Salam semua...
Hari Ahad lepas sekitar jam 12.30 aku dan anak lelakiku keluar ke supermarket kat Inanam. Dalam pukul 2.00 petang kami balik.. nampak pintu grill kat side door terbuka, ingatkan kami lupa kunci....sekali jengukkan kepala kat pintu rumah nampak semua laci lemari terbuka dan barang2 dikeluarkan..aku bagitau anakku..org dah masuk rumah kita, jgn dulu kita masuk takut pencuri masih ada di atas...aku suruh anak jaga2, sementara aku panggil jiran..(hubby tak ada masa ni..)..beberapa jiran lelaki masuk tapi sampai kat tangga mereka tak berani sebab mcm ada bunyi bising kat atas..aku call police...masyallah, menunggu polis datang bukan main lama lagi..
Aku tak tgk jam pukul berapa mereka dtg....then mereka naik atas tapi pencuri dah tak ada, mereka check kat siling atas pun tak ada....barang yang kena kebas...2 laptop, 1 notebook (aku baru beli 2 minggu lepas), 3 jam tangan termasuk jam antik titus yg baru kubuat n3 hari tu, 4 handphone, playstation 2 dan kasut hubby............then sepanjang petang aku kat balai polis Luyang buat report, lepas tu pegi Balai Polis Karamunsing pulak...balik rumah tunggu lagi police officer datang check dan ambik photo...
Kat bawah cuma almari dan laci2 kena bukak..kat atas semua almari baju kena selongkar..terutama kat bilikku, semua jewelery box kena bukak..mungkin mereka cari duit dan barang kemas, tapi aku memang tak simpan semua tu kat rumah.... aku jadi betul2 truma selepas tu,tidur malam tak lena, asal bunyi anjing menyalak aku bangun tgk..petang pun tak boleh tidur, rasa mcm org dok tgk je...........gila betul orang yg buat kerja ni.....tadi masa p sekolah aku terlanggar bongkah batu yg dijadikan hiasan kat pokok bunga sebab perkiraanku dah jadi tak betul...nasib la aku ajar kelas tambahan subjek yg dah lama aku ajar, kalau yg jenis math/perlukan kira2...sure aku tak tau dah macam mana nak buat...jadi bingung angkara orang asing yg kononnya mencari rezeki kat negara kita tapi sebenarnya mendatangkan seribu satu macam masalah..kenapa aku kata pencuri tu orang asing???sebab ada putung rokok yg dibuang kat luar, dekat side door yg dia masuk, bila polis tgk, dia cakap confirm 'orang filipina' sebab mereka je hisap rokok jenama tu.............
Bagaimanapun aku bersyukur sebab kami tak ada di rumah, kalau dia masuk waktu malam ke atau masa kami kat rumah, mau aku pindah rumah lain...lagi trauma teruk...ini pun kat tengkukku tersangatlah sakit..maybe sebab tension/stress melampau....tadi terpaksa $$$ melayang beli notebook baru..(yg aku guna sekarang)...susah nanti nak buat kerja sekolah..itupun semua file yg aku simpan dalam external disk dah tak ada...dan aku terpaksa start from zero...Isnin nanti ada laporan PIPP perlu dihantar.....
So kawan2 semua silalah berhati2 sebelum kena..partly kejadian tu berlaku disebabkan kecuaianku juga, tak guna pad lock, dah jadi barulah pasang pad lock yg besar2....yang mahal2...perlu belajar daripada kesilapanku....