Sunday, October 16, 2011

PML Bunga gandum

Salam pagi ahad, kalau datang rajin mmg bertalu2 buat n3..hehehe

Lama dah tak share PML yg ada..sebab utama malasss...kebetulan share dalam facebook teruskan kat sini juga..
Set cawan memang dah lama dapat, kira antara koleksi awal ketika terbabit dalam kancah PML, dapat dari yah JB, kemudian dapat ibunya, si aladin dari anak muda kat perak nun ,zany tapi bunganya kehitaman sikit sedangkan cawan bunga kuning, so let go dgn radia, actually barter utk dapatkan teko idaman hatiku dan semua, 2 tone roses...so jom lihat apa yg akak dapat lepas tu..

Teko beli dengan Linawati, dia pun let go sebab tak sama warna bunga dengan cawan, sugar dan creamer yg tak ada tutup daripada Tajudin dan piring dari nur bumi kenyalang..hmmm dari pelbagai sellers dan pelbagai negeri kan...

Berdiri tegak teko tu kat dalam lemari..

Kalau dilihat, masih tak sama warna bunga di teko dan cawan tu kan...tp bolehlah drp menunggu bagai buah tak gugur, species ni pun dah terancam, pemburu pulak masih ramai yg mencari..

Semua bersatu kat dalam lemari kaca, sugarpot terlindung di belakang teko sbb tak muat nak letak kat depan...

sekarang kira boleh la tutup buku untuk set gandum ni...

Sob..sob..sob..inilah teko aladin yg telah dilet go, warna bunga gandumnya agak kehitaman kan...

Lihat perbezaan warna pada bunga2 gandum ni...

OK tata..tata..hav a nice weekemd...

No comments: