Sunday, January 25, 2009

AWARD AND TAG




Hmm first time dapat award ni..teruja gak..kot naik atas pentas nanti tersadung kat tumit tinggi jatuh terlangkup sapa nak angkat...malu i..hehehe..

Pas tu kena pulak jawab soklan..tak ke terketar2 depan org ramai nih...

Syarat2nya
1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.~

dah buat ooo, nasib my internet connection dah ok kalau tak tunggu tahun depan laa

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda -


Dapat award ni daripada Rozie- Rasa2nya dia orang pertama aku hantar mesagge semasa mengenali dunia blogging..dia tak kan menghampakan setiap kemusykilan yg menimpa aku..ehh mcm emotional je nie, kang keluar pulak air mata nie...dlm bahasa mudah dia selalu tolong aku kat alam siber ni..kalau dia tak tau..dia akan cari gak jawapannya and come back to me later..baik hati sungguh..pandai masak, creative, innovative..nie yg takut ni semua"tive" dah nak disebut...satu nogori pulak tu dgn den, sama2 lao shi(cari sendiri maksudnya ok)..aku rasa dia mesti pandai lukis gak...aku sikit2 je pandai....apamacam agak2 lepas ni mesti dapat kek tujuh tingkat dari rozie

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

Puas pulak den nak mikir nih..selalu aku yg suruh org buat homework..ni kena buat sendiri pulak

a. Suka jalan, lagi jauh lagi best...oversea la tu

b. Suka pokok bunga tapi malas nak bege..

c. Suka bab2 seni ni..melukis, crafting, home decor

d. Suka kucing..p tenguk n3 pasal kucing aku..semua cute2 je

e. suka shopping..tak hengat dunia ni kalau shopping

f. Tak suka orang yang sombong...kalau kat alam siber..aku tegur2 tak jawab..aku bawa diri terus...hehehe

g. Tak suka perempuan yamg ketawa mengalahkan .......apa2 jelah korang rasa

h. Tak suka orang yang megah2 diri..

i. cepat tul nangis...tak leh tgk org nangis atau apa2 citer sedih sikit..meleleh2 air mata..adik beradik neng yatimah nie..kalau tak kenai..dia ni pelakon air mata zaman dulu2...

j. LAST...fushhhh apa ya...aku nie baik orangnya...puji diri sikit...kalau orang baik dgn aku la..kalau orang jahat aku lagi jahat..ambik kau....

DAH SIAP...nak bagi sapa ya..

1. Marsya

2. Combi

3. Gee

4. LG

Rozie, berapa markah dapat ni,,,

2 comments:

echah_syed said...

homework dah siap cikgu..! :p

Eye_mEe said...

first time dpt yee... hehe...