Thursday, December 24, 2009

WE DID IT AGAIN!!

Syabas kepada semua guru dan pelajar2 PMR 2009..sekali lagi sekolahku mendapat pencapaian yg amat memuaskan..

Peratus belum la mencapai 100%...yalah dgn jumlah murid yg ambil PMR 344 orang amat mustahil nak capai 100%..tp peratus 90.2% dah cukup baik. 42 orang dapat straight A's...tadi aku pun kena pegi sekolah beri result pada murid kat dewan sekolah..yg dapat semua A memang melompatla..tapi yg kasihannya ramai murid yg dpt semua A bagi subjek lain tapi Bahasa Cina yg mereka tak score, kalau tak mesti lagi ramai dapat A.

Apa yg lebih membanggakan, sekolah ni top 3 seluruh sekolah di daerah Kota Kinabalu (semuanya ada 29 sekolah)...
1. SM Sains Kota Kinabalu (ni memang murid terpilihkan?)
2. SM St Francis Konven KK (jumlah pelajar PMR ialah 100 lebih je)
3. SEKOLAH AKU..YEAAA
4. SM All Saints KK..
Sekolah asrama penuh lain iaitu SMK Agama KK dan SMK agama Inanam pun kalah..kalau top sabah pun selalunya kami akan berada kat atas..sebab SM Sung Siew Sandakan dan SM Sains Lahad Datu selalunya akan merampas carta atas jugak..lain2 sekolah di daerah lain rasanya tak adalah kot.... hari Isnin baru tau ni...

Antara murid yg score straight A's bergambar bersama pengetua sekolah..Tahniah..you made us proud

Juga kepada guru2 yg ajar mereka (aku ajar form 4,5,6 )..kerana usaha anda yg tiada noktahnya..

Next week (monday) mulalah segala meeting, pendaftaran semula murid, meeting lagi, perancangan yg mcm2..mulalah balik aku migrain setiap hari..hehe..so blogging pun terhadlah..habislah peluang aku nak bersoping kat sini..sebab mungkin sekali sehari jer bukak tenet, tak sempat..hehe..itu agenda dan susun galurnya..yg practical we wait and see..(tgk2 aku jugak yg laju bersoping dan berblogging)..

6 comments:

ain said...

Tahniah ye kak!! sekolah anak sy zati, kolej tunku kurshiah dapat 95.4%. out of 109 students pmr, 104 dpt 8As. Alhamdulillah zati is one of them!!! nak capai 95.4% tu memang la susahkan, nak maintain tu lagi la super susah!!

azah said...

wasalam ain..tahniah utk zati, mujurlah ketiadaan bapanya tidak mematahkan semangat zati...itulah, sek yg best2 pun tak boleh dpt 100%..sekolah harian lagi la..tahniah sekali lagi buat zati dan harap dia boleh main utk SPM pulak.

fitty's pinky rose cottage said...

tahniah kak azah..

btw skolah SM Sains Kota Kinabalu tu dulu Skolah Berasrama Penuh Sabah (SBPS) ke?

Skolah St Francis Convent tu dulu skolah saya.. hehehhe.. hidup St Francis.. hehehehe

azah said...

thanks fitty..ya..sm sains sabah tu sbps..st francis konven pun kira murid2 okay jugak tu kan?..

fitty's pinky rose cottage said...

ahhhh ok.. i went to both school.. hehehhe

azah said...

dah agak dah mesti fitty ni 'got brain' punya org...tahniah!..