Thursday, April 29, 2010

Strawberry lagi!...beli online..

Kita juling2kan mata lagi dgn koleksi strawberry akak yang makin menjadi2..hehehe

Kali ni akk beli online..apron strawberry dan walaupun baru pertama kali beli dgn taukeh online ni, akk diberikan hadiah...terimakasih banyak2 ya Har...sapa2 yang mau beli home deco items..jenguk2 la kedai Har ni..



Hadiah yang disisipkan oleh har..refrigerator handle cover pad..ada 2 sets..semestinya yang ada strawberry juga..sekali lagi terima kasih ya Har...

Wednesday, April 28, 2010

Strawberry picking in Brunei

Salam all...eh..mana ada pokok strawberry kat Brunei...strawberry ni semua beli kat 2 kedai jer..kalau sempat pergi banyak kedai mesti lagi banyak bawa balik..itupun hari tu barangku yg paling banyak..nasib tak kena tax...tak tau la pulak samada benda2 ni semua ada kat sini ke tidak..tapi kat sana sebab pakai B dollar..rasa2nya kalau convert boleh tahan jugaklah reganya. Tapi sebab nak sangat, beli la jugak..kang balik sini menyesal pulak..

Teaset strawberry...berat jugak ni..tebal kacanya..

Buah strawberry...yah..yang akak beli ni besar sikit..

Strawberry pitcher...

Tempat letak tisu pun beli gak sebab ada strawberry..hehehe...dan dulang strawberry tu comei sangat-sangat....
Nantikan n3 strawberry lagi ....stay tune dan jangan muntah keluar strawberry ya..

Tuesday, April 27, 2010

Strawberry Girls!

Salam malam Rabu.........lama tak buat n3..sibuk siapkan exam papers dan sekarang ni sibuk pulak nak mark exam papers yang bertimbun2 tu.....

So..utk tidak menyepikan lagi blog ni...akk letakkan strawberry girls yang dibeli kat one of the deco shops in KK...cute sangat kan?....to my eyes lah..orang lain mungkin tak suka..terpulang pada pandangan masing2 ya...kenapa letak strawberry?...sebab lepas ni n3 akak akan berkisar tentang strawberry..strawberry dan strawberry..jangan ada yang muntah keluar strawberry dah laa....hehehe.....zasssssss....

line tenet lembab betul..sebijik jer gambar ni dekat 30 min menunggu..
Good nite...

Saturday, April 24, 2010

Koleksi Basikal

Salam malam Ahad...
Malam2 begini jom kita layan koleksi basikal yang cantik dan comel ni...geram tgk koleksi ni, aku mintak kebenaran tuan rumah utk snap gambar...so bolehlah kongsi dengan rakan2 semua..rasanya taklah sampai terjerumus pulak dalam bidang ni sebab nak kumpul basikal2 ni semua bukannya senang..banyak yg dibeli dari oversea ni....

Kat siling...lampu basikal..unik kan

penuh dengan basikal-basikal kecil yang comei2...

Siap ada parking lot lagi kat dalam lemari tu..

basikal panjang...

Royal trishaw...

Beca merah..
Basikal jual aiskrim...

Semua koleksi ni kepunyaan abang ipar Haji Saleh..rakan lama salah seorang ahli rombongan kami ke Brunei hari tu...

Thursday, April 22, 2010

Sunshine award daripada Shariff

SALAM HARI KHAMIS....cepatnya masa berlalukan....
Hari ni akak nak letak award daripada adik Shariff...baik betul Shariff ni kerana sudi bagi akak award. Ini bukan pertama kali Shariff bagi tau, sebelum ni pun dia dah pernah bagi award pada akak.. akak sangat2 menghargainya. Daripada penulisan Shariff di blog (walaupun Shariff ni kira online sellers) akak tau Shariff ni seorang anak yang baik, suami yang penyayang, bapa yang prihatin dan rakan yang jujur dan ikhlas serta pandai menjaga hati orang...(puji2 bukan ada makna terselindung tau)..ni pujian ikhlas daripada akak...akak terima award ni dengan doa agar Shariff dan keluarga dilimpahi rahmat dan hidayah daripadaNya..terima kasih...

