tag 5 kawan anda yang minat kaler Pink

Rasanya semua dah kena tag so sampai di sini dulu sayangggg..

Thursday, July 8, 2010

Hunting Kat Papar

Minggu ni aja ada 3 berita yang tak seronok kudengar...pertama selang 4 buah rumah drp rumahku telah dimasuki perompak..mcm kejadian di rumahku, mereka masuk waktu t/hari dan masa tu isteri tuan rumah ada sorang2 dalam rumah. Dia kena ikat dan yg paling tragis, dia hampir kena rogol, nasib dia tgh mensus, so perompak tu tak jadi...aduiii...skrg ni aku dengar bunyi sikit aja pun terus terbangun..tp tuan rumah tu kira lalailah jugak sebab tak tutup pintu pagar dan terus buka pintu depan bila dengar kereta masuk...

Berita kedua yg tak best...pos malaysia dah naikkan harga pos udara..huhu..nampaknya kami kat Sabah ni tak dapatlah nak mengorder online, kalau order barang pun kena tanya kos pos dulu, dibuatnya postage lebih mahal daripada brg, kes naya..bayangkan topi nyonya yg ringan melampung tu rm40 utk postage saja, nasib baiklah Har ni jenis yg paling balik hati, dia selalunya menetapkan harga pos selepas mengepos barang....

Berita ketiga yg tak seronok didengar ialah Jerman kalah semlm !..tapi aku tak adalah sampai nak gantung diri, nak minum racun atau nak hantuk kepala kat dinding..cuma aku tak sokong Spain sebab.......kerajaan sepanyol membenarkan kanak2 perempuan melakukan abortion....nah..itu yg aku tak mau sokong..jadi final ni aku sokong Belanda pulak....go holand go...tapi sebelum tu aku rasa nak tangkap sotong yg bernama paul, kalau dia ramalkan holand menang aku let him go, otherwise..kita goreng dia....hahaha


Ok kita fokus title di atas pulak ya(asyik bebel aja)...inilah hasil hunting masa pergi Papar hari tu. Penjual tu cakap set ni lama dah, kedai tu bapanya yg punya dan dulu bapanya jual pinggan mangkuk..tapi cerita yg sama kudengar, banyak yg dah habis kena beli kat orang lain..kedai ni kedai lama dan barang2 pun banyak yg lama2..tapi itulah tinggal saki baki aja..

Cawannya jenis tebal dan seakan jenis pyrex yg dulu2..tapi kat belakang tulis 'snowflake'

Aku dapat 6 set...dan bunganya...entah..tak tahu..pandai2lah korang bagi nama sendiri ya..
Nanti aku tunjukkan beberapa lagi barang lain yg beli kat Papar....

Wednesday, July 7, 2010

GIVE AWAY KELLY

PERTAMA

Piring bujur bunga kangkung dan ros merah putih OC



KEDUA

Set Ros warna-warni ( Teko & 6 cawan + piring )
Pinggan bujur ( 2 )



KETIGA
Set ceramic ( Teko & 4 cawan + piring )
Teko sakura
Piring bulat ( ros pink )

Walaupun lambat sebab ada masalah tenet...akak war2kan di sini giveaway dari kawan kita yg tahan lasak ni

http://mrskellywalther6969.blogspot.com

Syarat - syaratnya : )

Tarikh give away ni bermula dari 3 Julai hingga 31 Julai 2010

Terbuka kepada follower blog Kelly's Life yang kat Malaysia saja ( so siapa yang nak join, kenalah jadi follower blog saya ) akak dah jadi follower tau

Iklankan / buat N3 mengenai Give Away ni kat blog masing2 supaya ramai lagi kawan - kawan boleh join..tgh wat iklan ni

Jangan lupa linkkan Kelly's Life dalam blog ya ..dah

Dan tinggalkan komen dalam N3 ni...komen kat Cbox tak diambil kira..rasanya dah lama tinggal komen..

Nama, no h/p dan alamat untuk dihubungi sekiranya berjaya dalam Give Away ini
kalau dah berjaya nanti akak bagi alamat..

Hadiah misteri buat referral yang paling banyak disebut oleh pemberi komen
Hadiah misteri untuk peserta pertama yang meninggalkan komen di N3 ini
Penghantaran hadiah akan dilakukan dalam pertengahan bulan Ogos, Insyaallah

Mari..mari..mari...join giveaway ni ,panjang lagi masa

Tuesday, July 6, 2010

Surgery ke atas platter 2-tone roses

Walla...percaya atau tidak???....platter yg pecah tu sayang nak buang, hubby pun cakap jgn buang, sayang, cuba gamkan semula...

