Thursday, April 1, 2010

Untuk tatapan Yah dan San (My GDS! )

Salam hari Khamis..
Yah dan San..nilah hasil hunting akak hari Rabu tu..kalau ada yg berkenan bagitau okay, akak tolong belikan..jom tgk..

Strawberry hanger..untuk sidai 'kain2 kecil' tapi akk kenan sangat dengan buah strawberry yang ranum tu..hehehe


Akak dah bukak untuk tunjuk betapa ranumnya ia..kalau nak letak kat dapur pun okay gak kan..dapur kita, kalau orang kisah pun buat tak tau jer...hehehe..boleh le wat gantung resipi ke..
atau letak gitu saja...

Apa ke benda ni? main rembat jer akak ni..diperbuat drp kayu, berat jugak tu..mungkin tempat letak periuk panas???..nak wat apa pun boleh kan?...yang ni je rega lebih daripada rm10, brg2 lain semua under rm10...

cookies jar...akak beli dua..comei jer kalau letak atas meja dan letak strawberry candy..hehehe

Ni utk hang kat tingkap atau pintu masuk...my doter yg suka..


Piring strawberry..akak dah beli satu utk yah dan satu utk san..yg dlm kotak tu..
okay yang lain2 tu...kalau suka bagitau..nnt akak belikan....wasalam

Sunday, March 28, 2010

For san mawia...


Salam...san tadi akak keluar dgn anak2...bagitau planning akak untuk deco kat dapur ....tanya anak2 apple ke strawberry...my doter cakap strawberry...so dah beli dah tadi....ni baru dari satu kedai..tak lama tu, mesti banyak...tapi tunggu rennovate dapur dulu...so, kumpul dulu sikit2....

Terima kasih banyak2 la sebab ingat kat akak dan offer kat akak dulu...akak mcm ada baca yg san tolong in law/adik collect strawberry kan...so boleh le barter2 ke kan?...thanks ya san...you're sooo nice....

Award daripada Azlina

Salam pagi Sabtu..masih mengantuk la...semlm tidur pukul 10.30..pukul 1.00 pagi bangun sebab my doter balik..flight last dr KL(baru je balik hari tu...balik lagi hmmm)..cerita2 dan makan coklat(kasi baja migrain..heheh) yg dia beli lepas tu tidur..dah terganggu jumlah jam tidur so pagi ni masih mengantuk...


Mula2 tak boleh copy award drp blog ina...godek2 dapat pula..tapi syarat2 tak boleh copy, so akak beri jawapan je kat sini okay....

1. Penghargaan buat ina..walaupun ina ni ramai kawan bloggers (tengukla follower dia...ramai betul) tapi masih ingat gak nak bagi akak award ni....terima kasih banyak2 ya ina...

2. Nama dan tarikh lahir anak...tak ramai anak sonang jor...
Anak sulung - Aimi Nadia 19/09/1987
Anak Kedua - Mohd Izwan Hadi 01/11/1994...anak2 kucing tak payah la kan?

3. Gambar keluarga...uwaaaaaaaaaa...semua masukkan kat external disk dan disk tu kena curi kat PENCURI DURJANA......

4. Buat ibu2 yang hamil...kalau terima award ni tunjuk gambar anda semasa mengandung..bukti anda akan dapat anak..hehehe

5. Penghargaan kepada ibu/bloggers......sambil2 berblog tu jangan lupa tanggungjawab anda sebagai ibu, isteri dan pekerja...utk aku gak ni..hehehe

SIAP.........semua yang baca n3 ni sila ambil award ni ya...malas la nak senaraikan nnt takut yg tak tersenarai kecil hati....so ambik ya selepas baca ni..............

Friday, March 26, 2010

Adik Beradik Tiri Two Tone Roses

Assalammualaikum....Bulan mac dah hampir di penghujung..so ni kira quarter year review of my roses set...sebab target tahun ni untuk set roses je kan walaupun kadang2 tersasar.....aku mulai dengan bunga yg menjadi penyeri tangga rumah emakku di kampung...2 tone roses...


Inilah dia adik beradik tiri koleksi 2 tone rosesku...malar betul mak diorang ni kahwin..maklumlah cantik, cepat le laku...