Wednesday, April 21, 2010

Giveaway Chempaqa Lavender Cottage

HMM...ramainya rakan2 bloggers buat giveaway..hadiah pulak makin lama makin best..apa lagi jom kita join giveaway yang dianjurkan oleh Chemp...ada pilihan pulak tu..klik sini untuk join ya..

Di bawah ni kategori hadiah dan syarat-syarat giveaway:- copy paste drp blog chemp

KATEGORI ENGLISH LAVENDERKATEGORI CEMPAKA-ANTIK

ASSALAMUALAIKUM
CHEMPAQA'S GIVEAWAY diadakan Sempena Anniversary ku yang ke 10....
juga sebagai menghargai teman-teman yang banyak menyokong, memberi nasihat dan semangat dalam dunia blog nie.,
Giveaway nie adalah sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga..maklumlah asam garam dunia blog nie macam2...
hadiahnya taklah seberapa..tapi yang penting ikhlas kan?
ok ..jom kita layan syarat-syaratnya..

SYARAY-SYARAT GIVEAWAY:

1. Terbuka untuk semua FOLLOWERS, NON-FOLLOWERS & juga SILENT READERS.(tiada paksaan dalam menjadi follower) yang berada di Malaysia sahaja.

2. Ade 2 kategori :
A) Kategori Cempaka-Antik
-terdiri daripada sebiji teko kangkung. 3 biji cawan kangkong cina, 1 milk jar (silver bamboo).
1 sugar pot (golden bamboo), 1 mangkok kecil wild roses

B) Kategori English-Lavender
-terdiri dari sebiji jam, 1 biji mug, 1 biji telur hiasan dan 1 biji bekas brooch bertutup

APE YANG PERLU ANDA LAKUKAN IALAH PILIH SALAH SATU KATEGORI SAHAJA DAN LINK KATEGORI TERBABIT DI BLOG ANDA..sebab nama anda akan diundi mengikut kategori yang anda pilih..

C) Hendaklah memberi komen dalam ruangan komen giveaway ini ,
serta sila tinggalkan link dan nyatakan kategori anda, supaya saya boleh wat spot check..hiihhihiii. (yang tak ade blog, sila tinggalkan alamat email yer)

D) Komen di shoutbox , tidak di ambil kira ya..jika nak wat n3 pasal blog saya kat n3 blog masing-masing..amat dialu-alukan...

E) Giveaway nie bermula hari ini, 20 April-25 April 2010 (pkl 11.59pm). Pemenang akan diumum pada hari Ahad, pkl 9pm.

F) Cabutan hadiah akan dilakukan oleh Doter 4 dan Doter 6 (manual jer).....dan satu kategori hanya ade seorang pemenang sahaja.

G) sesiapa yg x letak kategori(yakni kategori bebas..)hiihihihi..namanya akan diletaklan bawah parti bebas yer,,opsssssss..sbb hanya 2 kategori bertanding skrg..antik & english..ok kengkawan??

Tuh saja ya..kita tgk who are the lucky winners yer..byeeeeeeee..SELAMAT MENCUBA...

Tuesday, April 20, 2010

Kerusi Lama Apek!

..Asyik2.....jom kita cari kedai apek lama?..kat sana nnt p lah cari kedai apek....nnt intai2 kedai apek ya..

..Jawapan yang diterima...tenguklah kalau sempat...mana ada masa...malaslah...
Last2 aku order jer online...hehehe

Itu senario dialog antara aku dan suamiku dulu2...sekarang aku selalu suruh dia intai2 almari lama pulak..tapi bukan almari lama dia bawa balik tapi kerusi apek.....oklah kira barang lama, aku sukaaa...rasanya dulu2 apek guna kerusi ni untuk rehat2 sambil tenguk tv hitam putih sambil2 minum air dalam cawan enamel....hehehe dapat tak you all capture the momento..sungguh nostalgik....Jom tenguk kerusi tu

Kaki kerusi yg pertama rosak sikit...lain2 masih kukuh...entah kayu apa ni...lupa nak tanya hubby..

Kerusi ni boleh dilipat...ni gambar belum dicuci...semalam (malam tau..rajin giler aku)..aku sental2 mana yg boleh...lepas tu nak buat macam mana tak tau?

