Tuesday, July 19, 2011

Gathering dgn rakan2 FB Sabah

Hari Ahad lalu occupied masa dengan gathering yang dibuat di Dewan Perkumpulan Perempuan KK...bukan setakan pot pet2 saja, tapi pengisian lebih kepada pameran, jualan dan demo..
BEST>>BEST>>BEST..tahniah kepada penganjur..Ruby..lain kali kita buat lagi ya...

Biskut raya untuk jualan...boleh test and try..nnt order utk raya..

Rakan2 yg selalu menyapa kat group SCESG...Nieza dan Nizie...dua2 muda belia lagi..

Hasil folksart Nizie dan decoupage Ruby....utk pameran dan jualan

Pn Dayang sedang menunjukkan cara decoupage....mcm naik balik semangat nak decoupage setelah lama tinggalkan...

Nizie sedang demo cara melukis folksart...kalau ambik kelas kena bayar, ni demo percuma aja..terima kasih daun keladi...

Akak sedang try lukis...nak lukis roses memang tak pandai...lukis daisy senang sikit tp itu pun tak cantik...tak pelah first time kan..

Hamper raya ...cantik bekas cookies tu, akk dan nizie dok berkenan yg tu....hihi
Pn Seri Kandi, dari astana Jentayu menunjukkan cara menghias hamper...


Seperti biasa 'family photo' pada akhir sesi...terima kasih semua...nnt kita buat lagi...

Friday, July 15, 2011

Teko kangkung make over

Teko ni beli dah lama kat kedai apek di Sikuati, Kudat...tapi tak ada tangkai...asyik tertangguh aja nak modified guna hanger tapi tak juga buat...penyakit M amat tebal dan susah nak diubati itu yg tak menjadi kerja..

Then azian jumpa tangkai rotan kat kedai apek dan sudi pulak share dgn kawan2...barulah dtg rajinnya...kini teko tu tak cacat lagi..tadaaaa................

Hujan lebat sekarang..malas dah nak berceloteh..rasa nak tidur jer...tata...

Sunday, July 10, 2011

Ole-ole dari UK

Sapa tak suka dapat hadiah?..kecuali kalau dapat hadiah kerana ada udang di sebalik mee..kira hadiah yg boleh membawa dosa dan bala...kerana dianggap rasuah....memang ahkak tak sukee..

Ole2 ni akak dapat daripada ex-student yg belajar kat UK, so kira tak leh nak rasuah la kan, sebab dia dah lepas sekolah, kalau tak mesti kena bagi A aja kat dia kan...hehehe..last week dia dtg sekolah, seorang amoi yg cantik dan akk mengajar dia masa dia form4 dan 5...masa form 5 akk jadi guru kelas,so kira rapatlah dgn dia, lagipun dia talkative,macam bertih goreng..hehehe

Royal Albert Teapot yg comel...kecil aja ni..tak pe, kalau nak beli sendiri memang cecah puluhan ringgit juga...at least dapatla merasa teko pak Albert, buat penawar menunggu full set....amin


Round table cloth jenama Ashley...memang sesuai dgn konsep rumah akk..engtik...hehe

Raya nanti boleh la pakai tablecloth ni dan meja makan pakai table cloth yg diberi oleh yan...sedondon jer warna pun...memang rezeki utk raya akak, tak payah beli dah...aminnn

Nak 'bersih'kan rumah sekejap lagi...tata and have a nice weekend....

Wednesday, July 6, 2011

Johan kuiz Pelaburan Negeri Sabah

Kami johan peringkat negeri sabah lagi!!!...
Lokasi Dewan Masyarakat Beaufort
Tarikh: 5 Julai 2011
Masa: 2.00 hingga 5.30 petang
Peserta: Akmal, OhHui Seng, Nur Shahirah





cikgu pun nak posing sendiri jugak...hihi