Sunday, November 1, 2009

Batuk pulak..

Set pelengkap selepas sakit tekak dan hilang suara ialah batuk....adehhh..mau titon pun tatak senang...batuk, batuk dan batuk..sebenarnya aku tak suka makan2 ubat nih..tapi kalau tak makan lagi teruk kan??..hubby dah pegi Kudat semula setelah sekian lama kat rumah...actually satu kuarga sakit..mula dgn hubby yg demam, then my doter then my boy...kira aku yg paling last..antibodyku masih kuat la tu..hehe..semalam sebelum hubby jalan dah beli ubat batuk...empat orang semuanya batuk..sampai terkejutlah sikucing2 tu dengar tuan2nya dok batuk kuat2....



Sorry ya kat readers yg bosan baca cerita orang sakit tak berenti ni...hehe..sapa2 ada petua utk hilangkan batuk selain makan ubat batuk, boleh tolong share...tq

6 comments:

~Yatt~ said...

salam kak azah..
ala2 siannya..
saya just c&p from tenet..hehe..
moga cepat sembuh..

Berikut adalah di antara petua untuk mengurangkan batuk;

* Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
* Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
* Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
* Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
* Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
* Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
* Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.

azah said...

salam yatt..terimakasih banyak2 kerana sudi mencari dan memberi petua ni..inilah rakan alam maya sejati, tak penah jumpa tapi sanggup menolong kawan..sayang yatt...yg nampak sedap..pisang tu je..hehe...insyaallah akak cuba..thanks

azlina said...

salam kak azah..
kesian akk batuk...plk yea ina pun pernah kena sekelaurga demam dan batuk terbaring semua di ruang tamu mcm dkt wad hospital...waktu tu rasa btl2 teruji...semuga akk dan keluarga cpt sembuhkan....baiknya yatt byk petua berguna tu

azah said...

ina..terimakasih jugak kat ina..kelmarin masa hubby akak ada, bersahut-sahutan batuk..memang mcm jadi rumah sakit dah (kenapa diorang tukar panggil hospital pulak..ikut org putihla ni..hehe)..ina pun baik gak, sering masuk sini bertanya khabar...alangkah indahnya dunia ni kalau dihuni oleh semua org yang baik hati..cayang ina jugak...

zs said...

salam zah~ciannya satu keluarga batuk...kita tergelak baca tang kucing2 zah terkejut dek batuk2 tu..

mmg kucing kat tajam telinganya...sure asyik terkejut mrk tu kan...

wah baik atinya yatt bg begitu byk petua...tp kita ni jenis malas...kalau zah nak senang terutama time zah dok kat sekolah ke...kan ada time tekak tiba2 rasa perit,gatal tu...zah kemam la gula2 ubat batuk cap 'fisherman's friend' tu...kita beli sebungkus tak abis2,simpan dlm peti ais,time nak mkn,potong dua sbb dia pahit sbb kita ambik yg takde gula ...he,he..

azah said...

ani..salam..penah gak ambik gula2 ni memang pahit..tkasih ani ya kerana tolong ikut prihatin...memang perit betul batuk ni, pedih kat tekat dan sakit sampai ke dalam perut..esok dah nak mengajar..tolonnn.. kucing2 tu terkejut sebab ingatkan marah diorang, habis semua manja2, asal bunyi suara tinggi sikit terkejut.hehe