Any idea?..gosok dgn kertas pasir then varnish semula atau englishkan dia dia dgn warna putih?..haa..ada lain2 option?? pendapat bernas anda diperlukan di sini.....thank you

Sunday, April 18, 2010

Brunei Trip: China Porcelain

Salam Hari Ahad...mesti masih tergolek2...bermalas2an...bestkan?
Ni sambungan n3 kelmarin......China porcelin from activity dig, mix and match!

Inilah dia hampir complete set..teko tak ada..huhu..cawan dan saucer dapat 5 je...tapi akak suka sangat set ni, nampak soooo english...



Piring kuih yg meriah dgn gold design...tu yg nampak lebih menarik kan?...heheh


creamer pot....ada slight difference..tapi not so obvious...

Sugar pot........gold colour plus a little bit blue...

Malas nak keluarkan semua...ambik satu je..gold plus pink...

Ni another mix and match set...tak termasuk teko bunga bakul dan mug rose kat rak bawah tu ya

Nampak tak saucer tu lain drp cawan..tak kisahlah..I likeeee...ada beberapa lone ranger saucer yg akak rembat, tapi sangkut kat hanger kat bawah ni...

Extra saucer berbunga rose for display.............sebab hanger ni kecil, sesuai utk piring kecil spt ini

2 plates tu saiz besar sikit..saja2 ambik sebab suka dgn roses2 tu...

Happy Viewing...nak teruskan menaip exam paper...baru half way..hehehe..

Saturday, April 17, 2010

Brunei Trip - Dig, Mix and Match

SALAM SEMUA....hmm lama dah tak sambung balik pasal Brunei trip..bukan apa..n3 selanjutnya ialah ttg china porcelin yg dapat kat Brunei, tapi belum ambik gambar lagi...anak ambik kamera dan dia tak ada sekarang ni...

Sebelum tu, nak story la sikit ttg agenda hari ni, tadi ada seminar keibubapaan anjuran Kementerian Belia dan Sukan, lepas tu mesyuarat PIBG pulak...penatnya..habis dekat pukul 1.30, then lunch, singgah supermarket dan sampai rumah dekat2 pukul 3...huwaaa...tinggal esok jer boleh relax..relax??????...baju banyak tak basuh, rumah tak kemas, soalan belum buat lagi..minggu depan dah nak exam.....jgn datang migraine ku dah..alamat semua kerja tak jadi....aku ingat lepas ni nak taip exam paper kejap..ciyok2...mesti kena rajin ...

Berbalik kepada title 'dig, mix and match' di atas...since aku minta mon aka nina tolong tunjukkan kedai yg jual barangan ni, maka nina pun kidnaplah aku, sebab aku sorang je suka benda2 ni...bertungkus lumus aku dan nina menjalankan aktiviti 'dig, mix and match' tu...yg lain2 belum ambik gambar cuma yg dua ni je aku dah ambik dan dijadikan header kat atas tu..

Teko tu tak ada penutup, tapi sebab dimataku ia cun melecun, ambik jugak, sekarang dah letak munge2...cawan tu....horeyyyy....kat belakang tertulis....'Royal Ricardo, fine porceline, united kingdom'...memang mahal kan jenama ni..kat kedai tu saucer diletakkan kat rak...bertimbun2...cawan limited, so kena cari mana yg mau lepas tu matchkan dgn saucer..sebab tu jumpa seketui je..penat gak wat keja ni tapi berbaloi2...kasihan nina, balik dari office terpaksa layan akak, dah lah penat nak kenduri kahwin anak buah husbandnya lagi...terima kasih ya Nina, kalau Nina tak tunjukkan memang tak pegilah kedai tu sebab tak tau...I really appreciate it...

Wednesday, April 14, 2010

JOM JOIN GIVEAWAY SAIDAH

Salam Hari Rabu...terpegun dan terkesima bila masuk blog saidah dah ternampak hadiah giveaway yang cukup cantik ni..jom kita ramai2 join, mana tau boleh menang..memang berbaloi2....banyak hadiah yang saidah bagi, mari tenguk hadiah dan syarat2nya....klik sini ya untuk ke blog saidah...


