Saturday, May 30, 2009

My first old items finding

Sabar dulu ya..lepas ni kita citer ttg brg2 lama yang aku gali..gali?..hehe..Tadi pegi dewan belia dan sukan kat Putatan memenuhi jemputan kahwin..bapa pengantin perempuan ada bau2 mangga dgn hubby..hehe..kami pergi dah lewat dah..so ramai yg dah balik, pengantin pun dah habis sanding, ambik2 gambar je dgn family terdekat..aku malas la, segan tak berapa kenal sgt..
Dari jauh nampak pelamin warna pink..tema purple..aik..mcm tak kena je..tak pe lah kan...sebenarnya aku ambik gambar pengantin tgh nyanyi tu..jauh sgt..tak nampak
Group lelaki kat meja depan tu ada hubby aku..aku duk meja lain..segan..ada datuk2 kat situ, lagipun tak ada org perempuan kat meja tu....bapa pengantin ni ex-minister sabah..so ramailah guest of honour....

Aku dok cerita dgn hubby yg aku teringat ada kedai yg masih maintain jual brg2 lama kat KK. Balik dr kenduri terus pergi, dgn ala2 anggun berbaju kurung aku jumpa kedai tu, kedai2 lain kat situ semua jual brg2 baru dah..berabuk habis..peduli apa, asal aku dapat benda2 ni..hehe

Haaa..yatt, inna, nor..tgk ni ..tak ada dah stok ..yg ada warna pink satu, hijau satu, kuning dan biru jugak satu..akak ambik 2 ni je..kalau dulu2 org buat apa ni ya..letak air basuh tgn ke..kat kg mak akak ada mangkuk ni tapi tak ada warna, aku pasti ini keluaran lama sebab kacanya tebal. Tanya nyonya tu, dia ckp tiada sudah ini balang, mau order balu pun tiada..hubby ckp kenapa tak ambik semua..ya tak ya jugak..kena pegi lagi ni...hehehe(hubby tunggu dlm kereta tadi..aku sorang je menggali)
Kat dalam tu ada corak2 ...tak berapa nampak..

Yang ini tinggal satu ni je...nampak mcm lama...entahlah.
Ini bahagian belakang...antique lovers..i need your verification...please

Dan pinggan ni..hubby ckp baru punya ni..aku pun tak tau...
Close up..bunga rose liar/kampung?..apa nama rose ni...

Ini aku sgt suka..ada gold rim lagi...aku korek yg belakang2..sayangnya dah sumbing..nampak tu..dan hanya tinggal satu ni je...nyonya tu ckp dia tak jual..sulah pecah..aku mintak dan dia bagi FREE...

Friday, May 29, 2009

KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN

Tajuk di atas bermaksud SELAMAT MENYAMBUT PESTA KEAAMATAN.. yang disambut pada 30 DAN 31 MEI.

Pesta keaamatan ni disambut setiap tahun oleh kaum dusun, kadazan, murut, rungus...dan lain2.Kira mcm hari rayalah pada mereka ni.. sempena tamatnya musim menuai..mereka berpesta..seperti menari, minum2(kena hati2 memandu masa ni, takut ada pemandu yg mabuk)..ada juga pertandingan unduk ngadau..iaitu pertandingan ratu cantik...dan ziarah menziarahi serta open house....ataupun terkenal dgn istilah ARAMAITI

Sabah ni unik sebab byk suku kaum..setiap suku kaum ada pakaian tradisi masing2. Suka tgk perbezaan pakaian yang melambangkan suku2 kaum tu. jom tenguk...

suku kaum tombonua..
Rungus...
Murut...

Dusun Segama..
Sungai...
Kadazan Penampang...dr bandar so seksi la sikit pakaiannya
Dusun Papar...

Bonggi..ini dari Pulau Bonggi..very remote area..so pakaian pun tak lah canggih..

Bajau..kebanyakan beragama Islam..so sopan la sikit pakaiannya

Banyak lagi suku2 kaum lain..sumber dari www.mysabah.com..kalau rajin bukak la web ni. Semua cerita ttg negeri Sabah..

