Salam semua..tiba2 petang ni laju pulak upload gambar so boleh la masukkan byk2 gambar sambil bercerita..hehe..
Sambutan raya kat sekolah kali ni lain sikit drp biasa..kami buat 4 booth, iaitu semenanjung timur, semanjung barat, sabah dan sarawak..makanan setiap booth tu mesti bercirikan tema yg diberi..aku diberi mandat utk jadi ketua booth semenanjung timur..bukan sebab asal dari sana tapi sebab aku tahu jenis2 makanan kat sana kerana dibesarkan di sana (berapa byk sana daa..)
Ada 26 guru bawah booth semenanjung timur..kami buat collection rm10 sorang, tempah nasi kerabu kat restoran Bob Kingfisher, kami cuma potong sendiri ulam2 je untuk jimat belanja..ngan tiada masa nak buat..ngan tak ada org berani masak nasi kerabu byk2 gitu..so lebih senang tempah..kami juga tempah pulut pagi tapi disebabkan oleh miscommunication..tak ada pulut pagi, jadi dia ganti dgn nasi dagang..oklah jugak..then kami gotong royong buat 'butir nangka'
Inilah booth kami..siap hias dgn wau bulan dan kain batik lagi tu...idea akulah tu
Ikan goreng, kelapa dan kuah serta budu..utk nasi kerabu..kat sebelah atas tu nasi dagang dan sekutunya..pisang tu sorang guru dalam groupku sponsor..dan dalam periuk ujung sana, butir nangka....
Nasi kerabu warna biru....
Ini kat meja sabah..soto banjar..
Pecal...meja sabah gak
Buah kembayau..first time aku mkn...
Kek lapis..mana lagi kalau bukan dari booth sarawak..isteri guru kat sek tu yg buat..business dia menjadi2..time raya hari tu..ribu riban dapat..untungnya org pandai masak ni....kat meja sarawak jugak ada laksa sarawak...dll
ni kat bilik ERT gotong royong buat butir nangka..abis rosak aku punya periuk tu diorang godok2..huhu..lama dah aku beli tu kat Tawau dan dijaga dgn baik..tapi...sedihnya..bercalar2 dibuatnya....aku jumpa sebiji cawan lama kat bilik ERT..tiada sanak saudara dah..aku kenan, mintak dgn cikgu ERT, dia bagi..nnt aku tunjukkan..
Wajah2 gumbira mengambil tempat untuk ceduk nasi kerabu...majlis belum mula lagi cikgi oii..
Mula je majlis makan..ramai yg serbu pegi ambik nasi kerabu..laku sungguh..hehe
Meja semenanjung barat tak snap..tapi kat situ ada nasi beryani, laksa penang dan mee goreng..makanan banyak yg lebih, siap bertapau2 lagi...yalah walaupun kami bukan sediakan utk 100 guru tapi makan sana sikit, sini sikit dah kenyang...
Lain kali boleh buat lagi..tapi tak nak masak apa2lah..tempah aja lebih senang..sebab penatnya hingga menggigit2 kaki...padahal wat butir nangka dan potong sayur je...hehe
3 comments:
Best la kalau camni Azah..good idea..nanti nak jugak wat camni...kreatif dan meriah..
yup, nampak betol2 meriah ni..kenyang perutla semua cikgu2 hari tu..bestnya nasi dagang..lama tak makan..kak, ain pun buta jual gak nasi kerabu,boleh la lain x kalu nak tempah..hehhehehe
hasnah..memang best banding dgn masing2 bawa makanan sendiri..
ain, memang kenyang betul..sampai petang tak payah masak..hehe..ya ke?.lain kali akak tempah..actually hari tu nak tanya ain, tapi ada cikgu dr kelantan tu suggest suruh ambik kat bob tu, sebab dia ckp yg dia beli kat bazar ramadan semua tak berapa sedap..bila kami tanya harga, agak berpatutan gak, kami pun tempah dgn bob tulah
Post a Comment