Tuesday, June 21, 2011

Akhirnya teko 2 tones roses menjadi milikku..

Alhamdulilah...hari ni akak dapat teko yg diidam2kan setelah sekian lama menunggu..jadi check list kuranglah satu ya...

Begitu cantik dan berkilat badan teko idaman malaya ni...teko ni hasil barter dengan radia dari Singapura yg merupakan reader blog akk dan rakan fb...tkasih radia budimu tetap kukenang hingga akhir hayat..

Apalagi anak2 yg telah menunggu lama melompat keluar dari lemari utk berposing dgn ibu mereka..cawam ML mula2 dapat 3, tak ingat daripada siapa..sorry ya...itu menunjukkan begitu lama cawan2 ni menunggu...kemudian dapat satu set lagi daripada another seller..oklah ada 4 sets...dan 2 cawan berbentuk kon tu dapat daripada adik mat gebu ...thanks mat..

Ni pun species two tone roses juga tapi pattern bunga dan warna sedikit lain...tak pelah duduk diam2 kat situ, mana tau ada ibu yg sebangsa akan tiba..semua set ni dapat daripada nursalam....nur dari bumi kenyalang...thanks nur..2 sets tu baru aja dapat tahun ni..yg 4 lagi kalau tak silap hujung tahun 2009...lama dah kan?...

Harap2 nanti dapatlah lagi PML idaman hati..kukan sabar menunggu....adios...

Friday, June 17, 2011

Makeover~kerusi lama

Salam Petang Jumaat yg mulia~...kali ni nak share ttg makeover kerusi apek yg dah lama...
Kerusi ni dah lama hubby bawak balik dari Kudat..terperap kat luar tu, walapun letak kat tepi rumah, mmg kena juga panas dan hujan w/pun tidak sepanjang masa...lagi bertambah vintagenya...

Yang buat malas sebab tak tau nak guna cat apa...sekali tgk ada rakan fb yg syorkan cat ni, barulah dtg rajinnya...p cari cat...boleh tahan reganya..rm35/litre..


Beli tin kecil satu litre saja, tp dapat cat 3 items 2 kerusi ni, kerusi taman dan tempat letak bunga....lupa pulak nak snap gambar....dan ada lebih lagi cat tu, kalau rajin weekend ni mau cat yg lain....

Telah dibasuh, dan digosok....perasan tak kaki kerusi yg kanan tu dah senteng sebab rosak, dah jadi gitu dan kerusi sebelah kiri tu dah dibalut dgn tin, cedera dah..

Dah siap....
Letak dalam rumah dulu sebelum letak kat depan rumah sebab belum siap kemas lagi..hihi

Tuesday, June 14, 2011

Pemburuan PML berakhir jika......

Salam petang selasa..hari kedua persekolahan ok la sikit daripada kelmarin..kelmarin macam tak berpijak di bumi nyata rasanya. Itulah bahana cuti lama2, kan dah malas sangat2..

Hari ni saja nak berkongsi hajat dihatiku ini...sebelum tu credit kepada puan2 gambar ni ya, akk ambik daripada Ratu PML Yatt precious dan mek ganu kite..Marini..habis belum ada lagi set gitu, so kena la tumpang gambar orang...
Hajat akak (macam nak masuk meminang pulak)...nak cari 4 teko ni lagi, lepas tu top up mana2 yang tak cukup saja sikit2...

Ok yang atas sebelah kiri...teko sabun yg sangat susah nak dapat..awat noo...cheq pun tak tau..

Sebelahnya teko two tone roses..pun agak susah juga..tp akk macam ada harapan nak mendapatkannya...harap ura2 tu menjadi kenyataan...kalau dapat mmg terus akan muncul kat blog ni insyallah...

Dan yg dua bawah teko polos meakin jade dan sunflower..kalau tak dapat yg brand meakin, yg ala2 meakin pun tak apa... sama jugak..susah2 aja...

Jadi readers/viewers..kalau jumpa teko2 ni roger2 me okay...tp jangan la letak rega rm200 satu, mmg den tak mampu..hehehe
SO PEMBURUAN PML BERAKHIR JIKA AKAK DAPAT TEKO2 DI ATAS..SELAGI TAK DAPAT, AGI BERUSAHA..(ckp sarawak sikit)..