Jalan2 dan makan luar lagi

Kelmarin sesi penyampaian laporan kemajuan pelajar kpd ibu bapa..10.30 - 2.30pm.Tapi ada teacher's meeting fr 7.15 to 9.30..so guru2 tetap kena dtg awal... makan tengahari PIBG sponsor tp siap ditapau dah, so after meeting semua cikgu terus makan sebab memang tak boleh nak berhenti masa sesi perjumpaan tu. Pukul 3 petang sampai rmh..penat giler..lelapkan mata pun mcm mimpi2 then terjaga..terlelap sekejap..hish.My son kejutkan ckp my hubby ajak keluar..mesti mkn kat luar lagi ni sebab dia tau aku letih.(bukan tipu2 ya..hehe)..kami pergi tempat biasa kami pergi..Senario restaurant...

Konon2 mau cuba menu baru..US fried rice...tak berapa sedap..
My hubby punya..butter rice with shrimp...habis dia mkn..agak2nya sedap la tu..
My son..pergi mana2 je makan mesti minta chicken fried rice...kat rumah je tak boleh pandai2 mintak..ikut mama punya mood ....
Sebelum makan pegi jalan2 kat Wisma Merdeka...cuci mata dan beli sikit2 je...hehe..Aku terpikat dengan jam kecil ni..teringat dulu2 kalau travel mesti menginap kat travel lodge..dan lake tu..aku pernah pegi memancing kat lake mcm tu di sana..nostalgia la..
Dan signage 'kitchen closed..not in the mood' ni..aku beli satu untuk rozie...dan satu lagi??sapa nak cepat2 bagi comment..hehe..ini giveaway yg tak diwar-warkan secara besar-besaran..hehehe

Hari ni..friday..sekolah kami ambik cuti peristiwa sempena pesta keamataan 30 dan 31 Mei....9 hingga 12 Jun ada kelas tambahan..cukup la kot cuti satu minggu..hehe pujuk diri sendiri...

Thursday, May 28, 2009

Eating out everyone

Semalam tayar kereta pancit..rasa2nya mungkin dr rumah lagi tapi disebabkan aku ni care less driver, tak tau pun....hehe..so bawak sampai sekolah..then ada cikgu masuk dan tanya aku perasan tak tayar keretaku kempis habis..aku keluar p tenguk memang kepet dah..call hubby yg outstation, dia akan blk hari ni so suruh dia dtg terus sekolah..dah t/hari baru dia dtg..bukak tayar dan kami terus p hantar kedai..kejap je tampal then keluar makan terus dgn hubby and son kat sini....

Taliban food centre kat Inanam..aku makan nasi beryani.... ayam tandoori dah habis so ambik ayam goreng je....sedap gak tapi bau tak wangi....selalu tu kalau makan nasi ni, melekat bau kat tangan

Malam pulak makan kat sini..rainforest..sambil dengar live band yg very soothing sebab mereka nyanyi lagu2 Kenny Roger, yg semuanya aku suka zaman remaja dulu...hehe
aku makan kuay teow goreng seafood sebab siang dah makan nasi.....

Hai senangnya dalam hati kalau selalu makan kat luar..terasa dunia..hai ana yg empunya....jangan tukar lirik kpd yg asal ya..semua perempuan tak suka dgn lirik asal tu....hehehe

Tuesday, May 26, 2009

DUIT LAMA

Dah lama husband kumpul duit2 lama ni..dulu2 memang cari sana sini..lama2 makin susah nak dpt, terhentilah pencarian..lagipun org dah tau nilai duit ni, tak mau trade atau bagi lagi dah..so we maintained with the collection we had....

Husband beli coin album utk simpan coins dan ada album utk wang kertas gak..aku bukak yg mana nampak terang..malas nak korek2 yg lain tu..

siling 5 sen..tahun 1928..

Muka depan..

muka depan 1 sen
tahun 1943
Yag ini aku dah ada kat dunia fana ni..dulu2 byk koleksi duit ni ..tp kena curi dan ditinggalkan yg koyak 2 ni je....
Duit zaman British..one dollar...tetera kat bawah no 1 tu, 27 march 1953
Duit 50 cents..besar jugak..1 July 1941
Saja2 tunjuk duit 1 dollar negara jiran Brunei
Duit zaman jepun dgn gambar buah kelapa....1 dollar
Duit zaman Jepun ten dollars....dgn gambar pokok pisang..
ter upload 2x pulak..tak apalah ya..

Happy viewing...............

