Monday, May 30, 2011

Selamat menyambut hari kaamatan!!!


Gambar di ambil dari blog greatbosing.blogspot....Ratu Unduk Ngadau 2010 ~Crystel Eve Huminodun (my ex-student..congrates)...

Tadau Kotobian Kaamatan..or Selamat Hari Kaamatan kepada masyarakat suku kaum kadazan dusun sabah. Petikan tentang sejarah perayaan tadau kaamatan ini dipetik daripada blog cikgu Norhazalina...

Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.

Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.

Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada berasubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. (nasi) atau

Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

Asal-usul Magavau

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.

Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran

SELAMAT BERCUTI...

Saturday, May 21, 2011

eeee ULAR SAWA!!!!

Ular sawa ni mengerjakan ayam seramaku..semalam dia dtg lagi...hubby tak ada, minta tolong jiran tangkap...mula2 depa ingat nak masuk dalam karung, tak mahu bunuh...tp dia melawan....lagipun tak expert nak masukkan dalam karung, kang mereka pulak jadi mangsa so mereka tetak...dan dagingnya tak di sia-siakan, telah dibahagikan kepada 2 kaum suku dusun utk santapan mereka....eeeee...dari semalam aku tak makan ni....minum air aja....

Lapan kaki panjangnya....

dah putus kepala pun masih boleh nganga..nak ngap mangsa...

kulit tu kalau buat beg cantik kan???..hehehe..

Sunday, May 8, 2011

Kad Hari Ibu daripada Mat Gebu

Terima kasih Mat...semoga mat diberi kesihatan dan kudrat untuk menjaga ibu mat....dan Selamat Hari Ibu kepada Semua...

Wednesday, May 4, 2011

Yang Merah Samar..Rosa dan sekutu2nya..

Dah lama tak update blog..sibuk kat fb aja.. rasa kasihan pulak blog yg dulunya meriah ditinggalkan begitu sahaja...ibarat meninggalkan barang2 lama yg tinggi nilainya...

Kali ni nak share yg pink2 saja...sebelum harga naik lebih mendadak dan supaya tak kempunan nak memiliki set meakin rosa, maka pencarian pun bermula..

Mujurlah Rizal bermurah hati nak tolong carikan...dapatla tureen pink yg comel ni..

Teko pun Rizal tolong beli, yalah akak ni jauh di seberang lautan, manalah ada byk peluang menghunting...thanks Rizal...so sweet of you..

Piring besar drp rakan fb mak jah dan yg lain2 tu hunting sendiri..semua ni species biasa bukan meakin..tp ala2 gitu, so boleh la mix and match...nnt set cawan2nya akan dimasukkan kemudian..nak p ambik anak kat sekolah sekejap...tata..

DAh Balikkk...
Ni piring meakin ya...daripada Ajmah..

Dan set cawan pink tanpa cop mohor ni daripada Taslimah..

Alhamdulilah...cepat betul nak melengkapkan set merah samar ni sebab banyak species yg sama....so tutup buku utk koleksi pink, melainkan dapat sugar dan creamer yg murah2..hehehe..mana nak dapat ya...???