Hadiah ke 10 - sepasang cawan wild rose dan 4 biji acuan kuih lompang wild rose



Hadiah ke 9 - 2 biji teko kangkung (w/o chop)



Hadiah ke 7 & ke 8 - masing-masing 3 pasang cawan VCR


Hadiah ke 6 - sepasang cawan mulut lebar VCR



Hadiah ke 4 - 3 biji piring VCR, hadiah ke 5 - 2 biji piring vcr



hadiah ke 3 - sebiji sugar bowl vcr tanpa cover



Hadiah ke 2 - teko vcr



Hadiah pertama : 8 pasang cawan buluh hijau, sebiji sugar bowl tanpa tutup dan 1 biji pinggan mungkum ~ bertuah weii kalau dapat yang ni


Syarat-syarat peraduan adalah seperti berikut:

1- Tarikh peraduan bermula hari ini hingga 30hb May, 2010

2 - Terbuka kepada semua kawan-kawan di Malaysia sahaja yg menjadi Follower . Kepada yg belum jadi follower kenalah jadi follower saya dahulu.

3- Linkkan blog saya kepada blog masing-masing dan buat sedikit N3 berkenaan dgn blog saya ini.

4- Memberi komen dalam entry ini..(komen di shoutbox tidak diambil kira) 4-Nama pemenang akan diumumkan pada minggu pertama bulan June.

5 - 1 Hadiah khas (misteri) akan diberikan kepada referral yg paling banyak disebut oleh pemberi komen. ( contoh kalau A tengok N3 giveaway ini dari blog B, sila mention nama B dalam komen mereka so that B akan dapat hadiah misteri)

5- Penghantaran hadiah adalah dari minggu kedua June hingga ke 30 June. Pemenang akan dihubungi jika terdapat sebarang kelewatan dalam penghantaran hadiah.

Sunday, April 11, 2010

Garden Deco

Interprem kejap N3 pasal Brunei dengan barangan garden deco...

Nak share dengan rakan bloggers dari KK dan kawasan sekitar, barang2 ni akak beli kat kedai deco belakang Milimewa Bundusan..dekat Beverly Hills Apartment tu...harga barang2 deco kat kedai tu memang mahal, tapi hari tu ada sale,so akak rasa reasonable gak harganya...

Kotak kayu bertulis'garden' ni harga selepas sale RM17 lebih...ada yang lain yg tertulis 'spices', 'tools' dll..
Saiz besar ni....
Bird house ni pun besar..siap dah lukis bunga2..ni utk gantung kat dinding ya..harga asal RM175, sale price RM50..tapi ada defective here and there..macam yg akak ambil, kat bumbung tu terbuka sikit, nampak tak...tapi boleh gam..

Sapa yang interested boleh la berkunjung kat kedai tu...hehehe..akak tak dapat apa2 komisen pun, owner kedai pun akak tak kenal...saja2 mau share info....

Brunei Trip: Royal Museum and tureen from Brunei

Salam pagi Ahad..masih lagi sesi jalan2 kat Brunei di hari kedua..jangan boring ya...

Lepas ambik2 gambar Empire hotel, kami p lunch kat Gerai makan Sumbangsih Mulia..lepas tu kami ke Royal Museum..

Royal Museum dari seberang jalan...

Kat bahagian ruang legar museum jer boleh ambik gambar...so layannn...

Semua2 ni alat kebesaran di raja...
Warna warni payung....

Nak citer lebih2 pun aku tak take note nama alat2 tu...baca je sambil jalan2 dan snap2 photo...

Dari museum kami jalan2 sekitar Bandar Brunei kejap...then ke The Mall...

The Mall at Gadong...kat sini beli kain pasang..kalau barang import lebih murah daripada kat Malaysia...menurut rakan2 yg arif lagi bijaksana, berbaloi beli kain import kat sini, che azah pun ok aje...beli 3 pasang..ingat nak beli lagi kat tempat lain, tak sempat..huhu...

Lepas tu ke kedai2 kecil depan The Mall dengan harapan ada la seketui 2 barang2 vintage....betul2 ada seketui je...jadilah kan?kang banyak, penin pulak che azah nak mengangkutnya...

Tureen bunga pink............


Tanda harga yang dah pudar tertera B$21...minta tawar apek bagi B$18...kalau convert 18x2.42= RM43.60...hmm...berbaloi kot..

Lepas The Mall kami ke Yayasan...ni pun shopping complex gak , sekejap je kat sana then aku kena 'KIDNAP' oleh Mon A.k.a Nina Suria (Rakan Blogger dari Brunei..)..hehehe..nantikan N3 seterusnya.....