So..one fine day..aku siapkan segala peralatan sugery..mula2 aku gam satu2 dgn cermat..ada yg pecah kecil2, aku teliti betul2 dan kutip yg halus2 tu dan isikan semula bahagian yg pecah...lepas tu aku guna putty filler..fill kan tempat2 yg nampak rekahan..then sapu dgn kertas pasir...akhir sekali aku sapu dgn clear nail polish.....mcm kalah doktor kan??..hehehe

Cuma kat hujung sebelah kiri tu masih nampak...tak dapek den nak nolongnya....kalau tgk betul2 memang nampaklah..tapi kalau display kat lemari..sandarkan kat dinding...I told you..boleh jadi tipah tertipu....hehehe..oklah tu buat menghibur hati yg retak...

Monday, July 5, 2010

Sayangnya platter 2 tone rosesku

Salam semua........sayangkan???..hatiku pun pecah macam tu gak bila bukak kotak tempoh hari...nak buat macamana ajalnya dah sampai....

Nak masuk gambar2 lain tak dapat pulak..aduiii..dulu celcom, skrg digi pun mcm ni ke??..bosannya..

Sunday, July 4, 2010

Teko kotak

Salam pagi Ahad..tentu peminat Germany dan Spain bergumbira kerana kedua2 team masuk semi final...akak ni pun minat gak bola..hehehe..kali ni jer tak berjaga sakan menunggu, mungkin faktor umur kot..kalau dulu2 masih boleh bertahan...akak ni sokong team German ok...go germany go....

Okay..dah melalut..sempena n3 pertama bergambar kat lappy baru ni, akak tayangkan the one and only teko kotak akak..sedihkan..kalau Yatt dan Welly dah berderet2 teko kotak, akak dapat satu pun dah rasa lega dah..yalah bukan senang nak dapat teko ni sekarang, dan harga pun kus semangat....

Satu peristiwa pahit, pelik, mengelirukan dan mengecewakan berlaku dalam ekspedisi pencarian teko kotak ni..hanya kau dan aku saja yg tau........sebab tu lah walaupun dah lama akak dapat teko ni...iaitu beberapa bulan yg lepas..akak tangguhkan n3...malas nak mengenang peristiwa tu...biarkan ia.....

Terimakasih yang tak terhingga untuk Sis Yatt yg baik hati kerana membantu akak mendapatkan teko ni...kalau Yatt tak tolong memang akak melepas sebab barang2 yg rare begini sepantas kilat akan disambar...lebih2 lagi harganya berpatutan dan mampu milik..sayang Yatt...nnt tolong intai2 lagi ya...muahhhh...

Friday, July 2, 2010

Tenet dah ok

Salam semua..lama tak sibuk2kan diri kat blog sebab line terlampau slow dah gambar2 kat blog pula banyak yg tak nampak...

Yang bersalah dalam hal ni tak lain tak bukan line internet dan lappyku yg dah kena virus...

Semalam dgn penuh rasa syukur...dah dapat lappy baru..sebab ada orang sponsor..sapa lagi kalau tak en hubby itu...since lappy lama tu built in internet, dan tak boleh pakai digi, yg tu pakai celcom yg byk menerima kritikan kerana kelembapannya, maka yg baru ni guna digi bb...alhamdulilah.. ok sikit...harap no more trouble mable....hehehe..

Since gambar tak masuk lagi kat lappy ni, maka berita hari ni disiarkan tanpa gambar....adioss..jumpa lagi ya..

Sunday, June 27, 2010

Baru balik Kursus

Penat betul, tambah pulak sakit kepala...tapi enjoy betul kursus tu w/pun yg part ceramah den tak dapek nak menolong mata yg kuyu menunggu badan rebah.. dok ingat katil jer..hehehe..tapi semalam tak lena tidur sangat, ginilah selalunya penyakit kalau tidur di tempat lain..tu yg kepala sakit..tapi rakanku satu bilik lagi haru, sekejap jer dia lena..sebenarnya memang ramai yg ada penyakit macam ni kan?? tapi selalunya kaum hawa la, kalau kaum adam letak kat mana pun mereka lena kecuali kat medan perang kot....betuiii ke kaum ada??...tapi kan depa ni kalau tgk bola sanggup bersekang mata tu....hehehe....