Ni yg mula2 dapat..daripada nur sarawak...bulat dan montok..bunga pun kembang2 sikit, ada 4 set semuanya..tadi ambik gambar boleh pulak tercicir satu...supaya tak kecik hati, aku letak gambar lama
4 set saja dapat sebab yg lain kawan2 sealiran dah rembat dulu..itupun satu tu ada crack, tapi kurembat jugak...lepas tu bungkus2 dengan surat khabar, masuk kotak dan letak kat bilik anak daraku...hehehe....

Then ada nampak komen daripada Yatt yg mat ada extra set 2 tone roses..tanpa tanya shape apa yg mat ada, aku terus order...mat titipkan sekali piring lekuk2 tu..ganti brg kubeli daripadanya tapi pecah semasa dalam perjalanan..thanks mat...sekali p bukak balik set daripada nur...lain pulak bentuknya...so bungkus2 dgn surat khabar, masuk kotak dan masuk bilik lagi....

Last sekali nampak saidah jual set ni..dgn konfidennya aku ingat sama dgn set yg pertama..bila sampai je set daripada saidah , sekali bukak balik yg lama............lain lagi shapenya..yg ni berkaki dan jenis mulut jahat...maka itulah sebabnya semua adik beradik tiri ni bertemu kat Sabah...nampaknya ibu mereka ni kahwin dengan orang sarawak, lepas tu kahwin pulak dgn orang Johor dan last sekali kahwin dengan orang Perak..semua kusatukan di Sabah....

APA PENDAPAT YOU ALL?..bukan senangkan nak melengkapkan set ni yg semakin pupus ...
Kalau ada sapa2 yg boleh tolong lengkapkan set ni aku sangat2 hargai...kita kenal hanya melalui penulisan sahaja, tapi semangat tolong menolong antara satu dengan lain aku lihat sangat ketara..bagus tu..tapi ada gak yg suka manipulate, buat conclusion sendiri, pandai2 tafsir secara negatif sehingga menjejaskan hubungan...so pandai2 la bawak diri ya....tapi yg baik hati masih mengatasi jenis yang kedua tu, syukur alhamdulilah....

Thursday, March 25, 2010

Giveaway Chah @ Teratak puteri


JOM JOIN GIVEAWAY NI>>>teratakputerqareshah

Hadiah lumayan untuk anda terutama peminat pinggan mangkuk lama, english deco dan pengumpul pelita..(tak sangka ke tiga-tiga kategori tu jatuh pada diriku- selama ni macam tak sedar diri...boleh dapat award kalau gini...)

Okay seperti biasa bacalah syarat-syarat yg akak dah copy paste ni ya...selamat berjuang (oopss..ini adalah kata2 terakhir pengetua sekolahku setiap kali mengakhiri ucapan di perhimpunan..hehehe..)...selamat mencuba dan menang......

1- Tarikh peraduan bermula hari ini sampai 31hb March, 2010

2 - Terbuka kepada semua kawan-kawan di Malaysia sahaja yg menjadi Follower & Yang Bukan Follower..kalu yg tak jadi follower lagi tu bolehlah follow I ye..Yang bukan follower boleh tinggalkan jejak agar senang untuk saya hubungi..

3- Hendaklah memberi komen dalam entry ini..(komen di shoutbox tidak diambil kira) dan link kan blog saya pada blog masing2 supaya yg lain2 bloggers dapat tahu tentang peraduan ini..(lagi ramai..lagi meriah..)

4-Tarikh tutup peraduan ni pada 31hb March, 2010..pemenang akan diumum pada 1hb April, 2010

5- Cabutan hadiah akan diundi oleh pemilik Teratak Puteri...anak saya Puteri Qareshah..tiada istilah pilih kasih dalam cabutan ini.

Sekian..selamat berjaya..ta..ta..

Sunday, March 21, 2010

Award daripada Yah

Salam..mood utk buat n3 belum ada, so kutip2 award daripada kawan2 yg sangat2 baik hati kerana sudi beri award kat akak..creative old mom blogger..hehehe...(dah seminggu tak gelak2 kan)

Sebenarnya Yah ni mcm tersasul2 bila ckp dgn akak, kejap bahasakan diri kak yah, sekejap yah....akak rasa akak lebih tua daripada yah..confirm tu..jgn tertipu dgn pic akak yg nampak muda tu (perasan)...anak akak yg sulung dah 23 tahun umurnya, akak kahwin umur 26 tahun...cepat2 kira ...kalau tak cukup kaki tangan, sila guna calculator ya...hehehe...