Friday, June 10, 2011

Oh Nasi Dagang!

Pagi ni tiba2 rasa nak makan nasik dagang!!!..bukan mengidam tau,....hihi..maka en somi pun bersetujulah nak bawa isterinya tersayang ni mencari nasik dagang....pencarian pun bermula....

Meredah highway lintas...sayup2 nampak gunung kinabalu..kamera ni tak dapat pulak merakam keindahan gunung kinabalu di waktu pagi kerana berada nun jauh di sana....dgn mata kasar nampak...hihi
Menurut kata rakan sekerja ada kedai org kelantan jual nasik dagang kat sanaaaa dekat bengkel DBKK....sekali hampa..tak adapun..

Dengan sedikit kecewa singgah la kat sini...

Pekena teh tarik...amboi!!..mentang2 en migrain dah lama tak berkunjung, berani ya..

Set nasik lemak yg.........eh tak baik..tak baik, rezeki dah depan mata...tibai ajalah...sebenarnya kalau buat sendiri oleh aku yg tak pandai masak ni rasanya lebih sedap kot..utk tekakku saja ya...tekak org lain 'no gurantee'..hihi...

Saturday, June 4, 2011

Jahat!!!

Dah lama menahan rasa sakit hati ni...
Buluh panjang tu kepunyaan org sebelah rumah...dia selalu menakut2kan kucing akk dgn menjulurkan buluh tu kat kucing2 akk atau menghentaknya ke lantai..

Kucing akak asal dengar pintu sebelah rumah terbuka terus kelam kabut lari masuk..sbb jiran tu akan marah juga w/pun kucing2 akk duduk kat sebelah rumah akk..pelik kan org ni..

Ni Casey dan anak2nya masa kecil...bulan November 2010

Sekarang Casey dah hilang entah ke mana..masa dia dalam pantang..dek selalu kena sergah dan ditakut2kan Casey terus tak balik rumah sampai sekarang..huhu..

Tuhan bukan sahaja melarang makhluknya berbuat jahat sesama manusia tetapi dengan hidupan lain juga seperti haiwan..semoga Tuhan membalas niat jahat orang ni...

Taman!!!

Minggu pertama cuti sekolah dihabiskan dengan mengemas, mengecat bahagian luar rumah...w/pun sempit, penat jugak dan mengambil masa yg lama, sebab nak cat tembok dari depan sampai belakang...

Ni kat kolam kura-kura...masih berselerak selepas 2 hari mengerjakanya...hari ni nak sambung..

Ni bahagian tepi rumah..dah siap kemas 2 hari yg lalu..

fokus dekat..
dari tepi...daun pokok keladi tu tumbang kena langgar kucing...sama gak dgn perhiasan cendawan tu..

Ni kat bahagian tepi belah depan...rasa2 nak ganti pokok2 tu dengan pokok lain...memang akan gondol nanti tapi menjelang raya cantik la kot.....ok...sampai sini...nak sambung kerja sebelum sinar matahari bertambah terik...

Wednesday, June 1, 2011

Mug Lipton

Akhirnya setelah dok terliuq melihat koleksi lipton Yatt Precious, maka dapatlah 2 biji mug ni pada minggu lepas. Lepas beratuq panjang kat pos office sebab nak pos EG yg dibuat kat fb dalam group KEBAL, kaki yg kebas tu tak dipersiakan dgn melawat store2 berdekatan, terus mataku terpancar (amboi)..kat deretan mug lipton ni...ada banyak tapi ambik 2 jer sebab masalah penempatan...

Sejak dok cari mug lipton, aku dah mula minum milk tea lipton tu...sedap juga...

Sebelah belakang mug ada teka teki bagaimana nak masukkan gajah dalam peti sejuk...apa jawan anda?...jawapanku mudah, lukis gambar gajah dan masukkan dalam peti ais...hehehe

Hari pun dah siang..tata..nak buat kerja rumah lagi...cuti2 ni kena siapkan semua yg diplan kalau tak, dah buka sekolah nanti, mulalah dok fikir apa yg aku buat masa cuti..hihihi


Monday, May 30, 2011

Selamat menyambut hari kaamatan!!!


