Hari Ahad yang lalu dapat 3 undangan..mula2 p majlis kahwin anak rakan lama...malas nak masuk dalam rumah ambik gambar dgn pengantin, aku bergambar aja dgn ibu pengantin yg cun tu...ni rakan satu kawasan perumahan semasa menyewa rumah dulu, lepas tu masing2 beli rumah sendiri dan jarak rumah kami pula sangat jauh ...tp kami masih lagi ziarah menziarahi ketika hari raya jika tak balik kg...
Lepas tu pegi open house rakan sekolah (tak ambik gambar sebab dok makan tak hengat donia hehe)..org Johor jadi specialty dia mestilah laksa Johor...sedap sangat..sampai menambah..ada gak nasi tomato tapi tk makan sebab lepas tu ada lagi jemputan ketiga....
Jemputan ke tiga kat rumah Maria yg kenal melalui blog...kami dah banyak kali jumpa dan Maria pun dah dtg rumahku 3x kalau tak silap, tapi aku baru kali pertama pergi rumah maria sebab tak familiar dgn area rumah dia, kali ni p dgn husband, itupun pusing sana sini tak jumpa... akhirnya call maria dan husband Maria bagi direction...Segan nak ambik gambar makanan yg terhidang di open house maria, ambik gambar dgn maria pun bolehlah....
Maria dah nak transfer ke KL akhir tahun ni..huhuhu...hilanglah seorang rakan yg baik w/pun jumpa kat alam maya aja...namun dgn kemudahan tenet..harap2 persahabatan berkekalan..
Kat rumah maria, makan laksa penang aja sebab dah kenyang sangat dan juga kek yg maria buat sendiri...kalau ada jemputan lagi lepas tu memang tak boleh makan sebab dah mcm ular sawa kekenyangan..hehehe...
Tuesday, September 28, 2010
Saturday, September 25, 2010
Selamatkanlah ia...
Mungkin inilah kali terakhir kita akan dapat melihat menara Atkinson ni..sayangnya..tolong jangan robohkan peninggalan sejarah yg berharga ini utk tatapan anak cucu akan datang..jangan hanya mereka mengenali dan melihat menara ini dalam gambar sahaja dan melalui buku sejarah sahaja...
Pemandangan dari atas bukit
Menara ni terletak berhampiran Padang Merdeka dan terminal bas Kota kinabalu..ditengah2 bandaraya Kota Kinabalu..setiap kali kumelintasi tempat ini memang aku suka melihat menara dan jam tu...sebab semua yg lama dan antik aku sukaaa...
Dan perkhabaran menyatakan bahawa menara ini akan dirobohkan untuk membina hotel dan shopping mall...shopping mall lagi!!!...pelancong tak akan datang ke Sabah utk ke shopping mall..mereka mau melihat warisan peninggalan sejarah.............Please Save Atkinson
Tower................
Pemandangan dari bawah bukit

Sunday, September 19, 2010
Teko Aladin dari Mesir dan Teko Gandum
Salam pagi Ahad...mood nak buat n3 berkobar2 sebab line tenet dah laju giler...kihkih...sambil2 siapkan kerja sekolah yg due ESOKKKK...aku buat kerja2 sampingan ni agar tak meroyan dek mengadap kerja sekolah yang tak habis2....
Dua teko alladin ni datang jauh dari Mesir...ni kirim kat ex student yg belajar kat Mesir...awal ramadan hari tu dia balik bercuti dan menyambut hari raya so ex cik gu yg giler teko ni ambik kesempatan kirim...melalui FB kerja2 pengiriman menjadi sangat mudah..hihi...teko ni berat..bukan jenis ringan tu..nnt nak kirim pelita pulak...hehehe...sebenarnya teko yg satu tu warna hijau muda..kenapa dalam gambar jadi biru pulak????...
Setelah sekian lama menunggu ibunya...maka pulanglah ibu gandum ke pangkuan anak2nya..teko ni beli daripada anak muda yg minat barang2 lama...datang dari Perak, tak lain tak bukan daripada anakanda Ezany..(anak tau sebab sama umur dgn anak sulungku)....cawan2 tu memang ada 6 set(dah ada buat n3...malas nak snap balik)...semua cawan dan piring dapat daripada Yah di JB...akhirnya dari dua negeri bersatu di Sabah...tapi bunga gandum teko tu lebih gelap sikit..anak2nya cerah...
Ok..jumpa lagi..esok sekolah dah..malasnyerrrrrrrrrrr....

