Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA ! MERDEKA! MERDEKA!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN BUAT SEMUA RAKAN BLOG DAN PENGUNJUNG BLOG INI............HAYATI ERTI KEMERDEKAAN SEPENUHNYA............

Monday, August 30, 2010

Menjelang Kemerdekaan (3)

Count down to merdeka day...............Selamatkanlah bumi ini dari segala badai bencana..kembalikan keamanan agar warga Malaysia boleh hidup dalam aman damai.............
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sunday, August 29, 2010

Menjelang kemerdekaan (2)



Salam hari Ahad..teruskan dengan semangat patrotisme dengan mengingati jasa tokoh2 kemerdekaan. Tanpa usaha mereka kita tak akan merdeka tanpa pertumpahan darah..........kita tidak akan hidup aman seperti sekarang walaupun bibit2 awal tanda tiada sikap toleransi antara kaum mulai timbul...malah antara kaum sendiri dah mula bertelagah............siapa yang akan membantu kita sekiranya negara lain menyerang???..................mari kita bersatu dan melaungkan kemerdekaan bersama...............

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Saturday, August 28, 2010

Menjelang kemerdekaan (1)

Salam semua....hari ni moody semacam jer..dahlah sekolah seperti biasa sebab ganti cuti hari raya, exam papers kena reject sampai 2 kali oleh sebab2 yg remeh temeh....kat sekolahku ni buat exam paper macam buat strategi nak menyerang negara lain...semua mesti betul dari segi ejaannya, noktah komanya, line mesti straight, perkataan yang dihitamkan, di italickan, space antara soalan...semua mesti perfect, siap dgn segala perkataan sulit bagai...
Kemudian kena melalui guru matapelajaran, ketua panitia, ketua bidang dan penolong kanan..setiap sorang kena tandatangan..kalau tak lepas mana2 satu kena reject.........seminggu tu kira paling cepatlah paper keluar semula utk diperbaiki.....bayangkan kali ni aku kena prepare 5 soalan yg berlainan...mau tak naik darah...semua nak kena baiki dan kadang2 atas sebab yg remeh temeh...perkataan tak bold atau di italickan...ya lah students tak akan cakap, cikgu saya tak mau jawab soalan ni sebab cikgu tak bold nombor soalan ni...ya tak?....yg geramnya soalan EXCEL daripada jabatan pelajaran negeri tak ada pun di bold atau di italickan...........betul2 gerammmmmmmmmmmmmmmm sebab yg kat bahagian penapisan tu ada yg cerewet bagai nak rak.......pandai2 lagi tukar perkataan mcmlah paper tu paper BM...dan yg bikin gerammmmmmmmmmmm lagi perkataan yg dibetulkan tu salah....aku tak faham , seolah2 dia seorg yg pandai bahasa...padahal hancusssss...................hmmmm..kurus puasa aku hari ni.............


Ok ok...maaflah kalau yang baca ni ikut tension sama.......hari kemerdekaan hampir tiba tapi semangat kemerdekaan tak nampak sangat terutama di kalangan anak muda...jangan nanti negara kita diserang musuh, semua melarikan diri masing2......

So menjelang kemerdekaan ni sama2 kita hayati senikata lagu negaraku....


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Thursday, August 19, 2010

BIRD HOUSE...

Lama tak buat n3 kat blog...sebab UTAMA...gambar ambil masa berjam2 utk upload, itupun kalau dapat, selalunya tak juga dapat...sebab kedua..tgh memulihkan kesihatan yang tak mengizinkan sekarang..selepas balik drp Putrajaya hari tu, aku demam..bila check doctor BP shoot hingga 160/100...hari kedua turun sikit 158/98...kelmarin 133/85..allhamdulilah, tapi penyakit lain timbul pulak...rasa macam 'high' aja..berpusing2 dan jalan pun macam nak senget2 ke tepi..kelmarin dulu sikit lagi nak jatuh dan hari ni pun sama tak boleh berdiri, rasa graviti dari bawah menarik...tak tau apa pulak yg tak kena..Semoga aku tabah menghadapinya...

Oklah..sebenarnya ni gambar upload kat FB then copy ke sini baru dapat...saja2 nak share rumah burung yang tak ada burung...


Tinggi rumah burung ni siap ada kaki lagi tapi tak ambik gambar penuh..rasa2 dalam 6'kaki kot..siap dah decoupage dengan tisu...beli dgn penjual yg saja suka2 buat benda ni...rm50 aja tu..murah kan??..

Ni bird house untuk digantung..tp belum digantung sebab belum jumpa tempat yg sesuai...beli kat kedai deco yg nak 'move out'...sale price for only rm25...besar bird house ni...yang nampak terkopak2 tu..disengajakan utk nampak rustic and country....and i luv it even more....