Gambar di ambil dari blog greatbosing.blogspot....Ratu Unduk Ngadau 2010 ~Crystel Eve Huminodun (my ex-student..congrates)...

Tadau Kotobian Kaamatan..or Selamat Hari Kaamatan kepada masyarakat suku kaum kadazan dusun sabah. Petikan tentang sejarah perayaan tadau kaamatan ini dipetik daripada blog cikgu Norhazalina...

Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.

Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.

Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada berasubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. (nasi) atau

Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

Asal-usul Magavau

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.

Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran

SELAMAT BERCUTI...

Saturday, May 21, 2011

eeee ULAR SAWA!!!!

Ular sawa ni mengerjakan ayam seramaku..semalam dia dtg lagi...hubby tak ada, minta tolong jiran tangkap...mula2 depa ingat nak masuk dalam karung, tak mahu bunuh...tp dia melawan....lagipun tak expert nak masukkan dalam karung, kang mereka pulak jadi mangsa so mereka tetak...dan dagingnya tak di sia-siakan, telah dibahagikan kepada 2 kaum suku dusun utk santapan mereka....eeeee...dari semalam aku tak makan ni....minum air aja....

Lapan kaki panjangnya....

dah putus kepala pun masih boleh nganga..nak ngap mangsa...

kulit tu kalau buat beg cantik kan???..hehehe..

Sunday, May 8, 2011

Kad Hari Ibu daripada Mat Gebu

Terima kasih Mat...semoga mat diberi kesihatan dan kudrat untuk menjaga ibu mat....dan Selamat Hari Ibu kepada Semua...

Wednesday, May 4, 2011

Yang Merah Samar..Rosa dan sekutu2nya..

Dah lama tak update blog..sibuk kat fb aja.. rasa kasihan pulak blog yg dulunya meriah ditinggalkan begitu sahaja...ibarat meninggalkan barang2 lama yg tinggi nilainya...

Kali ni nak share yg pink2 saja...sebelum harga naik lebih mendadak dan supaya tak kempunan nak memiliki set meakin rosa, maka pencarian pun bermula..

Mujurlah Rizal bermurah hati nak tolong carikan...dapatla tureen pink yg comel ni..

Teko pun Rizal tolong beli, yalah akak ni jauh di seberang lautan, manalah ada byk peluang menghunting...thanks Rizal...so sweet of you..

Piring besar drp rakan fb mak jah dan yg lain2 tu hunting sendiri..semua ni species biasa bukan meakin..tp ala2 gitu, so boleh la mix and match...nnt set cawan2nya akan dimasukkan kemudian..nak p ambik anak kat sekolah sekejap...tata..

DAh Balikkk...
Ni piring meakin ya...daripada Ajmah..

Dan set cawan pink tanpa cop mohor ni daripada Taslimah..

Alhamdulilah...cepat betul nak melengkapkan set merah samar ni sebab banyak species yg sama....so tutup buku utk koleksi pink, melainkan dapat sugar dan creamer yg murah2..hehehe..mana nak dapat ya...???

Saturday, March 26, 2011

Tahniah kepada pelajar2 SPM 2010 sekolahku...

Bersama salah sorang students yg mendpt 7A+, 2A dan 1B+..Aleeya

Usaha semua guru harus di beri pujian kerana dapat meningkatkan prestasi sekolah ke peringat yg amat membanggakan. Sememangnya bukan senang utk menduduki tangga teratas sebagai sekolah harian yg dpt mencapai keputusan yg cemerlang...ini kerana sekolahku antara 4 sekolah di KK yg menerima pelajar peralihan, maksudnya pelajar yg lemah Bahasa Malaysia dan pelajar yg masih tak dpt menulis dengan baik masih ada di sekolah kami. Oleh itu agak sukar utk mencapai keputusan 100% lulus, memandangkan ada pelajar yg gagal m/p BM. Bagi keputusan SPM lepas, terdpt 7 org murid yg gagal, tapi dari segi gred purata (GPS), sekolah kami berjaya mengatasi beberapa sekolah asrama penuh....

Semua guru bangga, pengetua tersenyum lebar, tapi di bahu ada tanggungjawab yg besar utk maintain keputusan yg cemerlang..semoga usaha murni guru2 semua mendapat keredaan dari yang Maha Esa...