Bila mula kenal Yah ni ya?....dalam blog dah intai2 tapi kenal lebih rapat masa yah order pelita merah tu...nak jadi cerita akk tersalah tulis add, tak sampai la kat yah dan dekat sebulan pelita tu cari jalan balik Sabah semula..tapi akhirnya Yah terima gak pelita merah tu kan....

Terima kasih Yah kerana bagi award tu...sekurang2nya award drp kawan2 dapat mengubat hatiku yg masih resah ni..huhu..

Award daripada Shariff

Maaf ya shariff, akak lambat ambik...tapi tak kan lupa punya...tkasih banyak2 kerana sudi beri akak award ni...selain mengumpul pinggan mangkuk lama, shariff juga menjual barang2 porcelin ni...tapi biasalah, asal ada yg berkenan mesti dah kena rembat...cepat betul depa ni..kalau ada yg roses tu, jgn lupa akak ya shariff....click sini utk ke blog shariff

Saturday, March 20, 2010

Hadiah dan award daripada Inna

Life must go on...walaupun hati dan semangat belum pulih sepenuhnya tapi kehidupan tetap diteruskan seperti biasa...semoga Tuhan melindungi kami sekeluarga...

Mungkin n3 ni dah terlambat tapi tak apalah..better late than never..so akak gabungkan sekali pemberian daripada inna..dulu dikenali sebagai inna merahsamar sekarang inna saljuseripagi....dah lama kenal inna ni..masa tu hanya beberapa blog ttg english deco je, asyik bukak dan bagi comment kepada org yg sama saja..antaranya masya, gee, kak ros, ani dan beberapa org lagi..sekarang penuh kat dlm link list..bestkan dapat kongsi minat..dan yg paling best bila dapat hadiah....

Inna telah bermurah hati memberikan hadiah ni kepada akk dan kawan2 lain...tentunya yg berkaitan dgn english deco...since mood belum ada utk snap gambar akak pinjam gambar daripada idacottage..ok kan ida...


cantik wrapping gift tu...ribbon pun cute...
Jewellery box yg comel..tapi kotak akak patah kunci tu..mungkin kena baling2 kat post office..tak apa..nnt akak cuba repair...terima kasih banyak2 kepada inna..akak akan simpan ia sebagai kenangan..mujur belum simpan apa2 jewellery, kalau tak sah kena kebas...jewellery box anak dara akak kena ambik sebab ada earings dan rantai..tapi bukan emas....

Inna juga bagi akak 'beaautiful blogger award' ni,,,dah kepot2 ni tak lah beautiful lagi tapi 'for the beautiful friendship'..kan inna...terima kasih banyak2...

Friday, March 19, 2010

Terima Kasih Kepada Rakan-Rakan Bloggers


Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua rakan-rakan blogger yang memberi kata2 semangat dan mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga....

Chempaqa, azzah, k.gee, ani. kak aton, amy, min@lemongrass, mrs nor, shas, ita, marsya, umi-e, mat gebu, yah, ryana, inna, ain, combi, shariff, chah dan yatt dalam ruangan komen serta..
pn. n, sanmawia, saidah, maklang dan ina ktn dalam ruangan shout box dan tak lupa...
ina dan zai dalam sms....
dan pada hari ini....maria, ezany, nur, ida, nizie dan nor64....terima kasih
Sangat terharu dan menghargai rakan2 yg sudi bertanya khabar dan memberi semangat buat kali kedua...chempaqa, shariff dan umi-e...

Ingatan dan kata-kata perangsang akan kuingat dan kenang sepanjang hayat...

Love you all.................

Wednesday, March 17, 2010

Rumah Kena Masuk Pencuri!