Sunday, May 24, 2009

Decoupage using decal

Hmm..dah lama tak cerita pasal deco ni..dok cerita pasal sekolah je, 24 jam kat dlm pala ingat sekolah tu lah pasal. Ok hari ni aku terlebih rajin, dari pagi kemas rumah yg berselerak, spray kerusi rotan dan buat decoupage...so n3 kali ni pasal decoupage using decal..mcm nak ajar murid sekolah pulak....hehehe..hari tu aku beli lagi decal dr Yangdahlia.fotopages.com..geram tenguk corak2nya yg menarik..so all the woman out there..lets decoupage..senang je sebenarnya, saja2 buat gempak sikit coz dah terlebih2 rajin kan hari ni.

Masih ingat lagi benda alah ni..lama dah spray tapi decal yg dibeli dulu kecil, so terpaksa put aside hingga hari ni..
Mula2 tanggalkan plastic kat decal tu..

Then rendam dalam air..air biasa je
Tunggu sat..check la kalau2 decal tu dah nak terkeluar..tenguk tgnku yg comel tu tarik plastik nipis yg tertanggal tu..hehehe
letakkan atas benda alah tu dan sapu2/lap dgn towel bersih..urut2 la sikit supaya tak ada air bubbles...
Dah siap...aku buat sepasang..
Dan gantung pada dinding..puas hati, tak keluar duit byk sgt dan hasil keras tangan sendiri..walaupun mungkin tak cantik di mata orang..aku ok jer...heheh..selamat mencuba!

Friday, May 22, 2009

Totebag!

Entry kedua petang ni...aku banyak senang sebab kerja2 sekolah dah tak banyak..kelmarin nazir dah melawat sekolah..comment positive..harap2 ada harapan untuk menang..sapa2 yg kat KK tu dtg lawat sekolah aku..cantik..documentation amat lengkap..nazir minta bawa balik 2,3 perkara/benda sebab dia ckp hanya sekolah ini saja yg buat begini, dia nak buat contoh sebab lain drp sekolah2 yg telah dilawati (ini sekolah terakhir yg dilawati..group mereka lawat 10 dan another group 10)...ini semua hasil master mind pengetua dan usaha guru utk melaksanakanya..tp ada jugaklah yg dia complain, biasalah kan..ooops..keluar tajuk dah...aku nak cakap pasal totebag yg aku order dari cik as..hari ni sampai, betul2 masa sambutan hari guru peringkat sekolah. Aku ada order 5 coin purses, bagi pada rakan2 guru yg rapat dgn aku..mereka semua suka..totebag yg aku beli tu pun cantik, kemas je buatannya..sapa2 nak boleh masuk blog cik as atau sini blog bag dan kain2 cik As..boleh pilih kain mana yg mau digunakan,hanya RM30(atau RM35 ikut jenis kain)termasuk pos di semenanjung dan RM35 (or RM40)ke Sabah..dan setiap pembelian dapat coinpurse free...okay tenguk gambar...


Ini coinpurses yang aku order...ambil gambar dari blog cik as ni..RM1 je satu, murahkan?
Inilah totebag aku..comel tak?

Sambutan Hari Guru Sekolah 2009

Ini hadiah hari guru tahun ni..taklah byk mcm dulu2, zaman sekarang dah berubah..kalau dulu sampai 2 bag kertas besar bawa balik hadiah, sekarang budak2 dah mcm tak gemar nak bagi hadiah kat guru, bukan pun kami mau sangat tapi nampak betul perubahan zaman yg melambangkan kemerosotan nilai2 insaniah..mcm mana nak pulihkan semula ya?


Brooch kristal hijau, dengan butiran cat's eye..from mawirzah...tq
Bunga tisu daripada form 6 students, bunga telur dan pen drp pandu puteri, note pad daripada kelab interact , pen drive 2GB daripada badan pengawas...terima kasih..semua guru pun dapat..
Persembahan nyanyian..that girl tu suara bagus..boleh masuk AF
Koir drp tingkatan 3C2
Ucapan pengetua...guru umpama lilin, jgn letak lilin tu merata2 ya..nanti terbakar ya murid2 ...hehe..pandai2 je aku ubah ucapan pengetua..mau kena lepuk.
Persembahan tarian, terjerit2 budak2 tenguk ..inilah yg paling mereka minati dan nanti2kan
Sukanneka guru...sedang melengkapkan soduko..aku terror buat ni(chewah)..tp tadi tak ikut..batuk teruk 2,3 hari ni..kalau tidak tu aku la yg laju..hehehe
Ini main pass getah guna straw, aik..main tipu..tak boleh pegang la cikgu Lily..got you! disqualified
Persembahan 24 chinese drum..ada jugak persembahan pancaragam tapi kat bawah je..tak ambik gambar