Sunday, December 26, 2010

Sweet Rose Set For Sale!!


FOR SALE - FULL SET SWEET ROSES
~1 teko tinggi
~1 creamer
~1 sugar pot
~6 cup and saucers ~ cawan jenis kecil
~6 piring kuih(side plates)
~1 piring kek(cake plates)

Old stock but fresh from apek
RM200 termasuk Postage

Sunday, December 5, 2010

Family Trip to Langkawi Island

Seronoknya bila hubby cakap 'jom kita p langkawi'..hehehe...tugasku book tiket, hotel dan cari mana tempat2 utk dilawati...keja sonang tu..

Sesiapa yg nak ke langkawi dan plan nak duduk dua hari dua malam, rasanya bolehlah jadikan n3 ni sebagai panduan...

Hari pertama 30hb(selasa) tu kami sampai dah petang, dlm pukul 3.00..then sewa teksi kat airport, murah juga, mereka charge RM160 hingga kami balik, hari Khamis petang...dari airport terus p check in hotel...sebab hari tu tak tahu hotel mana nak duduk, main tekan jer kat tenet..kami tinggal kat D'SA motel, kecil tp bersih la...ingat kalau tak selesa nak tukar hotel tapi bincang dgn hubby, kami stay jer kat situ...lagipun paling lama tidur jer, sebelah siang byk aktiviti..kalau uol nak hotel lain kat pekan kuah, ada Baron Hotel, Bay View Hotel ...dll

Lepas tu habiskan petang tu untuk shoppingggg..hehehe..ada 2 sebab kenapa kena shopping hari pertama...jeng3..pertama supaya hati tenang aja sebab dah shopping dan boleh menikmati agenda2 seterusnya dalam keadaan aman tenteram..:) ..kena bagitau kat che abang tu..kalau tak mesti moyokkk jer..kedua, boleh pack brg2 yg dibeli lebih awal, jadi kita tau beg tu masih boleh isi ke lagi, kalau masih kosong nnt hari seterusnya bolehlah selit utk bershopping lagi...hehehehe

Tempat2 shopping yg BEST...kat Ismail Group..ada beberapa kedai Hj Ismail Group ni, cari kedai yg jual pinggan mangkuk ni..senang nak cam, semua colour hijau macam kat bawah ni...round jer pekan kuah tu, mesti jumpa..

Lepas tu p cari pekan Rabu, jalan menuju ke jeti..kat situ ada RAM's..lupa pulak ambik gambar kedai ni... trademark dia warna pink...sebenarnya aku lebih suka kat sini drp kedai Hj Ismail..


Satu lagi tempat kat Idaman Suri..jalan air hangat..jln terus..hingga jumpa bangunan kuning kat bawah ni, sebelah kanan jalan, besar bangunan ni, senang cam..kat sini boleh rambang mata tau..bingung sekejap..tak lama, lepas tu boleh la shopping dgn waras..heehehe

Ada lagi satu tempat shopping.. Zaina's Home deco, bersebelahan je dgn bangunan Idaman suri ni, macamana entah aku boleh terlupa ..semua info ni aku dapat daripada Danisya Kifli..rakan blogger dan FB yg keja kat Langkawi..credit to her..toce2..

Apa barang2 shopping...secara ringkasnya...coklat, cadar, quilt..pelbagai jenis sudu, barang2 berupa teaset, dinnerset vantage dan bukan vantage..dan macam2 lagi...
Hari Kedua...dah puas shopping jom kita jalan2 kat tempat yg menarik dan tertarik, dan bersejarah....hehehe
Kalau dari pekan Kuah, mulakan dengan melawat makam mahsuri..

Rumah mahsuri...
Telaga mahsuri

Lepas tu teruskan ke Padang Mat Sirat, kawasan beras terbakar...tak ada beras yg keluar, masa kecik2 dulu aku penah cari beras terbakar kat situ, masa tu belum di pagar macam sekarang(keluarga belah abahku ada tinggal kat sini..dan arwah abahku memang asal dari Langkawi)..sekarang mereka tabur beras biasa..warna putih...sepatutnya tak payahlah buat gitu, biar aja kawasan tu..


Adalah juga depa letak kat dalam bekas cermin sepinggan beras terbakar)...pinggan kangkung youuu..

Dari situ teruslah ke Oriental village...tapi melalui tempat ni dulu..berhenti kat sini sat ambik gambar..cantik sangat, dgn yacth bersusun2 mcm kat obersea..

Cantik bangat kan...
Kat oriental village pun cantik gak..macam kat europe..
Rupa2nya cable car kat sini juga..sesat juga kami mencari sebab tak ada petunjuk..cable car ni buka jam 9.30 pd hari2 lain..kalau hari rabu jam 12.00, kebetulan pulak kami pergi hari rabu, terpaksa la round2 sementara menunggu. Tepat jam 12 p sana, org dah beratuq panjang..hehehe..bayaran rm30 utk pelancong dan rm15 utk malaysian citizen, kena tunjuk IC tau..


Baca kat info..paling curam di Asia Tenggara..aku penah naik cable car kat genting, mmg yg ni curam sangat2..my boy pucat gak takut..aku tak rasa apa pun, tak tau kenapa..kalau naik k/terbang w/pun dah selalu naik, perasaan takut tu sentiasa ada, mcm2 ayat baca...hehehe..

Sebelum ke underwater world, singgah makan tengahari kat rumah sepupu arwah abah di Kuala Teriang...(kena jemput tau..bukan main terjah jer..hehehe)

Turun dari situ boleh terus ke Underwater World..aku dan husband tak masuk, hanya my anak teruna dan dara ku je masuk, kami jalan2 kat kedai di luar...sebab dulu dah penah masuk sini...


Hari terakhir....jumpa sya sekejap then ke kawasan jeti..kat dataran lang..bergambar dgn burung helang ni..

Lepas tu cover belah atas pulau langkawi, terus ke Telaga Air hangat..masih under rennovation, tp ada satu perigi dibenarkan utk cecah kaki..

Terus lagi ke tanjung Rhu...ada pulak che zah dok posing kat situ ya..hehe..sepatutnya boleh ambik package p boating dan bagi makan helang kat hujung jalan tanjung rhu ni..tp takut tak sempat nak check out kami tak p..kalau awal2 tau kat sini tempatnya, kelmarin tu boleh squeeze in..tak pe lah..lain kali aja..

Lepas tu balik hotel, check out, Disebabkan flight pukul 5 kami sempat lagi ke view point ni..termengah2 aku panjat bukit utk view kawasan lapangan terbang dari sini..cantik2

Lepas tu ke kawasan beras terbakar untuk makan tengah hari dan sempat lagi melawat saudara belah arwah abah kat situ...kul 3.20 baru p airport, hantar kereta dan check in...

Tips..kalau nak beli souvenir mcm key chain, beli kat gerai2 di kawasan beras terbakar, lebih murah....T-shirt pulak kat gerai2 di Kuala Teriang...

Sayonara langkawi, hingga berjumpa lagi...penat tapi puas hati....hehehe..dan terima kasih banyak2 kepada Sya kerana banyak membantu...