Salam semua...
Hari Ahad lepas sekitar jam 12.30 aku dan anak lelakiku keluar ke supermarket kat Inanam. Dalam pukul 2.00 petang kami balik.. nampak pintu grill kat side door terbuka, ingatkan kami lupa kunci....sekali jengukkan kepala kat pintu rumah nampak semua laci lemari terbuka dan barang2 dikeluarkan..aku bagitau anakku..org dah masuk rumah kita, jgn dulu kita masuk takut pencuri masih ada di atas...aku suruh anak jaga2, sementara aku panggil jiran..(hubby tak ada masa ni..)..beberapa jiran lelaki masuk tapi sampai kat tangga mereka tak berani sebab mcm ada bunyi bising kat atas..aku call police...masyallah, menunggu polis datang bukan main lama lagi..

Aku tak tgk jam pukul berapa mereka dtg....then mereka naik atas tapi pencuri dah tak ada, mereka check kat siling atas pun tak ada....barang yang kena kebas...2 laptop, 1 notebook (aku baru beli 2 minggu lepas), 3 jam tangan termasuk jam antik titus yg baru kubuat n3 hari tu, 4 handphone, playstation 2 dan kasut hubby............then sepanjang petang aku kat balai polis Luyang buat report, lepas tu pegi Balai Polis Karamunsing pulak...balik rumah tunggu lagi police officer datang check dan ambik photo...

Kat bawah cuma almari dan laci2 kena bukak..kat atas semua almari baju kena selongkar..terutama kat bilikku, semua jewelery box kena bukak..mungkin mereka cari duit dan barang kemas, tapi aku memang tak simpan semua tu kat rumah.... aku jadi betul2 truma selepas tu,tidur malam tak lena, asal bunyi anjing menyalak aku bangun tgk..petang pun tak boleh tidur, rasa mcm org dok tgk je...........gila betul orang yg buat kerja ni.....tadi masa p sekolah aku terlanggar bongkah batu yg dijadikan hiasan kat pokok bunga sebab perkiraanku dah jadi tak betul...nasib la aku ajar kelas tambahan subjek yg dah lama aku ajar, kalau yg jenis math/perlukan kira2...sure aku tak tau dah macam mana nak buat...jadi bingung angkara orang asing yg kononnya mencari rezeki kat negara kita tapi sebenarnya mendatangkan seribu satu macam masalah..kenapa aku kata pencuri tu orang asing???sebab ada putung rokok yg dibuang kat luar, dekat side door yg dia masuk, bila polis tgk, dia cakap confirm 'orang filipina' sebab mereka je hisap rokok jenama tu.............

Bagaimanapun aku bersyukur sebab kami tak ada di rumah, kalau dia masuk waktu malam ke atau masa kami kat rumah, mau aku pindah rumah lain...lagi trauma teruk...ini pun kat tengkukku tersangatlah sakit..maybe sebab tension/stress melampau....tadi terpaksa $$$ melayang beli notebook baru..(yg aku guna sekarang)...susah nanti nak buat kerja sekolah..itupun semua file yg aku simpan dalam external disk dah tak ada...dan aku terpaksa start from zero...Isnin nanti ada laporan PIPP perlu dihantar.....

So kawan2 semua silalah berhati2 sebelum kena..partly kejadian tu berlaku disebabkan kecuaianku juga, tak guna pad lock, dah jadi barulah pasang pad lock yg besar2....yang mahal2...perlu belajar daripada kesilapanku....

Friday, March 12, 2010

ITAJEFF GIVEAWAY..JOM JOIN

SEMPENA HARI JUMAAT YANG MULIA NI RAKAN BLOGGER YANG SENEGERI DENGANKU ITA..itajeff68.blogspot TELAH BERMURAH HATI MENGADAKAN GIVEAWAY..JOM KITA JOIN..UNTUNG SABUT DAPAT HADIAH TU, KALAU TAK DAPAT, KIRA TAK ADA REZEKI LAGI DAN PALING PENTING KITA MEMERIAHKAN AKTIVITI GENG2 BLOGGERS DAN MENGERATKAN HUBUNGAN...BEST HADIAH NI..TERUTAMA BAGI MATA-MATA(BUKAN POLIS TAU) YANG NAMPAK BUNGA ROSE JER...LIKE ME..