Aduiii..boleh pulak semalam lupa nak bawak kamera..mangkuk betul...tapi kalau mangkuk lama tak pe gak...hehehe..so semalam tumpang2 la kamera rakan2 guru yg lain, tak lah banyak gambar yg dapat ambil sebab nama lagi menumpang , kenalah sedar diri sikit.....



So layan je lah makhluk pelik yg ada kat dalam air ni, umpama manusia ada tangan kakinya..kuasa Allah yg maha besar......semoga semua insan sedar akan kebesaranNya..
Chowwwwwwwwwwwwwwwwww...

Friday, June 25, 2010

Borneo Paradise Beach Resort, Kinarut


Borneo Paradise Beach Hotel, Kinarut

Salam semua...lama tak buat n3...sebab menyampah tenguk blog yg dah tak nampak beberapa gambar, in fact, header pun kosong jer...tak menarik langsung...memang you all nampak gambar2 tu, sebab beberapa kawan cakap tak nampak cacat celanya, mungkin tenet ku sangat tenat dan laptop ni dah bervirus, tu yg lembab semacam,..pegi lawat rumah kawan2 pun macam tu, itu yg tak boleh menyapa seperti biasa..... kini aku selalu lepak2 kat fb, banyak gak kawan2 blog kat sana...jomlah ke fb kawan2...

Esok semua guru kat sekolah kena ikut kursus perkembangan staf kat Borneo Paradise, malam kena tidur sana sebab ada pengisian sampai pukul 11 malam.....tadi dah siap2 apa yg nak dibawa sebab kena daftar antara 8.00-8.45 pagi.....sebab pengisian kursus yg padat, memang tak ada masa lah nak buka tenet, so malas nak bawak note bookku...

Tata....jumpa lagi minggu depan...harap2 next week aku boleh bersiaran semula seperti biasa....thank you jenguk2 sini...wasalamJustify Full

Sunday, June 20, 2010

Those were the days....

Esok sekolah bermula selepas 2 minggu cuti..tapi aku dah start sekolah hari rabu lepas lagi...huhu..kelas tambahan...esok mulalah tension dgn jalan jem...i need more holidays...

Dulu aku pernah n3 gambar rakan2 semasa buat diploma itm...macam tertanya2 di mana mereka berada..then a few days ago salah seorg rakan add dlm fb, terkejut gak, sebab sebelum ni taip segala nama yg ingat tapi tak jumpa....bermula sorang, baru jumpa yg lain..tapi hanya rakan lelaki yg ramai dalam fb, rakan perempuan hanya 3orang jer setakat ni....rupa2nya nama yg aku ingat dan taip guna nama singkatan dalam fb...patut la tak jumpa...

Rakan satu kursus, DBS 1979-1982..mesti ramai adik2 rakan blogger yg masih kecil lagi time akak masuk itm ni kan? atau belum lahir lagi.....cuba cari mana akak??..yg hujung tu Mr Ryan, our Business English Lecturer (gambar dari fb anor)

Rupa2nya mereka baru buat reunion kat cherating bulan lepas..huhuhu...

Semua dah putih rambut, antara coursemate akak yg masih akak ingat, yg depan berambut putih tu, Zuhal, yg pakai serba hitam (duduk).Hasni..sebelah our former lecturer/dean (mr and mrs mansur)masa tu..anur, yg belakang sekali pakai rambut palsu pink colour, hazman...yg lain2 tu our one year senior atau pun dari course DIA, DPA, DIB..tak berapa cam dah..
Anor dan Hasni...masih mengancam lagii...hehehe..Dua orang ni jer yg datang drp our course(perempuan) yg lain2 mereka tak dapat contact..including me.............rinduuuuuuuuuu mereka semua

Saturday, June 19, 2010

Rumahku

Lama dah tak share gambar rumahku yang stail Mayentik ni..apa tu Mayentik...hahaha..Malaysian English Antique...abaikan serviette yg nak tumpah2 tu..entah sapalah ganas tarik sampai jadi gitu....

Ada local product, ada english2 sikit dan ada antik...so sesuai la kan nama yg diberi...
Febreze tu mesti ada untuk spray mana2 yg patut...
Semua gambar2 ni ambil pakai h/p so kualiti agak kelam...dan rumahku tak cantik dan tak se gah rumah orang...no cebek2 ok....