Saturday, September 18, 2010
Set Two Tone Roses
Salam 8 Syawal semua...walaupun semua rakan2 masih dalam mood raya aku nak n3 barangan porcelin sebab rindu dah nak post koleksi porcelin kat sini..
Gift drp shariff..bekas kristal berbentuk buah pear..unik ni kalau letak cincin utk pertunangan ...terima kasih shariff
Koleksi2 2 tone yg lain...siaran ulangan..
Ni oval plate yg pecah tapi dah dicantumkan dan boleh display bersama yg lain..
2 set cawan dan satu piring kuih...
3 set cawan mulut lebar drp CMG..
4 sets cawan daripada nur sarawak...
SAPA ada TEKO???....
Lama dah beli set 2 tone roses drp shariff ni....disebabkan tenet dah laju sekarang(harap2 berterusan..)...barulah dapat buat n3..set ni memang menjadi pojaan ramai..tapi nak melengkapkannya perlu kesabaran, wang dan kepantasan membuat transaksi urus niaga..hihik..serta kena kuat ronda sana sini supaya tak terlepas pandang...
Hajat hati nak kumpul set cawan dan teko saja tapi...ishhh..tak boleh tahanlah tgk piring ni, asyik menggoda aja...so beli juga..skrg ni hanya menunggu cik teko yg tak kunjung tiba..shariff kalau ada teko akak nak ya..
Gift drp shariff..bekas kristal berbentuk buah pear..unik ni kalau letak cincin utk pertunangan ...terima kasih shariff
Koleksi2 2 tone yg lain...siaran ulangan..
Ni oval plate yg pecah tapi dah dicantumkan dan boleh display bersama yg lain..
2 set cawan dan satu piring kuih...
3 set cawan mulut lebar drp CMG..
4 sets cawan daripada nur sarawak...
SAPA ada TEKO???....
Friday, September 17, 2010
Pekan Pilah Yg semakin Sunyi
Mentang2 la line internet laju, malar aja aku buat entry mcm tak ada kerja pelak..hihi..sebenarnya masih dalam mood kat kg..segala macam perasaan masih terbuku di hati..itu yg kerja lain tak menjadi..masih ingat kampung...
Agaknya bila aku balik tahun depan pekan Pilah makin menyepi..baru2 ni banyak kedai yg tutup..kedai2 yg ada pun nampak tak berseri..mengikut kata sepupuku, org semua lebih tertumpu ke Pekan Bahau...bulan 12 hari tu pergi Bahau memang nampak happening sikit banding dgn kolopilah....harap2 jgnlah Pekan Kuala Pilah jadi pekan cowboy pulak....

Teringat Kampung!
Macam sedih jer tinggalkan kg semalam...lebih2 lagi meninggalkan emak sorang2 kat sana...tp apa boleh buat..terpaksa..
Setiap pagi dan petang..asyik tgk lembu2 ni melintasi depan rumah mak...riuh cucu2 saudara yg kecil2 melihat lembu sebab mereka jarang tgk lembu, takut tak kenal nnt...dulu pernah masa anakku masih kecil, bila lihat kambing kat kampung dia cakap anjing...hihi..yg naik motor tu tuan lembu tu sedang escort lembu2 tu balik ke kandang...
Gambar raya 2010..adik beradikku dan mak...susah nak kumpul ke lima2 beradik ni sebab masing2 tinggal berjauhan..raya kali ni berpeluang bergambar semua..kat depan abang, mak dan yg rambut panjang tu adik bongsu...yg tudung pink tu kakak, dan kat tgh tu adik and me..masing2 tgk entah mana2 sebab byk kamera kat depan....
Tak tau kenapa line tenet laju jer pulak lepas raya ni..nnt bolehlah update selalu...ni saja2 nak hilangkan sakit kepala...chow...selamat menghadiri open house...

Thursday, September 16, 2010
Dah nak balik Sabah
Tuesday, September 7, 2010
Selamat Hari Raya!
Alhamdulilah dah selamat sampai kampung malam ahad lepas....blog masih sekali sekala saja dapat update kerana slow ya amat...kalau nak upload gambar pun, gambar yg kat dlm tenet jer boleh, kalau kat folder tunggu rimau tumbuh janggut pun tak dapat...
So my e-kad raya tahun ni simple aja..copy paste dari tenet..nak beger2 dah tak boleh...anyway yg penting ingatan kpd kwn blog(yg semakin sunyi sepi dah juga) tetap ada............dikesempatan ini diucapkan :-

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF DARI HUJUNG RAMBUT KE HUJUNG JARI KAKI JIKA ADA PERKATAAN DAN TULISAN YANG MENYINGGUNG BLOGGER2 DAN SILENT READERS....YG BAIK TENTUNYA DATANG DRP ALLAH DAN YG TAK BAIK TU DARIPADA DIRI KU...........BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
Subscribe to:
Posts (Atom)