2 biji piring VCR, Sugar Bowl bunga Rose, 4 helai 'Pink Roses Napkins'

BESTKAN HADIAHHADIAH DI ATAS..
NI SYARAT2NYA AKAK COPY PASTE..SUPAYA TAK TERTINGGAL ATAU TERSILAP TULIS..MAKLUMLAH MATA DAH RABUN..

Giveaway ini terbuka untuk teman2 blogger di seluruh Malaysia, tak ada apa2 syarat yg berat,
hanya tinggalkan 1 komen je kat sini, terbuka hingga 16hb Mac 2010 jam 12.00 tengahari. Kalau ada yg nak buat n3 ttg giveaway ni kat blog masing2pun boleh...utk itu, ita akan ambil kira sebagai 2 komen dlm undian nnt , tolong inform kat ita dlm komen anda nnt dgn memberikan alamat blog ye :-).

Keputusannya inshaallah akan diketahui pada hari yg sama, 16hb Mac 2010, jam 8.30 malam..

KAWAN-KAWAN....CLICK SINI UNTUK JOIN GIVEAWAY NI

Wednesday, March 10, 2010

VCR bowl and a bowl of noodle at 50% discount

Salam Hari Rabu semua...

Ni akak nak citer pasal story hari Ahad lepas..rasa2nya baru je Ahad, dah Rabu..begitulah putaran hidup, cepat betul..harap2 kita tak terputar dan boleh bawa diri dgn baik..

Ahad lepas akk dan family p tukar tayar kereta akk, sebab hubby cakap dah keluar besi/benang??..tak sure..hehe..nampak sangat tak tau apa2..petang hubby nak outstation so kena tukar pagi tu jugak..nak harap aku....??? memang tak boleh harap...hehehe
Kedai yg dekat2 semua tutup, so pegi jauh sikit..ada kedai satu tu bukak, so kami singgah..sementara tunggu pekerja tu dtg tukar, aku dok dlm keta sebab kat luar sangat panas, baca newspaper..bila dah nak buka tayar tu, kenalah keluar kan..kang mengelungsur pulak sana sini.......

Tiba2.....ternampak kedai kat sebelah tepi tu..aku pun pegi la..terus naik kat tingkat atas...wahhh ramai jugak org, tapi brg mcm tak ada...rupa2nya kedai tu buat offer 20-50% off...apalagi cepat2 kuround bahagian pinggan mangkuk..sekali terjumpalah bowl VCR ni..tapi bowl je yg tinggal, aku dengar ada seorang perempuan tu cakap..habis dah pinggan...hmm.. terwonder2 jugak apalah pinggan yg dijual, memandangkan bowlnya VCR...memang aku selalu yg terakhir dapat kan??..heehe

Aku ambik 6 ketui je..bowl ni around 6" diameter dan 2 " high..harganya memang murah..ibarat mcm terjumpa kat apek yg innocent..yg belum naikkan harga lagi...

Tempat lahirnya....

Kat tepi beralun..kira cantik la sikit kan daripada bowl yg biasa2 tu

Mee rebus udang ni pun 50% off...bestkan sebab benda ni memang mahal, kalau nak beli yg belum offer memang fikir 500 kali..hehe..so reganya cuma rm13 saja...berbaloikan...aku beli satu je, sebab yg lain tak suka sgt, terutama yg ada ayam tu....

Saturday, March 6, 2010

What is sooo suspen....

Inilah dia isi kotak putih hari tu..teko brown sakura yg gumuk dan montel....dapat daripada kondo tinggi sanaaa...idacottage..thanks ida..

Anak2 kecil sakura tu beli kat apek store kat sini....

Betul tekaan Ain dan Ina hari tu..benda alah tu ialah cup stand ...beli kat local store jugak..tinggal satu ni je..asal aku nampak je mesti yg last dah..asal last dah mesti baru aku nampak..mcm confuse kan??..hehe

Ku spray putih cup stand tu dan isi dgn faux cupcakes yg tak cantik dan nampak tak sedap itu...ada 7 bekas so supaya tak nampak kosong, diletakkan faux cake yg juga nampak tak sedap ...sebab semua tu selfmade...

nnt sambung...nak ambik tomi kat vet..nak bawak balik dah

Sambung...dah bawa balik tomi..dah boleh jln, tapi sebelah kaki belakang mcm tak kuat, asyik terpelecuk je..mula2 balik dia heran...tapi mungkin dalam hati....'ooo rupanya aku balik semula ke sini, aku fikir tuanku dah buang aku kat sana' ...sekarang dia tgh tidur kat sebelahku...