Thursday, June 17, 2010

koleksi tembaga terkini

Antara barang2 lama yg mula mendapat tempat dalam rumah kami ialah barangan tembaga...lama dah kami stop mencari barang2 tembaga ni disebabkan tidak ada masa, barang2 pun dah tak ada sangat dan harganya mahal...

Sekarang datang balik angin nak tambah koleksi barang tembaga..bila nampak En ismail dari eisantique.blogspot buat jualan barangan tembaga, aku tunjuk kat hubby, dan dia setuju utk beli...

Pada mulanya aku takut2 nak berurusan dgn eis ni..(mcm garang je cara penulisannya kan?..hehehe..sorry ya eis), tapi dia baik orangnya..aku sampai tanya yatt, yatt menyakinkan aku yg eis ni ok, senang berurusan..(eis, nanti bagi hadiah kat Yatt ya..hehehe)..so aku berani2kan diri order....ternyata betul..dia tulis jer 'NO SMS PLEASE' (bikin takut kan??? hehehe)..tapi kalau kita ikhlas, okay aja...ya lah akak ni kadang2 pukul 4 pagi bukak tenet, tak kan nak call masa tu, lepas tu ke sekolah, kat sekolah tu macam lipas kudung buat kerja, memang tak sempat nak call ke apa, nak fikir pun tak sempat..heehehe

Disebabkan akak punya notebook dan tenet dah 'mengong'..akak pinjam gambar2 yg eis iklankan, kalau gambar yg dah melalui proses uploading memang boleh masukkan dgn senang dan cepat...so halal ya eis...jom tenguk....

Ketur...

Teaset

4 set pahar kaki kontot

Alat rengis pengantin

Juga peralatan untuk majlis renjis2 dipilis..hehehe
Kaki lilin

Bekas apa ni??..untuk isi air mawar ke??
Pahar berkaki
dan ada lagi satu pahar berkaki yg berkerawang..aku tak copy pulak gambar tu...

Penuh dah rumah akak eis...tak tau mana nak sumbat......hehehe...so kena slow down sikit...so sapa2 kat sabah ni yg nak sewa peralatan tu, contact akak ya...hehehehe...so sapa2 yg berminat nak kolek tembaga sila ke blog eis ni....cepat sebelum harga melambung tinggi dek penawaran yg semakin berkurangan dan permintaan yg tinggi...keluar teori ekonomi dah....hahaha

Wednesday, June 16, 2010

set pink geometri dan set bunga pink-purple

Mungkin BB celcom yg buat peel..ni aku n3 guna BB anak daraku, laju jer, dia pakai Digi, dan guna laptop dia, barangkali aku punya notebook pun dah mengong...ishhhh..

Tak puas hati dgn gambar yg kelam hari tu, aku n3 kan sekali lagi set pink goemetri...nak kata geometri sepenuhnya taklah jugak kan, nampak gak bunganya...apa2 ajalah, asalkan bahagia..hehehe..kat bawah cawan cop merah..dan agak tak sekata ...saucernya tak ada, jadi sebab ada lebihan saucer set bunga pink menjalar yg dulu tu, aku rembat 3 utk yg ini...

Badannya beralun dan jenis siku yg ada tanduk lagi youuu...dari sejarah yg aku baca, Sandakan yg merupakan bandar pelabuhan pernah digelar 'little Hong Kong', ditubuhkan sekitar abad 18..mungkin itulah sebabnya banyak barang2 dari china yg lain daripada yg ada kat Semenanjung sana masuk sini...

Set pink purple ni, nampak macam kain batik jer kan??..rasanya yg ni taklah lama sangat kot..entah, aku pun tak arif ttg hal2 ni...aku rembat sebab ada platter bunga ni hasil barter dgn jai dulu...lama2 tu jumpa la lagi suku sakatnya...kena bawa2 bersabar, kalau tak mau muntah darah sebab sibuk nak cukupkan set...hehehe..di mataku set ni cantik jugak..uol macamana??

Ok..kalau anak daraku tak bising2 sebab aku guna laptop dia, nnt aku n3 lagi..kalau tak kena tunggu cik celcom pulih ingatan, macam nak koma dah tu...see you ...choww..

Tuesday, June 15, 2010

My Tiger

Kucing pertama keluarga kami....sekarang dah berusia 11 tahun lebih tapi masih macho...
Aku pernah n3 dulu bagaimana kami mula memelihara tiger...dia kena ikat dileher oleh seorang budak nakal, kemudian budak tu tarik guna basikal..aku terjerit2 dari dalam rumah..then cepat2 suruh anak2 p ambik tiger bawa balik....masa tu budak tu tengah nak gantung tiger kat pokok dah...ishhh mau aku sesah budak tu.....