Ni bird house yg pertama..beli kat kedai yg sama jugak..dah buat n3 ttg bird house ni..sesuai utk letak tepi dinding...yg ni mahal sikit rm50..

So setakat ni ada 3 la bird house..semua besar2....cukup la kot..hehehe..boleh ke anda percaya??
Jumpa lagi..chowww

Saturday, August 14, 2010

Kelly"s Giveaway

Sapa nak apron ni???..jom enter giveaway kat blog Kelly...ada 10 apron untuk dimenangi..kalau gantung kat dapur apron tu macam sedap jer nampak cupcakes ...bagi inspirasi utk memasak....tarikh tutup 25 Ogos...jgn lambat2 ya..sila klik kat sini..

Mrs Nor Giveaway


Sapa2 nak beraya dengan gadgets baru seperti di atas tu dijemput untuk menyertai giveaway yang dibuat oleh Mrs Nor...jom....cantik2kan dan 'very English'....

Sila klik kat sini untuk maklumat lanjut..

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadan

Buat semua pengunjung blog ni...semoga dapat menjalankan ibadah berpuasa dengan baik...ampun maaf diminta jika ada terkasar bahasa, tercuit perasaan dan yang terlebih dan terkurang..........

Friday, August 6, 2010

Jumpa Chempaka Lavender

Salam pagi Jumaat...seperti yg dinyatakan, petang kelmarin jumpa Chemp..tenguk la bentuk badan kami mcm sama jer kembangnya..hihi..sorry chemp..

Kami tukar2 barang (apa lagi brg english dan antik la)sambil cerita2 kejap....hari sabtu nnt insyallah kembar tak seiras ni akan jumpa lagi kat SOGO....gambar barang yg chemp bagi belum snap lagi..nnt esok sebab semalam lambat betul kuiz tu habis, lepas tu sesi bergambar lagi..

Students cakap soalan semalam susah betul...terutama ttg pelaburan...tak apalah, dah menang peringkat negeri pun kira ok lah tu...."anda semua pemenang tiada pengalah" hihi..tiru Vince..chow

Thursday, August 5, 2010

Dah sampai...

Salam..dah sampai kat hotel tengahari tadi...tadi petang jumpa chemp..tkasih la chemp sebab drive begitu jauh ke sini...begitu ikrab hubungan di alam maya sampai sanggup berkorban apa saja..mcm lagu P.Ramli jer....

Hotel Marriott ni grand giler bangunannya..5 stars...bila lagi nak merasakan?..tumpang2 rezeki anak muridlah..tp bilik ni mcm hotel kat Tawau hari tu..hotel Marco polo..kwang3...

Ok sampai sini dulu...tenet kat sini pun tak laju sangat..chow nak bersiap for dinner and the competition...

Wednesday, August 4, 2010

Ke PutraJaya Dengan Harapan

Salam semua..hish2 lama betul tak bersiaran dari blog..malas sebab tenet masih lagi menyiput...kalau bersiaran tanpa gambar ttu tak syok kan..gambar ni pun ambil dari fb..kat sana senang sikit upload gambar...

Tajuk kat atas tu mcm ala2 tajuk drama pulak...hehehe..esok kul 10 pagi kami berempat yg dalam gambar kat atas tu..akan beraksi ke peringkat Kebangsaan selepas menjuarai peringkat negeri Sabah....sama2lah pembaca (kalau ada orang baca)...berdoa utk kejayaan kami..

Bukan senang nak menang kalau dah sampai ke peringkat ni sebab berentap dengan semua juara setiap negeri yang semestinya mantop2 belaka...yang penting cuba dan berusaha serta bertawakal sajalah..

Esok malam pertandingan kuiz secara bertulis dijalankan untuk semua peserta...mereka kena jawab 10o soalan..kalau aku mesti dah memengsankan diri dah...3 kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan masuk ke final dan dibuat secara lisan seperti peringkat negeri jugak...final akan diadakan pada hari jumaat kat Dewan Seri Endon Putrajaya....sehari berkampung kat situ..sapa2 yg dekat tu jomlah tgk kuiz...

Hari Sabtu baru balik ke Sabah..flight pukul 8.00 malam, students nak p jalan Kl, so aku plan nak ke KL Central terus check in barang2 dan jalan kat SOGO aja, tak berani nak bawa anak2 orang kat sekitar Jalan TAR tu, duduklah kat dalam SOGO tu, semua ada...sapa2 nak ikut berkampung bersama kami kat SOGO jommmmm