Justify FullOkey..sambung balik pasal faux cupcake tu...ada sapa2 ke nak offer harga mampu beli utk 7 cupcakes supaya cantik la sikit kalau display kat situ kan?.....tak gitu zila..hehehe

Thursday, March 4, 2010

My luvly blue tiffin...

Salam hari Khamis..semoga ceria2 selalu macam akk sekarang...actually this is the reason why I said I was on cloud 9 the other day....a few commentators guess it was becoz of the twin roses teapot...okay..maybe part of it ..sebenarnya that morning I just put an order for this vintage blue tiffin..

Haizul dah jual a few sets..one to Yatt..yg lagi satu tak tau sapa yg ambil...ini tiffin yg ke3 dia jual kalau tak silap la...masa mula2 tenguk mcm mau sangat2..tapi ingat dah shopping tahap cipan dah dan nak bayar bil tomi lagi, aku pendamkan.....

Then malam tu dok YM dgn yatt..bukan mengumpat ya..merintih krn mau sangat memiliki tiffin ni..bila dah off dgn yatt..aku sms haizul, tapi aku delete balik...tak jadi hantar...malam tu tidur dalam keadaan mengingati tiffin ni...

Keesokkanya bagitau hubby...punya mau melompat tahap kangaroo bila hubby cakap belilah..dia bayar...chehhh...terus 'love is in the air'..cepat2 buka tenet, takut dah sold out......

Syukur alhamdulilah..belum ada org rembat..........terus call haizul utk book...bestkan kalau hubby kaki antik gak (antik ke kaki hubby aku??..hehehe)....

Tiffin biruku bergaya utk sesi penggambaran dengan my blue OC plates...kena simpan baik2 ni nanti yg ada ekor kat rumah sebanyak 7 ekors melompat...naya makcik...

Itulah kisah benar untuk mendapatkan tiffin ni...ada sapa2 tersentuh tak???..hehehe

Monday, March 1, 2010

Wat Saspen Je....

After skol (sekolah..org sabah sebut skol tau) pegi post office pos pelita yg diorder, then balik rumah.

Lepas hubby balik kami pegi lawat tomi..alhamdulilah..nampak sihat..bila dipanggil pun dia menyahut mcm biasa..nampak ceria sikit..bila kami nak balik dia bangun dan nak keluar dari cage tu..tak tau lah dia nak tunjuk dia dah boleh bangun atau dia nak ikut balik..alahai tersentuh betul rasa hati...so tomi dah boleh bangun tapi tak boleh jalan lagi....hubby ckp biar dia kat situ sampai betul2 sihat...mau ribu ni bil tomi..tak apalah asal tomi boleh jalan semula..tak sanggup nak tgk dia paralyed ke apa....

N3 pasal benda alah di atas ni akan menyusul kemudian...stay tune

nnt kita tenguk kandungan kotak putih yg tiba bersama kotak yg berisi twin roses tu...tungguuu

Mengelat...sebenarnya belum lagi snap gambar...wasalam

Sunday, February 28, 2010

Teko twin roses

I'm on cloud 9 today..gumbira..asyik senyum sampai ke telinga..kenapa ya??..kalau dah jadi kenyataan baru bagitau okay..okay tak Yatt??

Tapi jauh di sudut hati aku sedih mengenangkan Tomi..hari ni tak boleh lawat, vet tutup..bila terfikir Tomi dok sorang2 dalam cage, dgn keadaan tak boleh jalan dan tak nampak sapa2..mengalir air mataku ini..sedih ya amat..esok mesti pegi tgk Tomi..mesti...harap dia ok, tak sabar nak bawak balik..


Teko twin rosesku sampai 2 hari lalu..kan tahun ni nak fokus yg roses..roses..roses..saja..tapi nampaknya tersasar...dan terbabas gak...hmmm aku manusia biasa yg punya perasaan..hehe..emo la pulak..

Teko ni datang dari nunnn...Penang Mari...thanks khaty...i luv it..

Sapa2 yg nak juai anak2 twin roses, habak mai ok...pinggan2 tak berapa minat sebab masalah nak menyimpan...dapat teko dan cawan2 pun okay dah..kira bonus kalau dpt creamer and sugar pot jugak...

Tenguk bungkusan ni...siap berlubang..sapa la yg nak korek rahsia kat dalam tu...ingatkan dah nazak dah teko tu..buka dgn pelbagai perasaan...alhamdulilah selamat..psst..nampak tak sikecik cassey dok menyibuk kat kotak tu...soooo cute...

TIPS BALUT PARCEL:-
teko tu dibalut tebal2 dgn newspaper...balut juga bahagian muncung dan tangkai sebab bahagian ni mudah pecah...dalam teko pun letak papers supaya tak ada ruang rongga..lepas tu balut dgn bubble wrapper, cellotapekan kemas2 dan letak tgh kotak yg kelilingnya disumbat dgn newspaper yang direnyukkan...insyallah selamat

Hari tu aku ada jumpa senior staff kat pos office...dia ckp kalau letak 'fragile' ke 'mudah pecah' ke diorang tak ambik peduli..semua brg disumbat dalam guni (dia tunjuk guni tu)..guni2 yg penuh dihempap2 je..bayangkan brg2 yg berguni2 dihempap2, ada yg berkilo2 beratnya..so kalau yg mudah pecah tu terletak kat bawah..tu yg terpenyek macam lempeng tu....Harap dapat membantu masalah brg pecah....

Bye ...wasalam

Saturday, February 27, 2010

MELAWAT TOMI KAT VET


Tomi kat klinik tadi..nampak ok tak?..langsung tak boleh bangun tu..

Pagi tadi pergi vet lawat Tomi...kot la Tomi rasa kami dah abandon dia, tentu dia rasa sedih..org sakit kalau susah hati lagi lambat sembuh kan.

Bila panggil nama, dia mengiow tapi bukan mengiow jawab apabila dipanggil..(aku tau sangat bunyi dia menyahut kalau dipanggil nama)..tapi cara dia mengiow tadi sebab tgk org datang..aku usap2 kepala dan leher dia...dia tak grrrrrr spt biasa...tapi rasanya dia lebih okay dari hari kami mula2 hantar kat vet..hari tu suara makin hilang, bulu nampak tak sihat dan mata pun kuyu..

Vet cakap perutnya bengkak..tapi tak cedera..hari ni akan buat x-ray..tgk apa yg tak kena....sedihnya..aku tak mau lah Tomi tak boleh jalan..atau paralysed..kawan2 tolong doakan ya...esok aku pegi lagi tgk perkembangan selanjutnya...
Wasalam....

Friday, February 26, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL




Semoga kehidupan kita mengikuti sunnah Rasullulah S.A.W
dan diberkati sepanjang masa.

Thursday, February 25, 2010

Tomi masuk wad


Masa nak keluar ke sekolah awal pagi 2 hari lepas terdengar tomi duduk kat depan mengiow dengan nada suara yg seolah2 menahan sakit...sekali tgk tomi tak boleh jalan, kaki belakang sebelah kiri mcm lembik..patah ke??...kasihan dia..bawa masuk kat dalam rumah..dia hanya menyeret badannya menggunakan kaki depan..dah tak mahu makan dan minum, kami terpaksa suapkan air, tapi dia marah2 dan tak nak buka mulutnya

Tadi bawa Tomi ke vet..dan kini Tomi berada dalam wad kat private vet sehinggalah dia sembuh..harap2 tomi cepat2 sembuh..sob..sob..tak boleh tenguk Tomi...kalau cuti vet tutup, mereka dtg utk check dan bagi makan aja..