Berbanding dgn 6 ekor kucingku yg lain, tiger ni amat baik budi pekerti dan tingkah lakunya..sangat sopan...kucing2 sekarang mcm ikut peredaran zaman, sebagaimana remaja sekarang yg telah luntur nilai2 dan budi pekerti, begitula juga kucing2 yg baru kami pelihara...tapi tiger tidak...

Dulu tiger suka tidur terlentang begini..SEKARANG???...sob..sob..tiger dah makin tua, gigi dah tak ada, air liur asyik keluar aja..dan yg terkini tiger sakit...tangannya bengkak sebelah..jalan terhinjut2..badannya panas dan asyik tidur aja...esok kena bawa tiger pegi vet...

(Ni guna laptop dan bb anak gadisku...adakah aku punya note book kena virus???..oh no...)

Tag Daripada Shima

Award ni kuterima daripada Shima....thanks shima kerana memanjangkan award ni utk akak..

1. Apa yg bermain di fikiran u oll skarang
Lepas ni nak kemas rumah, apa nak masak dulu...bla..bla...ada tetamu mau datang hari ni...

2.Apa nama samaran U oll
Bukan samaran tapi nama ni ialah panggilan rakan2 masa sekolah menengah dulu - Azah

3.Berikan 3 org ygU oll sayang
Anak2 dan somi serta ibu

4.Panggilan Untuk Si Dia
Bah...singkatan utk abah sebab masa anak kecil dulu aku panggil abang, dia ikut jugak panggil abang....

5.Impian yg U oll impikan dr org yg istimewa
Impian memang banyak tapi...sebab org istimewaku ni unpredicted....datang angin baik, tiba2 dia wat suprise bagi apa yg aku mahu...datang angin kus2 dia buat tak tau jer....

6.Blog mana yg U oll suka visit
Blog english deco, pinggan mangkuk lama...dan semua blog yg rajin update....

7.Tag kepada 15 blogger U oll

15 orang banyak tu.....akak pun macam shima pilih lima saja;
~ Ryana~ yg tgh menghunting tu...senapang tu acu betul2 ya, tembak jer apek yg kedekut biar dia tergolek..hehehe
~ Ita jeff ~ yg tgh sibuk jaga kucing...dah dapat cari menantu ke?
~ Nizie ~ yg rajin betul cuba fa tanpa guru...salute2...nanti kita suruh En Zahir dtg sini ajar ya..
~ Maria ~ jururawat yg rajin memasak w/pun siang kena tidur kalau shift malam...kalau akak sure migrain tak berhenti dah....
~ Combi@echah ~ suka posing2 dgn family sambil makan2...keluarga bahagia gitu

Semuanya rakan2 blogger dari Sabah ni....hehehehe

Monday, June 14, 2010

Set Geometri Pink

KENAPA GAMBAR GINI!!!!!!!
Bergurun nak tunggu gambar ni keluar.....ni yg malas...ok layan jer 3 set cawan dan saucer yg juga dapat kat Sandakan...memang lama betul...cop merah kat bawah cawan tu..made in china...saucernya tak ada..so ambik saucer rose pink menjalar tu....saja2 suka sebab colour pink...

Sunday, June 13, 2010

Cawan Bunga Matahari

Ini juga hasil hunting kat lubuk tempat Ryana hunting...Sandakan...

Dulu penah dapat satu set gini(tahun lalu)dari bilik ERT klik sini..huhu..kalau dapat satu set setiap tahun, nak kena tunggu 6 tahun baru dapat 6 sets....

Aku sangat suka set ni sebab cantik, berkilat, licin dan bunganya menyerlah...masa n3 set yg dapat kat bilik ERT dulu yatt bagitau ni bunga matahari...

Aku suka gak dengan lekuk2 dan alun2 yg terdapat kat badan cawan serta piring....nampaknya yg berlekuk dan beralun sangat mendapat tempat dihatiku...............yg tak ada apa2 tu nampak cam 'bodo' jer kan..hehehe

Tenet slow...ada 2 set lagi hasil hunting kat Sandakan....dua2 tu dapat 3 cawan dan saucer..huhu....lepas tu aku n3 hasil hunting pagi tadi kat tempat sejauh 37 KM dari bandaraya KK.....nantiiiiiiiiiii