Keratan akbar tentang kejayaan sekolah kami.

http://www.theborneopost.com/?p=108231

3 pelajar cemerlang sekolah dan top 10 sabah, Euginie, fiona dan Loo..tahniah.....


'Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita semua'....amin

Tuesday, March 22, 2011

Teko twin roses yg menantikan cawannya..

Kasihan ibu2 twin roses ni...anak2nya tak kunjung tiba..sapa2 yg ada cawan lebih nak jual please feel free to inform me...dapat 4 biji pun tak apa..tanpa saucer pun tak apa sbb dah ada saucernya..
Ok..kalau dah rajin sampai 2 entry sekali jalan...ok...tata..wasalam

Result SPM esok!!!!


Lama dah tak berblog..sbb skrg rajin dok skodeng kat fb..rakan2 pml pun ramai yg dah beralih arah ke fb..Blog dah sunyi sepi tak berpenghuni...mood pun hilang dah..

Skrg fb pun dah makin slow..so beralih pulak utk berceloteh kat blog..hihi..
Sebenarnya nak citer yg esok result SPM keluar..jantung ku dah dap dup dap..mengalahkan pelajar yg nak ambik result...takutttttt....harap semua kelas yg kuajar dapat result yg memuaskan..insyallah..dah cuba yg terbaik, harap hasilnya pun baikkkk.....

Tuesday, February 15, 2011

sambung 6-Trip Jakarta Bandung(kota jakarta)

Salam Maulidur Rasul semua....Lagi gambar2 sekitar Kota Jakarta....kalau rajin hari ni habiskan cerita trip ke Jakarta bandung yg dah nak basi ni..hehehe

Pengangkutan popular..Bajai..tak sempat try..

Deretan Bajai dan Ojek(motosikal)..menunggu pelanggan..

Bangunan pencakar langit di Kota Jakarta..


Sesuatu yang harus ditiru oleh Malaysia...bukan mercu tanda tapi laluan bas bagi mengelakkan kesesakan dan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam..

Bas sedang mengambil penumpang
Tempat khas utk penumpang yg disediakan sama rata dengan ketinggian pintu masuk bas..
Bas berhenti di kiri kanan tempat menunggu bas..

Di sebelah tu laluan khas untuk bas sahaja....bagus kan idea ni....


Ni masa kat highway lagi..saja2 tunjuk gambar pak polisi sedang bertugas....

Nantikan sambungannya....tata..

Wednesday, February 9, 2011

Sambungan 5 - Trip to Jakarta Bandung

Chopp...mcmana boleh lupa pulakkk...selepas dari Pasar Baru kami ke Jalan Chimpelas la....selepas makan tengahari baru p factory outlets tu....

Sini terkenal dengan Jeans...bag, seluar, jaket jeans... kedai2 tu berderet sepanjang jalan sejauh 1.5km, tapi spt biasa jalan ramai2 mmg susah nak cover semua..kami hanya pergi beberapa kedai saja..hajat di hati nak beli seluar jeans pun tak terbeli...


Kedai ke apa ni tak tahu..tp terletak kat jalan Chimpelas tu lah..ambil dari dalam kenderaan

Ni sebuah lagi..ada patung2..patung apa ntah..budak2 kecil tahu lah....jalan Chimpelas ni sempit, dan macet bangat...

Keesokkan pagi kami bertolak ke Jakarta...perjalanan mengambil masa 3 jam lebih sbb berhenti kat rest area..kat area tu ada factory outlet juga..rumah mode..ada kawan2 bershopping lagi kat sini.. Sebelum sampai ke Jakarta yg sesak tu sempat ambik gambar2 bangunan yg terletak di sepanjang menuju ke Jakarta..

Universitas Bunda Mulia..

Bangunan Pencakar langit..

Kawasan penempatan yang sesak..

Univeritas Bunda Mulia dari jauh..

Bangunan yg menarik...

Pengangkutan yg popular di Jakarta...Bajai

Ambil pic dari dalam van...agak terlindung, hotel penginapan kami selama 2 hari 2 malam di Jakarta..Hotel Ibis Mangga 2..

Bos trip tgh berurusan di kaunter...

Ok..hingga ketemu lagi...daaa..