Wednesday, July 21, 2010

Update tanpa gambar

Salam semua...lama betul tak update blog ni..entah kenapa susah betul nak upload gambar..tenet sangat2 menyiput, yg herannya kawan2 kat KK mcm Ita, nizie, seri, ryana boleh pulak masuk gambar..betul2 tenet ni nak suruh aku merehatkan diri agaknya

Banyak nak story mory sebenarnya, nak kongsi barang2 yg dibeli tapi....benci betul kalau berjam2 tunggu gambar masih tak keluar2, ada jin ke yg menyekatnya..hish..minta dijauhkan

Pukul 12 tenghari tadi aku baru landing kat Kota Kinabalu International Airport dari Tawau...kelmarin bertolak ke Tawau bawa murid2 ke Pertandingan Kuiz PNB..alhamdulilah kami menang dan 4 Ogos nanti akan berentap kat Putrajaya bersama semua peserta dari negeri2 lain...kalau tengukkan soalan kelmarin, banyak pasal sekuriti, ttg pelaburan..dan konsep2..mana la nak cari info lagi ni ya..ada tak rakan2 kat sini boleh bantu????

Pagi tadi sempat jugak hunting kat apek Tawau sebelum bertolak ke airport...hehehe..masa aja tidak mengizinkan, dan kedai pun byk belum buka kerana masih awal...apa yang aku dapat??? tak banyak......
....Sebuah tureen kangkung yang mempunyai banyak telinga dengan bunga warna pink antara celahan bunga kangkung dan chop kat belakang 'made in china' berwarna merah seperti teko bulat yg rare, dapat kat Sandakan hari tu..sayangnya tureen tu tak bertutup, tp tetap kurembat jua memandangkan aku belum penah tenguk tureen sebegitu di mana2...

Satu lagi penutup tureen bersaiz mungkin 6 in (agak2 saja ni..belum ukur)..bunga twin roses...aku celik2kan mata juga cari badannya setelah salesgirl tu ckp badannya tiada..tp memang sah tak ada disitu...ada nampak jugak set macam ryana jual..set bunga rose yg lengkap dengan cawan teko, sugar dan creamer pot, piring dan platter dgn rega berbaloi2 tapi sebab tak sempat nak repacking semula aku terpaksa tinggalkan dia di situ utk peng'hunter' yg bertuah..huhu..kalau tak boleh jadi modal utk barterkan?

Beginilah set yg jumpa kat Tawau tadi...elok je posing kat rak (ni yg aku beli
drp ryana dulu..gambar lama copypaste drp n3 lama)

Terkilan jugak rasanya tak dapat melawat semua apek2 yg berpotensi kat Tawau..lain waktu lain ketika harap2 kudapat pergi lagi hunting kat sana..jauh tuuuu....ok..wasalam semua

5 comments:

Shariff64 said...

salam kazah..cantiknya koleksi ros nie..tengok teko-nya grand bangat tue..simpan baik2 ya akak.

echah_syed said...

salam azah..

anak dara combi dapat posting kat SMK ABD RAHIM 11,KUDAT.hubby azah org kudat kan.nak tanya kot azah tahu mana nak carik rumah sewa area situ ataupun tempat yg berdekatan dgn sek dia.

kalau ada hotel yg sewa bulanan dgn kadar murah pun boleh jugak.

ni nom combi 013-8660161 atau rumah 088-788164

thnx azah :)

azah said...

wasalam shariff...memang comel..kalau dpt bawa balik yg jumpa kat Tawau tu,mesti boleh barter dgn shariff kan?..hehhehe

azah said...

wasalam combi..dapat kat Kudat ya..nnt akak tanya hubby akak dan bagitau combi ya..

ItaJeff said...

Salam K.Azah..

sempat jg hunting kak? nnt upload gmbr k