Tuesday, February 23, 2010

Mangkuk kangkung

SALAM SEMUA>>>>Hari tu kemas2 nampak kotak yg masih berikat kemas mcm belum dibuka...sekali tgk ada 6 mangkuk bunga kangkung dan 4 mangkuk gambar burung...laa..boleh ke ter'miss' gitu. Ni hasil hunting hubby kat sandakan pertengahan tahun lepas lagi..hehehe..dia ada cakap dia beli mangkuk bunga kangkung tapi sebab dah biasa tgk aku tak bukak..sampaikan dah lupa...sign of old age:)

Yatt, Mat dan otai2 lain...tolong sikit.... mangkuk ni sesuai ke kalau diletak penutup?? macam tureen gitu..tapi bibirnya nipis...kalau sesuai..tolon..tolon..sapa yg nak jual penutup..kalau harga patut aku ambik...hehe

Paling besar...ukuran diameter...7 in

mangkuk sederhana besar...diameter 7 in juga, tapi rendah sikit

yang paling kecil ...


Mangkuk burung2 berkicauan....

Wasalam................

Sunday, February 21, 2010

Jom Buat Pokok Topiary

Cantik tak???...
Salam hari Ahad semua!

Esok dah sekolah semula...hmmm malasnya..seronok goyang kaki kat rumah bila cuti seminggu ni..lepas ni bermulalah semula kehidupan normal yg memenatkan...

Pernah tak UOLs rasa kalau nak cuti plan mcm2..habis je cuti mcm tertanya2 'apa aku buat sepanjang cuti ya??... mulalah rasa macam nak pusing semula ke hari sebelum cuti.....aku pun selalu gitu..banyak yg plan nak buat, tapi tak terbuat semua...

Yang pasti seminggu cuti tu akk asyik bukak tenet je..ada sekali tu sampai tak tutup satu malam sebab tertidur..(masa tu hubby tak dak..hehehe)...tapi bukanlah 24 jam mengadap, sambil2 buat kerja lain aku check la tenet, nak shopping ...keh..keh..keh..dan lawat2 rumah kawan cari idea..

Yang pasti sepanjang cuti ni aku shopping on9 tahap CIPAN...cipan ni lebih ganas daripada gaban lagi sebab dah mix dgn lipan..hehhehe..tapi yg heran tiap kali akk masuk dah memanjang booked atau sold out..diorang ni tak tidur langsung agaknya..lebih ganazzz daripada aku yg sampai tahap cipan...dan yg pasti jugak..minggu ni lawatan ke bank dijalankan beberapa kali..bank in duit..sampai kat hubby aku pun aku kirim gak masa dia nak p bank..dia tak kata apa..okay jer..sebab selalunya kalau dia tak setuju dia bukak mulut..apalagi itulah sebabnya si isteri pun naik taraf ke tahap cipan...hehehe..lagipun duit aku maa...

Hmm..panjangnya mukadimah..okaylah korang layan je sebab nanti dah bukak sekolah tak boleh tidur dgn tenet dah..tak boleh berceloteh dan membebel kat sini..mungkin sekali sehari jer bukak dan n3 pun jarang2...

Okay Dokey...ni antara perkara yang aku plan nak buat masa cuti CNY...disebabkan nak beli yg dijual di kedai mahal sangat2..kita buat sendiri untuk jimat kos supaya boleh beli barang2 lain....hehe..

Beli benda alah ni kat kedai2 deco..kalau sapa2 yg tinggal di KK dan kawasan berhampiran, daun ni boleh dibeli kat kedai Kaison..harganya rm2.90 untuk dua...so beli 2, kos hanya rm5.80kan...mana nak beli pokok topiary dgn harga gini kan..

Sebenarnya aku ambik banyak gambar..kira macam step by step la konon..tapi tenet pun dah lembab tahap cipan gak, aku cuma loading 4 keping jer..itupun buat trick, masukkan satu2..padan muka dia...lajulah sikit..



Dah tu lekatkan kedua2nya pakai dawai halus warna hijau, dawai ni aku beli kat kedai 2 ringgit, dah lama..tak tau masih ada atau tidak sekarang....ikat pada batang..kalau lalu kat kedai bunga, mata tu besarkan sikit, selalunya amoi bunga kalau nak gubah bunga mereka potong batang yang besar tu, so pandai2lah buat manis mulut minta batang tu..ataupun belilah seketui bunga kat dia, mesti dia bagi..

Dah siap...pasu tu pun dah lama beli..tak silap tahun 1993 lagi..so kos buat pokok topiary ni tak mahalkan...nnt nak cari rumput2 halus utk tutup sponge tu....cantik tak cantik belakang kira janji DIY dan jimat kos....